1. Jeruk mempelam atau mempelam jeruk. 2. Pendingin hawa atau penghawa dingin | Saudara, Mengikut Hukum D-M, kedua-dua bentuk boleh digunakan bergantung pada perkara yang hendak ditekankan. Contohnya: jeruk mempelam; jeruk jambu; jeruk limau. Dalam bentuk yang lain pula kita boleh membentuk frasa mempelam jeruk, mempelam salai, mempelam kering. | Tatabahasa | 08.11.2010 |
1. Pilihlah apa-apa ATAU mana-mana buku. 2. mempelam jeruk ATAU jeruk mempelam | Jawapan yang betul ialah 1. Pilihlah mana-mana buku. 2. Kedua-duanya boleh digunakan tetapi kebiasaannya digunakan jeruk mempelam. | Lain-lain | 02.09.2010 |
Mengapa dalam bahasa Melayu wujudnya kekecualian contohnya dalam hukum DM.Misalnya Perdana Menteri yang sepatutnya Menteri Perdana. Mengapa DBP tidak berpaksikan hukum DM dalam bahasa Melayu tanpa mengambil kira kebiasaan penggunaannya dalam masyarakat.Memang perkataan Perdana Menteri telah mantap tetapi banyak lagi perkataan/frasa dalam bahasa Melayu yang acap digunakan tetapi dianggap lewah. Contohnya jeruk mempelam (mempelam jeruk),penghawa dingin (pendingin hawa), uji pandu (pandu uji) dll | Kekecualian dalam bahasa menunjukkan keunikan sesuatu bahasa. Penyusun tatabahasa terdiri daripada kalangan para sarjana bahasa lebih memaklumi hal ini dan telah memutuskan kekecualian perlu ada bagi sebahagian kecil perkataan yang telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. Penyaman udara atau pendingin hawa ialah istilah khusus yang dibina oleh Jawatankuasa Istilah yang terdiri daripada kalangan pakar bidang berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
Pilih ayat yang betul A. Basikal berwarna perak itu tidak milik saya. B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. C. Salmah memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang lepas. D. Ayah menyambut dan berbual dengan para-para tetamu yang hadir. Pilih ayat yang betul I. Mereka melayari internet di kafe siber. Ii. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. Iii.Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. A. 1 dan iii B.1 dan IV C. II dan III D. III dan I | 1. Ayat yang betul: B. Beberapa orang pemuda berakit ke muara sungai. 2. Ayat-ayat ini betul: I. Mereka melayari internet di kafe siber. II. Suraya membeli jeruk mempelam di gerai Pak Kasim. III. Kaki tangan di Jabatan Pengangkutan Jalan itu melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan telus. Ayat IV tidak dikemukakan. | Tatabahasa | 23.06.2015 |