maksud memorandum? | Menurut AKmus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. | Makna | 29.09.2007 |
Ain Za 12:43PM Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak bertanya sikit Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana lagi sesuai Menandatangani or Penandatanganan | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). | Tatabahasa | 22.08.2016 |
Salam sejahtera, Bolehkah saya dapatkan contoh format Memorandum Persefahaman? Terima kasih. | Memorandum Persefahaman merujuk kepada dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yang tidak melibatkan implikasi undang-undang. Tidak ada contoh/format Memorandum Persefahaman dalam sumber rujukan kami. Lazimnya Memorandum Persefahaman ini dianggap sulit oleh sesebuah organisasi dan tidak dipaparkan kepada awam. | Lain-lain | 11.04.2011 |
1. Utk tajuk latar pentas, yang mana betul? Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros Atau Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros 2. Pihak yang mana perlu didahului dalam susunan ayat? Antara DBKL Dengan Miros atau Antara Miros dengan DBKL terima kasih | 1. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros" dan "Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros". Penggunaan "Majlis" sesuai digunakan sekiranya majlis tersebut khusus untuk hal tersebut. dan "Sesi" pula sekiranya majlis tersebut dibuat bersama-sama atau gabungan dalam satu majlis. 2. Berkenaan dengan pihak mana perlu didahului bergantung kepada pihak yang berperanan penting / tuan rumah yang menganjurkan majlis tersebut. | Lain-lain | 19.07.2017 |
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan Y | Frasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
MOU | Memorandum of Understanding | Lain-lain | 31.03.2008 |
Apakah perbezaan antara minit dan memorandum di sektor awam Malaysia? | Dalam Kamus Dewan, minit bermaksud catatan tentang apa yang telah dibincangkan atau dipersetujui dalam mesyuarat. Memorandum ialah dokumen yang merakamkan syarat-syarat perjanjian; dan nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman. Dalam amalan pengurusan di jabatan kami, minit jelas maknanya dan boleh digunakan dalam urusan dalaman dan luar jabatan, tetapi memorandum hanya digunakan dalam peringkat dalaman. | Makna | 25.03.2014 |
Assalamualaikum. Adakah boleh kita gunakan perkataan memorandam selain daripada memorandum | Waalaikummussalam saudara Nizam, Menurut Kamus Dewan, memorandum merujuk kepada dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, atau persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang. Memorandum juga ditakrifkan sebagai nota ringkas tentang sesuatu perkara atau edaran dalaman. Tidak terdapatnya perkataan memorandam dalam maklumat kami. | Ejaan | 01.10.2012 |
bagaimana untuk menulis memorandum | Encik Mohamad Shafuan, Memo merupakan nota ringkas edaran dalaman (pejabat) tentang sesuatu perkara. Memo biasanya ditulis menggunakan bahasa yang mudah, ringkas dan betul dari segi tatabahasa. | Lain-lain | 18.04.2010 |
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman... | Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya. | Ejaan | 20.04.2010 |