| Apakah terjemahan yang sesuai bagi subjective memory complaint dan self-perceived memory problems dalam ayat ini? "The term memory complaint (MC), usually called a subjective memory complaint, is generally used to refer to a report of self-perceived memory problems..." | Untuk makluman tuan/puan, DBP tidak menyediakan khidmat penterjemahan. Bagi mendapatkan khidmat penterjemahan, tuan/puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-mel: terjemah1@gmail.com dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia melalui talian 03-41451942 atau e-mel: info@itbm.com.my. | Lain-lain | 28.05.2025 |
| Apakah terjemahan yang tepat untuk "Translation Memory" dalam bahasa Melayu? Nota: "Translation Memory" yang dinyatakan di sini merujuk pada pangkalan data yang mengandungi perkataan, frasa, segmen atau ayat bagi teks yang pernah diterjemahkan. "Translation Memory" digunakan secara meluas dalam bidang penterjemahan. | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan bagi "Translation Memory" ialah Memori Terjemahan jika bersesuaian dan hendaklah mengikut konteks penggunaan. | Istilah | 08.01.2020 |
| Apakah terma untuk 'long short trem memory ' dalam bahasa melayu | Konsep "long short trem memory" tidak difahami. Sila semak semula ejaan adakah pihak tuan/puan maksudkan "term"? | Lain-lain | 16.10.2020 |
| Istilah sesuai bagi Unified memory. Penjelasan dalam bahasa Inggeris is a virtual address space that can be shared between the operating system and applications. | Padanan bahasa Melayu bagi istilah unified memory ialah memori terpadu. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 17.01.2024 |
| Salam. Boleh saya tahu apakah cadangan terjemahan untuk 'Memory Foam'? seperti dalam pautan ini http://en.wikipedia.org/wiki/Memory_foam Terima kasih | Untuk makluman, belum terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "memory foam" dalam pangkalan data kami. Kami akan mengemukakan istilah ini kepada Bahagian Peristilahan dan Leksikologi untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. | Istilah | 15.05.2013 |
| Assalamualaikum wbt/Selamat sejahtera, Tuan/Puan. Bolehkah pihak tuan/puan mencadangkan istilah Melayu yang paling tepat untuk istilah di bawah ini: 1. Perceptual processing 2. Echoic memory 3. Socioaffective Terima kasih. | 1. Perceptual processing - Pemprosesan persepsi 2. Echoic memory - Ingatan ekoik 3. Socioaffective - Socioafektif | Istilah | 24.02.2016 |
| Saya ingin mengetahui istilah "Autoregressive Integrated Moving Average", "Generalized Autoregressive Conditional Heteroskedasticity" , "Artificial Neural Network", "Long Short Term Memory Model" dan "Deep Learning" di dalam Bahasa Melayu. | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah autoregressive integrated moving average ialah purata bergerak bersepadu autoregresif, istilah generalized autoregressive conditional heteroskedasticity ialah heteroskedastisiti bersyarat autoregresif am, istilah artificial neural network ialah rangkaian neural buatan, istilah long short term memory model ialah model memori jangka panjang pendek dan istilah deep learning ialah pembelajaran mendalam. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. | Istilah | 25.06.2025 |
| Saya ingin bertanya penulisan yang betul bagi perkataan Inggeris dalam ayat Bahasa Melayu. Adakah perlu diitalickan walaupun telah dikurungkan dalam ()? Cth: Boleh dipercayai (Reliable) Pendekatan Amalan baik (Best Practice Approach) RAM (Random Access Memory) Terma Rujukan (Term of Reference - TOR) Soalan kedua: Input / Output perlu diitalickan atau tidak sekiranya digunakan dalam ayat B.M? Bagaimana cara penulisan yang betul? Mohon nasihat daripada yang pakar. Terima kasih. | Perkataan bahasa Inggeris tidak perlu diitalikkan sekiranya telah diletakkan tanda kurung. Penggunaan bahasa Inggeris atau bahasa asing yang mesti diitalikkan adalah sekiranya dalam satu baris ayat itu terdapat percampuran penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau bahasa asing lain. Perkataan input dan output tidak perlu diitalikkan kerana telah diterima sebagai istilah yang rasmi dalam bahasa Melayu. | Ejaan | 11.10.2012 |
| Apakah maksud refresh dari segi penggunaaan layar web? | Istilah "refresh" dalam bidang Teknologi Maklumat boleh diterjemahkan sebagai "segar semula". Contoh penggunaan istilah ini ialah "refresh rate" yang diterjemahkan sebagai "kadar segar semula", manakala "refresh memory" diterjemahkan sebagai "ingatan segar semula". | Istilah | 02.10.2020 |
| Adakah pihak DBP terlibat secara langsung dalam memelihara Sumber Sejarah dan Kebudayaan Negara | DBP terlibat secara langsung dalam memelihara sumber sejarah dan budaya negara khasnya warisan ketara dan tak ketara. Bagi warisan tak ketara, DBP memelihara dan mengembangkan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan, yang juga matlamat utama penubuhan DBP. Pelbagai program juga dilaksanakan untuk memelihara dan mengembangkan penulisan dan sastera Melayu khasnya pantun, syair, gurindam melalui festival, seminar dan bengkel dari peringkat kanak-kanak, dewasa,pelajar dan kakitangan awam serta swasta. Bagi warisan tak ketara, koleksi manuskrip Melayu tulisan tangan jawi telah tersenarai dalam "Memory of the World Register" pada tahun 2001 sebagai salah satu dokumentari warisan dunia. Sila lawati laman Unesco di http://portal.unesco.org/ci/en/ev.php-URL_ID=23078&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html | Lain-lain | 29.07.2008 |