| Salam sejahtera. 1) Saya meminta maaf daripada ibu. 2) Saya meminta maaf kepada ibu. Ayat yang manakah menggunakan kata sendi yang betul? Terima kasih | Ayat yang betul ialah "Saya meminta maaf kepada ibu." | Lain-lain | 22.02.2023 |
| "Saya meminta maaf daripada guru saya. ""Saya meminta maaf kepada guru saya. "Nak tanya mana satu yang betul | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada guru”. Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2015, halaman 272 - 274. | Tatabahasa | 04.09.2024 |
| Zamri bersungguh-sungguh semasa meminta maaf kepada Amir kerana ( dihantui / ditindas ) rasa bersalah atas perbuatannya. Yang manakah jawapan paling tepat? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Zamri bersungguh-sungguh semasa meminta maaf kepada Amir kerana dihantui rasa bersalah atas perbuatannya". | Tatabahasa | 24.07.2023 |
| Saya Ada keraguan dalam penggunaan “daripada “dan “kepada “ dalam ayat berikut :- Saya meminta maaf kepada kawan . Saya meminta maaf daripada kawan. Adakah kedua -dua ayat ini betul ?dan membawa maksud yg sama ? Saya Ada keraguan ini disebabkan cikgu sekolah kata ayat kedua ini yg pakai “ daripada “ Membawa maksud berikut :- "Saya akan meminta maaf daripada kawan saya." (Ini memberi maksud seolah-olah kawan itu yang perlu meminta maaf kepada kamu.) | Ayat yang betul ialah “Saya meminta maaf kepada kawan.” Kata sendi nama “kepada” dalam ayat tersebut digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, DBP 2014, halaman 272 - 273. | Tatabahasa | 11.07.2025 |
| Ayat manakah yang betul antara berikut? 1. Abu meminta maaf kepada ibu bapanya. 2. Abu meminta maaf daripada ibu bapanya. Bolehkah saya tahu mengapa ayat itu betul atau salah dan apakah perbezaan antara kedua-dua ayat tersebut? Terima kasih :) | Kedua-dua ayat ini betul. Dalam ayat pertama, kata sendi nama "kepada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan sasaran (perbuatan meminta) yang merujuk manusia. Dalam ayat kedua pula, kata sendi nama "daripada" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan punca bagi manusia. | Tatabahasa | 12.02.2018 |
| Berdasarkan gambar pelita bahasa yang dilampirkan, frasa "Saya akan memohon / meminta maaf daripada rakan saya" adalah frasa betul dari segi rumus tatabahasa? Apa maksud ayat tersebut di atas? Ayat tersebut di atas bermaksud (i will seek forgiveness from my friend) atau ayat ini memberi maksud seolah-olah sahabat itu yabg perlu meminta maaf kepada kamu? (i will request my friend to apologise to me)? | Sila rujuk jawapan yang diberikan pada 30 Julai 2025 dalam pangkalan data prpm.dbp.gov.my atau melalui pautan https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=meminta+maaf+kepada&d=175768&#LIHATSINI | Tatabahasa | 31.07.2025 |
| Saya meminta maaf kerana keliru akan keterangan yang encik berikan. Keterangan encik seolah-olah tiada wujud perbezaan antara perkataan 'bertanyakan' & "menanyakan'. Setakat yang saya maklum, 'bertanyakan' ialah kata kerja intransitif yang diikuti oleh sesuatu yang ditanya. Contohnya, Saya bertanyakan keadaan kesihatan ibunya. Kata 'bertanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya bertanya tentang keadaan kesihatan ibunya. Manakala kata 'menanyakan' ialah kata kerja transitif yang diikuti oleh kata ganti nama atau kata nama orang yang ditanya. Contohnya, Saya menanyakan dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Kata 'menanya' perlu diikuti oleh kata sendi. Contohnya, Saya menanya kepada dia tentang keadaan kesihatan ibunya. Adakah pemahaman saya di atas betul dari segi rumus bahasa Malaysia? Harap pihak encik dapat memberikan jawapan yang konkrit tentang soalan ini. Terima kasih. | Pendapat saudara memang benar. Dalam halaman 194 dan 200, buku Tatabahasa Dewan menjelaskan bahawa kata kerja yang terhasil dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif dan kata kerja yang terbentuk melalui beR-...-an ialah kata kerja tak transitif. Jawapan kami sebelum ini merujuk data daripada kamus. | Tatabahasa | 25.06.2012 |
| as salam. maaf saya ingin meminta email DBP cawangan kelantan. saya ingin mendapatkan maklumat dan prosedur jika saya ingin membuat latihan industri atau praktikal di DBP. terima kasih. | Sekiranya puan memilih untuk menjalani Latihan Industri di DBP, permohonan rasmi perlu dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur dan disertakan dengan surat pengesahan daripada IPTA. Puan boleh nyatakan lokasi untuk menjalani latihan industri, misalnya di DBP Wilayah Timur (Kelantan). Namun begitu, penempatan pelatihan industri di pejabat cawangan/wilayah adalah bergantung kepada kesesuaian bidang pengajian dan keperluan di pejabat berkenaan. Penentuan akan dibuat oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, DBP Kuala Lumpur. | Lain-lain | 20.09.2013 |
| Saya telah meminta khidmat nasihat untuk perkataan English over time (This disease will cure over time). Tetapi sehingga sekarang saya tidak menerima sebarang respon. Sedangkan s jawapan dijanji diberi dalam 2 hari bekerja. | Mohon maaf atas kelewatan memberikan respons kepada persoalan tuan/puan. Berdasarkan contoh ayat bahasa Inggeris yang diberikan, kami mencadangkan padanan bahasa Melayunya untuk over time ialah “lama-kelamaan”. (Lama-kelamaan penyakit ini akan sembuh.) | Penyemakan dan penterjemahan | 14.05.2018 |
| Assalamualaikum... Saya ada membaca jawapan pihak tuan dalam laman ini berkaitan Minit Mesyuarat. Dalam satu soalan, penanya meminta contoh minit mesyuarat dan pihak tuan bersedia meng-e-melkan contoh berkaitan. Saya juga ingin memohon jasa baik tuan untuk meng-e-melkan contoh minit mesyuarat kepada saya. Terima kasih. | Tidak ada contoh minit mesyuarat dalam pangkalan data kami. Minit mesyuarat adalah dokumen sulit dan tidak boleh didedahkan untuk paparan awam. Untuk makluman tuan, DBP bersedia menganjurkan Kursus Penulisan Laporan (termasuklah Minit Mesyuarat) untuk membimbing peserta menghasilkan laporan yang baik dan berkesan. Untuk maklumat lanjut, hubungi Ketua Bahagian Akademi Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Kami mohon maaf atas kesilapan maklumat di atas. | Lain-lain | 14.03.2012 |