Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1. menunjukkan (menentukan) barang (orang dll) yg disukai: ia ~ Mak Haji menjadi teman hidupnya ini ialah semata-mata kerana memandang hartanya; mereka tidak dapat ~ nasi yg lain drpd jenis yg dimakan di rumah masing-masing; kami bariskan orang-orang tu, tentu kakak boleh ~ yg mana satu; tidak ~ = tidak memilih-milih tidak meman­dang orang (tempat dll), tidak menghiraukan orang (tempat dll); 2. mencari atau memisah-misahkan mana yg baik (besar, kecil, dll): ~ beras; ~ kopi; 3. menentukan calon (orang dll) dgn menyatakannya: ahli-ahli persatuan ini telah ~ Encik Amdun sbg pengerusinya; 4. = memilih-milih sangat teliti memilih, berpilih-pilih; pilih-pilih ruas, terpilih buku prb kerana berharap sangat mendapat yg baik, akhirnya menerima yg buruk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mi.lih] | مميليه

Definisi : 1 mengambil atau menentukan mana-mana yg disukai atau yg dikehendaki: Berhati-hati kalau hendak ~ teman hidup. 2 mengasingkan atau mencari mana-mana yg baik, mana-mana yg tidak dll: ~ beras; ~ telur mengasingkan telur yg besar drpd yg kecil. 3 menentukan calon dgn mengundi, dgn menyatakannya dll: Mereka diberi hak utk ~ wakil masing-masing. 4 terlampau teliti dlm menentukan mana-mana yg dikehendaki atau yg disukai (sehingga susah utk membuat keputusan): Kawannya sudah bosan dgn sikapnya yg terlalu ~ itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pilih (kata kerja)
Bersinonim dengan isih, saring, tapis;,
Kata Terbitan : memilih, pilihan, pemilihan, pemilih,

Puisi
 

Hendaklah baik memilih pandan,
     Di dalam pandan ada duri;
Hendaklah baik membela badan,
     Di dalam badan ada diri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Memilih tebu dapat teberau.

Bermaksud :

Kerana terlampau sangat menghendaki yang baik, akhirnya mendapat yang buruk. (Peribahasa lain yang sama makna: Memilih sangat, terpilih buku). teberau = gelagah.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan: Kamu boleh memilih baju ini. Kamu boleh memilih baju itu. Yang mana betul? 1. Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu. 2. Kamu boleh memilih baju ini atau itu. Tolong berikan sebab ?Terima kasihAyat yang lebih sesuai "Kamu boleh memilih baju ini atau baju itu".Tatabahasa27.05.2015
Adakah ayat berikut betul? 1. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membeli. 2. Seorang lelaki sedang memilih sotong untuk membelinya.Kedua-dua ayat tersebut kurang tepat. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi "seorang lelaki memilih sotong untuk dibeli".Tatabahasa12.06.2014
pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi. "Awak hendaklah memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan,"kata Cikgu Fadli A. Murid-murid hendaklah memilih calon yang benar-benar layak sahaja seperti yang diminta oleh Cikgu Fadhli. B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan.Ayat yang tepat ialah  B. Cikgu Fadhli menasihati murid-murid memilih calon yang benar-benar layak menjadi pengerusi persatuan.Tatabahasa11.03.2015
apakah perbezaan antara yang dan ,yang? Cth: memilih satu bahagian daripada buku yang terdiri daripada empat ayat & memilih satu bahagian daripada buku, yang terdiri daripada empat ayat

Ayat yang betul ialah ...memilih satu bahagian yang terdiri daripada empat ayat dalam buku.

 

Tatabahasa29.01.2015
Aku memilih hidangan yang tersedia di situ. Aku segera membayarNYA lalu pergi. Sekiranya perkataan "nya" hanya boleh digunakan untuk manusia sahaja, adakah wujud perkataan lain yang boleh digunakan untuk ayat di atas?Untuk menggantikan perkataan NYA dalam ayat tersebut, tuan boleh membina ayat seperti berikut: Aku segera membayar harga hidangan tersebut lalu pergi.Tatabahasa12.10.2021
Kita perlu memilih berus gigi dan pes gigi yang sesuai. Adakah toothpaste boleh diterjemahkan kepada pes gigi ? Terima kasih.Pes gigi tidak boleh digunakan untuk "toothpaste". Padanan bahasa Melayu yang betul ialah ubat gigi.Istilah23.03.2016
1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih

Ayat yang betul ialah  “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.”

Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak.

Tatabahasa06.02.2024
Apakah maksud " seorang itu memilih segmen yang menjanjikan keuntungan"? Contoh ayat: Pemasar memilih segmen yang menjanjikan keuntungan dan memfokuskan usaha pemasaran bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna segmen.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud "segmen" ialah "bahagian atau penggal." Contoh segmen yang dimaksudkan di sini seperti segmen radio, berita dan sebagainya yang memberikan keuntungan apabila melakukan pemasaran yang dikehendaki.Makna21.12.2021
Ayat yang manakah betul? 1. Abu memilih buku di rak buku yang disukainya 2. Abu memilih buku yang disukainya di rak buku.Kedua-dua ayat adalah betul dan maknanya berbeza. Dalam ayat pertama, benda yang disukai ialah rak buku, manakala dalam ayat kedua, benda yang disukai ialah buku.Tatabahasa09.05.2012
Saya memilih dia berbanding kamu. Ayat ini betul atau salah?Ayat  ini tidak gramatis, ayat yang gramatis ialah Saya memilih dia, bukan kamu.Tatabahasa11.06.2016
12345678910...

Kembali ke atas