Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mo.hon] | مموهون

Definisi : meminta: Kami ~ ampun atas kesilapan kami. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mohon (kata kerja)
1. Bersinonim dengan minta: minta izin

2. Dalam konteks sastera lama
bersinonim dengan ampunilah, maaflah,

Kata Terbitan : memohon, memohonkan, permohonan, pemohon,

Puisi
 

Kain cukin basahan mandi,
     Jemur mari di hujung galah;
Ditamatkan pantun kebajikan budi,
     Memohon ampun barang yang salah.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Saya memerlukan khidmat tuan/puan dalam memberikan pencerahan tentang perbezaan dari segi konteks pengguna dan prosedur yang berkaitan : i. memohon sumbangan vs memohon taja ii. memohon sumbangan vs memohon derma iii. bagi perkara (i) & (ii), yang manakah memerlukan prosedur kelulusan daripada pihak berkuasa? Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

i. Taja bermaksud membiayai rancangan radio atau televisyen sebagai ganjaran masa tayangan iklan.
Sumbangan bermaksud sesuatu yang diberikan sebagai bantuan.
Derma bermaksud bantuan yang berupa wang atau  pemberian yg ikhlas, sedekah.

ii. Soalan tuan sudah keluar daripada bidang kepakaran kami iaitu perkhidmatan bahasa dan sastera. Mohon tuan dapat mengajukan soalan tersebut kepada pihak yang lebih arif.

Sekian, terima kasih.
Istilah28.10.2017
memohon kelulusan tatabahasa

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik panduan pendaftaran di laman dbpsahbahasa.my.

Lain-lain09.08.2019
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih.Untuk perkhidmatan penyemakan dokumen, sila e-melkan bahan tersebut kepada azahari@dbp.gov.my telefon 03-2147 9115. Terima kasih.Lain-lain27.06.2019
Memohon untuk penyemakan terjemahan Bahasa Melayu dari Bahasa Inggeris untuk tujuan pelabelan produk. Terima kasih.Tuan,

Untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk pelabelan produk boleh dibuat melalui dalam talian (online) menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Lain-lain24.06.2019
Memohon khidmat nasihat dan pengesahan untuk terjemahan yang telah dibuat seperti di lampiran fail. terima kasihLampiran tidak dapat dibuka. Mohon lampirkan semula menggunakan format microsoft word.Penyemakan dan penterjemahan17.03.2019
memohon untuk pihak DBP memberi beberapa cadangan pantun yang berkaitan stewardship.Salam sejahtera,

Tuan,

Sila rujuk buku bertajuk Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini mengandungi pantun-pantun untuk majlis rasmi, menyanjung kemuliaan budi, menghargai jasa, adat istiadat, memberi nasihat dan melahirkan maksud atau tujuan.
Selain itu, tuan boleh membuat rujukan pada buku Kurik Kundi Merah Saga, buku pantun terbitan DBP. Terdapat 5653 rangkap pantun di dalam buku ini termasuk pantun-pantun yang boleh menjadi rujukan tuan.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain09.01.2018
memohon surat pengesaham penggunaan bahasa iklan. 'NEED'

Permohonan pengesahan bahasa dalam iklan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui portal DBP Sah Bahasa (http://dbpsahbahasa.my)

Lain-lain16.11.2017
Memohon bantuan tuan menterjemahkan perkataan bahasa Inggeris ini (clock-in)Dalam pangkalan data kami, clock in time diterjemahkan kepada waktu masuk. Jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya terjemahan waktu masuk boleh digunakan.Lain-lain21.07.2017
MEMOHON PIHAK DBP UNTUK MENYEMAK BAHASA UNTUK BUNTING BAGI TUJUAN PAPARAN DI TEMPAT AWAM.
Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Jika tuan telah mendaftar, masuk semula menggunakan kod pengaktifan yang diberi, dan jika ini merupakan permohonan pertama maka maka klik permohonan baru. Perlu diingat medan yang bertanda * perlu dilengkapkan.
Lain-lain17.04.2017
Memohon kelulusan dan pengesahan bahasa bagi tukuan paparan iklan. Terima kasihUntuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya.Lain-lain17.02.2017
12345678910...

Kembali ke atas