Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.lo.po.ri] | ممڤلوڤوري

Definisi : 1. mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan, dll), memimpin, mengepalai: komplot itu khabarnya dipelopori oleh beberapa orang pemimpin Pergerakan Pemuda negeri; aku sendiri mahu ~ membuka dusun durian, dusun manggis yg moden dan besar; 2. merintis atau membuka jalan (utk): sejarah perkembangan politik Indonesia sejak mula-mula lagi dipelopori oleh mahasiswa dan pelajar sekolah tinggi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.lo.po.ri] | ممڤلوڤوري

Definisi : 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pelopor (kata nama)
Bersinonim dengan perintis, peneroka, pembuka jalan, pemula, pendahulu, penganjur, penggerak, pelancar, pengasas;,
Kata Terbitan : mempelopori,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah kesalahan dalam ayat ini? Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air Terima kasih untuk bantuan anda >Tidak terdapat kesalahan dalam ayat "Ali dan rakannya ialah budiman ulung yang mempelopori perfileman tanah air."Tatabahasa20.08.2015
Apakah erti 'melopori'? Saya tak dapat cari erti perkataan ini dalam kamusIstilah melopori tidak ditemui dalam mana-mana buku rujukan kami. Mungkin istilah yang saudara kehendaki ialah mempelopori (daripada kata dasar pelopor) yang bermaksud: 1 mendahului (dlm pekerjaan, perjalanan dsb); mengepalai. 2 membuka jalan; merintis: Golongan tualah yg ~ pergerakan itu.Istilah19.02.2010
Yang manakah kata yang tepat? Mempengaruhi ataupun memengaruhi. Harap boleh mendapat penjelasan. Sekian, terima kasih.Kata terbitan yang betul ialah mempengaruhi, kata dasar pengaruh menerima apitan meN-...-i, sama seperti mempelopori dan mempercayai.Tatabahasa06.09.2021
Assalamualaikum.. Tuan, Saya ingin bertanya tentang perkataan MEMPELAWA. Kenapa huruf 'p' pada awal perkataan pelawa tidak digugurkan apabia bertemu awaln meN.. sedangkan pe dalam pelawa bukanlah imbuhanTerdapat beberapa perkataan yang bermula dengan huruf p yang menerima awalan mem- dan dianggap kekecualian, termasuklah perkataan mempelawa.  Contoh lain pelopor (mempelopori), percaya (mempercayai), punya (mempunyai) dan peduli (mempedulikan).Tatabahasa08.07.2010
Saya sedang melakukan penulisan. terdapat perkataan yang saya kurang jelas maksud dan penggunaannya. bolehkah pihak tuna/puan perjelaskan perkataan diabawah dan penggunaannya. Rintis, Merintis? Rentis, ?Untuk mendapatkan makna kata, sila manfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. Contoh: (i) Rintis - jalan kecil atau usaha awal (ii) Merintis - menebang pokok untuk membuat jalan atau mempelopori sesuatu usaha (iii) Merentis - tiada dalam data kamiMakna21.11.2016
Tuan, Di biasanya diakhiri dengan kan namun adakalanya di tidak diakhiri dengan kan atau i seperti dalam diakhiri. Bila masanya di diakhiri dengan kan atau i dan bila pula ia tidak begitu. Mohon tuan berikan penjelasan. Terima kasih.Apitan di...kan ialah bentuk pasif bagi meN-...-kan. Segala ciri apitan ini dan maknanya tidak berubah daripada yang terkandung dalam imbuhan-imbuhan di- dan -kan. Contohnya "memberikan" (bentuk aktif) dan "diberikan" (bentuk pasif). Seperti di-...-kan, apitan di-...-i  ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya "mempelopori" (bentuk aktif) dan "dipelopori" (bentuk pasif). Untuk maklumat lanjut, rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, muka surat 202 dan 208.Tatabahasa24.05.2011
Saudara, bolehkah saudara menjelaskan kemusykilan saya tentang perkara-perkara berikut ? 1. a) Barang-barangnya kecurian malam tadi. b) Barang-barangnya dicuri malam tadi. Mana satukah yang tepat dari segi penggunaan imbuhannya ? 2. a) Hadiah itu dimenangi oleh Wei Lun. b) Hadiah itu dimenangi Wei Lun. c) Rumput-rumput itu dibasahi hujan. Saya inginkan penjelasan tentang penggunaan imbuhan 'di-....i' dan kata sendi nama 'oleh' bagi contoh ayat-ayat tersebut. 3. Antara 'berlepas ke' dan ' berlepas dari', adakah kedua-duanya tepat ? Keprihatinan daripada pihak saudara untuk menghuraikan permasalahan tersebut saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih !

1. Barang-barangnya dicuri malam tadi - ayat (imbuhan) yang betul

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Apitan di-...-i diterangkan bahawa apitan di-...-i ialah bentuk pasif bagi meN-...-i, contohnya mempelopori - dipelopori; Gerakan menuntut kemerdakaan negara itu dipelopori oleh kaum bangsawan, mengotori - dikotori; Selepas hujan bilik darjah dikotori oleh tanah lumpur. Kata sendi nama oleh yang kedudukannya selepas kata kerja boleh digugurkan secara pilihan. Ketiga tiga ayat contoh yang diberi adalah betul.

3. Berlepas ke dengan berlepas dari, kedu-duanya adalah betul. Yang pertama menunjukkan tempat yang dituju (berlepas ke angkasa lepas) dan kedua menunjukkan tempat asalnya/punca (berlepas dari Terminal ...) 

Tatabahasa25.05.2008

Kembali ke atas