Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mi.ni.mum.kan] | ممينيمومکن

Definisi : mengurangkan dsb ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yg tidak dapat dielakkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meminimumkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(i) Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. boleh tak kata 'pada' dalam ayat di atas dgantikan dengan 'semasa'? mana yang lebih sesuai? apakah perbezaan fungsi kedua-dua kata tersebut?Setiap anggota masyarakat hendaklah prihatin dan meminimumkan penggunaan air pada/semasa musim kemarau agar bekalannya tidak kritikal dan terpaksa dicatu. - semasa juga boleh digunakan dalam ayat tersebut kerana semasa bermaksud pada ketika/pada waktu.Tatabahasa05.05.2010
maksud minimum,upah minimumMaksud minimum ialah bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali; meminimumkan =  mengurangkan  ke paras yg minimum atau paling kecil yg mungkin, menjadikan minimum: ~ dedahan sinaran yang tidak dapat dielakkan; peminimuman  = perbuatan mengurangkan (menurunkan) sesuatu ke tahap paling ren­dah. Maksud upah minimum ialah kadar upah paling rendah atau paling sedikit.Makna16.09.2010
Adakah penggunaan Ianya penting dalam konteks ayat berikut betul? "Ianya penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.  Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi, "Ia penting untuk syarikat-syarikat yang mengeluarkan dan membangunkan peranti perubatan menggunakan prinsip etika dan sosial dan kualiti piawaian yang tertinggi dalam pengeluaran peranti untuk meminimumkan risiko keselamatan dan kos perubatan kepada pesakit"Tatabahasa30.04.2019
salam 1 malaysia, Adakah ayat berikut sesuai digunakan. mohon pembetulan (jika perlu) Selain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat daripada permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. terima kasih. sekianSelain itu, dasar penempatan guru baharu dan pertukaran guru perlu dibuat pada awal tahun (bulan Januari) supaya tidak tidak menggangu PdP dalam bilik darjah serta pengurusan sekolah yang lain. Untuk meminimumkan masalah akibat permasalahan ini, pihak KPM dan JPN perlu tegas dan tidak boleh ada campur tangan politik dalam hal tersebut, sebagaimana yang dicadangkan oleh pentabir sekolah dalam kajian ini. Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa28.09.2015
Kenapa DBP menggunakan short form DALAM website? Click URL yang diberi, iaitu penggunaan 'short-form' dalam penerangan istilah. contohnya - dgn, utk, yg Kindly rectify. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memastikanUntuk makluman tuan, singkatan ejaan hanya digunakan dalam huraian bagi meminimumkan penggunaan ruang dalam kamus.Ejaan31.03.2015
Mohon cadangan bahasa melayu untuk perkataan "STORMWATER MANAGEMENT" selalunya di tulis sebagai, *pengurusan air ribut *Pengurusan air larian hujan *Pengurusan air larian permukaan Mohon pencerahan pihak DBP bagi kosa kata yang sesuai bagi ganti kata "STORMWATER"Salam sejahtera,

Tuan,
Berdasarkan data kami, stormwater management diberi padanan pengurusan air hujan yang bermaksud penggunaan sistem semula jadi dan buatan untuk meminimumkan kerosakan alam sekitar dan menyediakan kemudahan yang diperlukan untuk masyarakat. Istilah ini merupakan istilah dalam bidang kejuruteraan.

Sekian, terima kasih.
Istilah06.01.2018
Kod Amalan ini disusun sebagai garispanduan mengenai prosidur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dan keluaran-keluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimakan risiko pencemaran untuk keselamatan makanan.

Soalan puan tidak jelas, jika puan maksudkan penyemakan pada ayat/ejaan yang disertakan, sila rujuk ayat ini - Kod Amalan ini disusun sebagai garis panduan mengenai prosedur mengendali dan menyimpan minyak sayuran dankeluarannya bagi operator tangki simpanan pukal bagi memelihara mutu keluaran dan meminimumkan risiko pencemaran dalam makanan.

Lain-lain02.10.2010
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang?

Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang.

Tatabahasa30.03.2011

Kembali ke atas