Yang manakah betul? 1. meminta maaf ( daripada, kepada, dengan) gurunya. 2. patuh ( kepada , pada ) ibu. | 1. Meminta maaf daripada gurunya. 2. Patuh pada ibu. | Tatabahasa | 20.05.2014 |
Dia menjerit meminta tolong. Dai menjerit meminta pertolongan. Adakah kedua-dua ayat di atas betul? | 1. Dia menjerit meminta tolong. 2. Dia menjerit meminta pertolongan. Kedua-dua ayat adalah betul. | Tatabahasa | 07.03.2011 |
Ayat manakah yang betul antara berikut? 1. Abu meminta maaf kepada ibu bapanya. 2. Abu meminta maaf daripada ibu bapanya. Bolehkah saya tahu mengapa ayat itu betul atau salah dan apakah perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut? Terima kasih :) | Kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat pertama, kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran (perbuatan meminta) yang merujuk manusia. Dalam ayat kedua pula, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang ayat di bawah ini. 1) Saya meminta maaf kepada ibu. 2) Saya meminta maaf daripada ibu. Ayat yang manakah lebih tepat? Pertanyaan ini pernah diajukan kepada pihak DBP tetapi terdapat percanggahan. Pada tahun 2015 dikatakan sebagai 'kepada' tetapi pada tahun 2012 dikatakan sebagai 'daripada'. Sila berikan penerangan. Terima kasih. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=maaf&d=10 | Kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat pertama, kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran (perbuatan meminta) yang merujuk manusia. Dalam ayat kedua pula, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia. | Lain-lain | 22.09.2015 |
1. Ali meminta maaf ( daripada , kepada ) cikgu . 2. John berasal ( dari , daripada ) keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa @ penghawa dingin ? TQ | Jawapan yang betul ialah 1. Ali meminta maaf daripada cikgu. 2. John berasal daripada keluarga yang bahagia . 3. pendingin hawa atau penyaman udara. | Lain-lain | 22.07.2010 |
1. adakah kata kerja makan, minum, minta perkataan yang tidak boleh ditambah imbuhan me? yang mana satu betul? i)saya meminta maaf ( atau meminta maaf) atas kesalahan yang dibuat . II) Saya sedang memakan nasi( atau makan nasi) apakah beza antara minta maaf dan mohon maaf? | Kata makan, minum dan minta boleh menerima awalan me-.... Merujuk Kamus Dewan kata terdapat sedikit perbezaan makna antara kata makan dengan memakan. Makan bermaksud memamah serta menelan makanan, mengunyah (menelan, melulur, menghisap, dll) sesuatu dan memakan bermaksud makan dengan lebih aktif. Bagi perkataan minum sama makna dan penggunaannya dengan meminum, begitu juga minta sama makna dan penggunaannya dengan meminta. Walau bagaimanapun kata makan, minum dan minta tanpa adaanya awalan me-... lebih mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 22.06.2011 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha. | 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu. 2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini. | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Salam sejahtera, 1. Kita harus meminta maaf daripada / dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kita harus guna daripada atau dengan dalam ayat di atas?) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. (boleh tambah pada sebelum setiap masa?) 3. Ibu bapa mendidik kita sejak dari kecil / sejak kecil.( sejak kecil / sejak dari kecil). Terima kasih. | Ayat yang tepat: 1. Kita harus meminta maaf daripada/dengan ibu bapa sekiranya kita bercakap kasar.(kedua-dua perkataan boleh digunakan) 2. Sebagai anak yang menyayangi ibu bapa, kita harus menghormati mereka setiap masa/ pada setiap masa. 3. Ibu bapa mendidik kita sejak sejak kecil. | Tatabahasa | 17.07.2018 |