Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pa.mér.kan] | ممڤاميرکن

Definisi : 1. mempertunjukkan atau memperagakan (pakaian dll): Kadir senang benar ~ pengetahuannya; 2. mempertunjukkan kpd orang ramai terutama utk tujuan pertandingan atau demonstrasi: ~ lukisan dan arca ciptaan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pa.mér.kan] | ممڤاميرکن

Definisi : 1 menunjukkan serta menggayakan (pakaian dll): ~ pakaian fesyen baru. 2 menunjukkan kpd umum utk dijual, dipertandingkan dll: ~ lukisan kanak-kanak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pamer
Kata Terbitan : mempamerkan, pameran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERMOHONAN LESEN MEMPAMERKAN BANNER HARI RAYA SELAMA 3 BULANUntuk pengesahan iklan, sila layari laman web http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/Lain-lain07.06.2016
Saya ingin mempamerkan papan tanda iklan. Justeru iti saya ingin mendapat pengesahan ejaan "Restoran D' Gapi Corner" boleh diguna pakai untuk iklan tersebut. Sekian. Terima Kasih. Che Zam Tel: 0122008524Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain26.03.2015
Tuan/Puan, Saya ingin bertanya adakah"mempamerkan" betul atau "memamerkan" betul? Hormat, Lee Ying.

Ejaan yang betul ialah mempamerkan

Ejaan11.07.2011
boleh tak jika saya mempamerkan iklan bertajuk Kedai Buku e- BooksJika kedai buku itu didaftarkan sebagai e-Books, nama itu boleh digunakan. Pastikan keterangan iklan "KEDAI BUKU" di bahagian paling atas.Lain-lain12.03.2015
Syarikat saya ingin membuat ikan tentang projek perumahan dan ingin mempamerkan iklan (billboard). Bagaimana pihak DBP ingin menyemak iklan saya dan memberi kelulusan? Bagaimana saya mahu memberi maklumat iklan saya dan mendapatkan kelulusan daripada pihak DBP?

Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila layari laman web http://dbpsahbahasa.my/ atau datang ke kaunter di DBP Kuala Lumpur. 

Sila lampirkan reka bentuk iklan yang hendak dipaparkan  di papan premis dengan  jelas dalam bentuk format  jpeg atau gif untuk pengesahan.

Lain-lain04.04.2019
Assalamualaikum, Apakah etimologi perkataan pamer? Mengapa ia apabila menerima imbuham "mem-" menjadi mempamerkan dan memamerkan? Terima kasih didahulukan.Kata pamer ialah kata serapan daripada bahasa Indonesia. Oleh itu apabila mendapat imbuhan meN, perkataan pamer kekal menjadi pempamer.
Lain-lain08.12.2016
APAKAH PERBEZAAN ARKIB DAN MUZIUM?Arkib ialah tempat menyimpan naskhah-naskhah, rekod umum dan dokumen-dokumen sejarah sesebuah negara; manakala muzium ialah bangunan tempat menyimpan, memelihara, mengkaji, atau mempamerkan objek-objek yg mempunyai nilai sejarah, seni, saintifik, dsb. Berdasarkan makna dalam kamus perbezaan yang paling ketara ialah arkib menyimpan dokumen sejarah dalam bentuk teks dan tidak dipamerkan untuktontonanumum, tetapi muzium ialah bangunan khusus yang mempamerkan bahan-bahan sejarah.Makna13.08.2008
Apabila saya ingin melihat makna sesuatu kata di laman prpm, tiada maklumat yang dipaparkan. Laman tersebut hanya mempamerkan "Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini." Saya juga sudah mencuba untuk mencari makna bagi kata lain juga tapi paparan nya juga sama. Sebelum ini tiada masalah seperti ini berlaku. Laman web prpm mempunyai masalahkah?

Puan, laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu mengalami masalah sistem  pada 27 – 30 Disember 2022. Pihak kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.12.2022
Salam Sejahtera, Tuan/Puan, Mohon pengesahan penggunaan ayat "sifat-sifat terpuji" atau "sifat terpuji" dalam ayat seperti berikut: Mempamerkan sifat-sifat terpuji seperti adil dan saksama, bertimbang rasa, mesra, sabar, tegas dan konsisten dalam membuat keputusan, dapat menyesuaikan diri dalam semua situasi, bersedia mendengar pandangan dan teguran, dan sentiasa berketerampilan dan berbudi bahasa. Sekian, terima kasih.Frasa "sifat terpuji" tidak perlu digandakan kerana ia boleh menandakan tunggal atau jamak bergantung pada konteks penggunaannya.Tatabahasa04.08.2016
Nyatakan sama ada ayat yang dinyatakan menepati sistem tatabahasa yang sepatutnya? Jika tidak berikan sebab dan ayat yang sebetulnya. 1. Mereka mempamerkan ciri-ciri kanak-kanak autistik yang sebenar : suka bersendirian, tidak boleh bergaul langsung dengan kanak-kanak lain, menunjukkan tingkah laku aneh yang tidak boleh menggunakan atau memahami bahasa. 2. Autisma adalah satu penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. 3. Antara satu sama keluarga dengan keluarga yang lain... 4. ... ibu bapanya akan lebih sukar menjaganya.Ayat 2 sepatutnya: Autisme ialah sejenis penyakit yang kompleks dan para penyelidik sendiri tidak dapat mengenal pasti punca sebenarnya ia berlaku. Dalam ayat ini, ejaan autisma sepatutnya autisme dan penggunaan kata sendi nama "ialah" hendaklah diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.  Manakala  kata "adalah" hadir di hadapan atau sebelum kata adjektif atau kata sendi dalam sesuatu ayat. Misalnya; Wang yang dikumpulkan itu adalah untuk tujuan amal. Ayat 3; agak mengelirukan, sepatutnya "Antara satu keluarga dengan keluarga yang lainTatabahasa24.02.2009
123456

Kembali ke atas