Adakah salah meletakkan imbuhan 'memper-...-kan' untuk kata adjektif? | Apitan memper- kan, hanya menerima golongan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Sehubungan dengan itu, tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. | Tatabahasa | 28.10.2015 |
Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah. | Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan. Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan. Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 22.05.2008 |
Tlg beri pejelasan kenapa apitan memper-...-kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Contoh: memperluaskan dikatakan salah dan yg betulnya memperluas shj. Apa justifikasinya? | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperluas - bermaksud menjadi lebih atau bertambah luas. Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperluas. | Tatabahasa | 02.03.2020 |
Perkataan "memperkukuhkan" adalah salah. Betul atau tidak?. Setahu saya perkataan "memperkukuhkan" adalah salah kerana kata dasarnya ialah "kukuh" yang berada dalam kelompok kata adjektif. Jika kata dasarnya berada dalam kelompok kata adjektif maka kita tidak boleh gunakan imbuhan "memper..kan". Tapi yang musykilnya apabila saya menaip perkataan "memperkukuhkan" di carian makna perkataan di laman Dewan Bahasa da Pustaka (DBP) terdapat perkataan tersebut digunakan. Jika salah sepatutnya tak patut digunakan. | Betul seperti yang dikatakan, kukuh ialah kata adjektif dan kata adjektif tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Berdasarkan semakan kami, perkataan pemperkukuhkan digunakan dalam contoh ayat entri perkataan dalam kamus dan daftar istilah. Hal ini berlaku demikian kerana contoh ayat tersebut diambil daripada data korpus tanpa menyaringnya terlebih dahulu. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 04.04.2012 |
kenapakah perkataan 'memperkasakan' adalah salah dari segi tatabahasa? | Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa, bukan apitan memper-...-kan dengan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
Merujuk ulasan tuan tentang soalan 93. Tuan menyatakan bahawa ' antara perkataan yang lain yang boleh menerima imbuhan memper...i ialah peroleh, perbaiki...' . Sepatutnya 'oleh' menerima memper...i, ' baik' menerima 'memper...i'. Walau bagaimanapun, ' memperolehi' memperbaiki' memperkuasai', 'dll ( rujuk TD Ketiga, m/s 212 ) dikatakan bentuk yang lewah yang seharusnya dieja sebagai (memperoleh), (membaiki), menguasai dll. Kamus Dewan Edisi Keempat menyatakan bahawa' lewah' membawa maksud berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal, dsb yang tidak perlu . Jadi 'memperolehi' adalah salah penggunaan imbuhan. 'Oleh' sebagai kata sendi nama hanya menerima 'memper...' bukan memper... i' (TD Edisi ketiga m/s 180) | Apitan memper-.....-i wujud hasil daripada perkembangan bahasa, iaitu keperluan menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Setakat ini hanya bentuk yang berikut yang wajar dianggap sebagai jenis kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-.....-i ini, iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami, dan memperisteri. Bentuk mempersuami dan memperisteri sebenarnya berbentuk mempersuamii dan memperisterii tetapi telah berlaku pengguguran satu huruf i dalam kedua-dua perkataan ini. Bentuk yang lazim digunakan dengan apitan memper-...-i seperti memperolehi, memperbaiki, memperkuasai, memperdalami, memperakui, mempersetujui dan memperhalusi merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk terbitan di atas seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-...-i atau apitan memper-...-kan, seperti yang berikut: memperolehi seharusnya memperoleh, memperbaiki seharusnya memperbaik, memperkuasai seharusnya menguasai, memperdalami seharusnya mendalami, memperakui seharusnya mengakui/memperakukan, mempersetujui seharusnya menyetujui, memperhalusi seharusnya menghalusi. Kami memohon maaf atas kekeliruan jawapan yang diberikan sebelum ini. | Tatabahasa | 19.04.2010 |
kenapakah perkataan 'mempertingkatkan' adalah salah dari segi tatabahasa? | Kata mempertingkatkan adalah betul kerana kata tingkat bukan kata adjektif yang tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam jawapan sebelum ini. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
saya ingin bertanya sekai lagi tentang memerhatikan dan memperhatikan... ap yang saya dapat memerhatikan berasal dari kata dasar perhati...apabila mendapat imbuhan meN-...-kan menjadi memerhatikan.saya sudah faham... tetapi, memperhatikan daripada pembacaan saya berasal dari kata dasar hati seterusnya memdapat imbuhan memper-...-kan untuk jadi memperhatikan. oleh itu, saya berpendapat perkataan memperhatikan tidak salah. apa yang berbeza adalah penggunaan perkataan tersebut dalam bentuk ayat yang berbeza. adakah betul hasil dapatan saya ini? | memperhatikan ialah kata terbitan daripada kata dasar hati dan ditambah apitan memper_kan, manakala memerhati ialah kata terbitan daripada kata dasar perhati dan ditambah awalan me_kan,dan kedua-duanya membawa makna yang sama iaitu mengendahkan. | Tatabahasa | 18.03.2008 |
Salam. Saya masih keliru dengan penggunaan 3 imbuhan sekaligus. Cth: memperolehi- salah. Sbb 3 imbuhan. Kalau mempermainkan?? Memperincikan? | Apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper-...-i ini wujud untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja seperti memperingati dan memperkawani, tetapi tidak memperolehi. Kata memperolehi terbentuk daripada gabungan kata oleh dengan awalan memper- (bukan apitan memper-...-i). Perkataan memperincikan dan mempermainkan pula terbit daripada gabungan kata dasar dengan apitan memper-...-kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 209 - 212, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat??? | Saudara Aidil, 1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli. 2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan 3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar. 4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan) | Tatabahasa | 05.08.2012 |