Chow Sheng Mar 10th, 11:44am seorang guru Bm jelaskan soalan ini jwapannya ialah memotong rambut , bukan menggunting rambut Chow Sheng Mar 10th, 11:45am adakah jawapan ini betul Chow Sheng Mar 10th, 11:46am beliau jelaskan kata kunci ' dengan berhati- hati ' Chow Sheng Mar 10th, 11:55am apakah pendapat yang diberi oleh guru tentang soalan ini? Chow Sheng Mar 10th, 11:58am thanks Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm lampu jalan yang _________ menyebabkan kami takut untuk meneruskan perjalanan. A. suram B. kelam C. muram D. pudar Chow Sheng Apr 11th, 10:19pm apa jawapannya yang paling sesuai Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm apakah perbezaan antara suram dan pudar? Chow Sheng Apr 11th, 10:20pm TQ | Terima kasih. Tuan boleh menjadikan http://prpm.dbp.gov.my sebagai tempat rujukan. Tuan boleh menaip perkataan atau penjodoh bilangan tersebut. Selain daripada itu, tuan juga boleh klik pada pautan Khidmat Nasihat untuk mendapatkan jawapan yang betul. Sila klik url ini --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memotong+rambut&d=10 Selain daripada itu, soalan yang ditanya dengan merujuk paparan imej/gambar tidak boleh dibaca kerana DBP menggunakan sistem pengkalan data khas. Oleh itu, mohon jasa baik tuan untuk menaip penuh akan soalan yang ingin ditanya agar mudah pihak kami menjawabnya. | Istilah | 10.04.2015 |
1. Perkataan "internet" sepatutnya ditulis sbg internet @ Internet? Adakah ia kata nama am @ khas? 2. mencantas rambut & memangkas rambut betul atau salah ? Terima kasih | 1. Internet ialah kata nama khas, maka huruf awalannya hendaklah ditulis dengan huruf besar walaupun pada pertengahan ayat. 2. Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung sesuatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dan lain-lain). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas" iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas. | Makna | 04.05.2017 |
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok | Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting. Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, perjalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain) Contoh Ayat: 1. Ali sedang memotong daging di dapur. 2. Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun. | Tatabahasa | 21.08.2021 |
Apakah perbezaan mencantas dan memangkas serta alat yang digunakan ? | Mengikut Kamus Dewan, mencantas ialah memancung sesuatu dgn benda tajam dgn sekali ayun; Memangkas pula diberikan dua iaitu makna pertama, menggunting rambut supaya rapi: rambut di pelipisnya menjulur tidak dipangkasnya; kedua makna memotong hujung (rumput, pokok, dll). Terdapat peralatan yang dinamakan "pemangkas" iaitu alat spt gunting dll yg digunakan untuk memangkas. | Makna | 28.01.2014 |