memiliki ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan atau institusi yang diiktiraf oleh kerajaan. adakah perlu untuk saya menggunakan huruf besar sesetengah perkataan di atas? | Ijazah Sarjana Muda Kepujian ditulis dengan huruf besar, manakala yang lain ditulis dengan huruf kecil.Terima kasih. | Lain-lain | 09.01.2007 |
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini? | Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini. | Lain-lain | 14.01.2013 |
saya memiliki himpunan sajak-sajak yang saya tulis. ada yang pernah dihantar dan diterbitkan di majalah. bagaimanakah jika saya ingin menerbitkan himpunan sajak saya itu dalam bentuk buku untuk diterbitkan agar dapat dikongsi. | saudara bolehlah menghubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2009 |
Bergantung kepada/pada orang yang memiliki dendam itu sendiri. | Bergantung pada orang yang memiliki dendam itu sendiri. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
pada saya Pulau Redang memiliki taman laut yang sangat indah. (Tuan, adakah ayat ini salah? dan bagaimanakah membetulkannya?) | Pada pandangan saya Pulau Redang memiliki taman laut yang sangat indah. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |
Puan, Bolehkah kita gunakan penjodoh bilangan "biji" untuk "bibir"? Ayat: Miki memiliki sebiji bibir yang cantik. Jika "biji" tidak sesuai untuk dipakai, jadi apakah cadangan puan? Tolong berikan tunjuk ajar. Terima kasih. | Saudara/saudari, Bibir tidak memiliki penjodoh bilangan. Tidak semua perkataan mempunyai penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif 'seulas' boleh digunakan untuk menunjukkan penjodoh bilangan bagi bibir. "Seulas bibir" | Tatabahasa | 21.07.2013 |
saya ingin dapatkan maklumat daripada munsyi bahasa dan lembar bahasa. | Syarat menjadi Munsyi Dewan ialah calon hendaklah memiliki ijazah Sarjana Muda/Sarjana/Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik atau Pengajian Melayu dan mempunyai pengalaman mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu sekurang-kurangnya lima tahun; atau memiliki ijazah idang Komunikasi atau mempunyai Sijil Perguruan/Diploma Perguruan serta mempunyai pengalaman mengajar Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 10 tahun. Syarat-syarat lain sila baca dalam akhbar. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang Munsyi Dewan, sila layari laman web DBP. Bagi mendapatkan lembar bahasa, sila tulis surat permohonan kepada Ketua Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau datang sendiri ke Tingkat 25, Menara DBP, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 07.09.2009 |
Assalamualaikum, Apakah penjodoh bilangan bagi: 1. Bibir 2. Senyuman | Waalaikummussalam saudari Anzalina, Tidak kesemua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Sama halnya dengan perkataan bibir dan senyuman. Kedua-dua perkataan tersebut tidak memiliki penjodoh bilangan. Namun dalam karya kreatif sering digandingkan bahasa puitis seperti seulas bibir dan sekuntum senyuman. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? 1) Oleh kerana kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Terima Kasih. | Kedua-dua ayat kurang tepat dari segi tatabahasa. 1) Adakah kedua-dua ayat berikut betul dari aspek tatabahasa? Ayat yang tepat - Oleh sebab kelaparan, dia terpaksa mencuri. 2) Ianya salah di segi undang-undang untuk memiliki senjata api. Ayat yang tepat - Salah di sisi undang-undang memiliki senjata api. | Tatabahasa | 29.06.2011 |