penggunaan imbuhan awalan memper- contoh perkataan memperbesar. Pertanyaannya mana yang betul memperbesar atau memperbesarkan..dan kenapa imbuhan akhiran -kan digugurkan penggunaannya dalam menggambarkan sesuatu konteks | Kata adjektif menerima awalan memper- bukan apitan memper-...-kan. Contohnya memperbesar, memperluas dan mempercantik. | Tatabahasa | 20.07.2012 |
memperlebar atau memperbesar jalan | Frasa yang tepat ialah memperlebar jalan. | Tatabahasa | 01.03.2012 |
Penggunaan imbuhan memper dan memperk..kan. 1. memperbesarkan atau memperbesar, yang mana satu tepat. Setahu saya besar adalah kata adjektif. oleh itu imbuhan yang tepat adalah memperbesar dan bukan memperbesarkan. tolong jelaskan. | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau berrambah. Penggunaan yang tepat ialah memperbesar. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
perbezaan perkataan dan penggunaan memperbesar dan memperbesarkan..perkataan yang manakah betul untuk digunakan dan makna setiap daripadanya. | Kata terbitan yang betul ialah memperbesar (bukan memperbesarkan), kerana kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 18.03.2008 |
Salam sejahtera, Ayat manakah yang lebih gramatis? 1) Tuas digunakan untuk memperbesarkan daya bagi mengatasi beban yang berat. 2) Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Maksud yang ingin disampaikan kpd pembaca ialah mesin ringkas digunakan untuk menjadikan daya lebih besar supaya daya yang besar ini dapat mengatasi beban yang berat. Sekian, Terima kasih. | Yang lebih gramatis ialah Tuas digunakan untuk memperbesar daya bagi mengatasi beban yang berat. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 16.06.2012 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Memperlebar dan memperlebarkan,apa bezanya? | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar dan memperindah. Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti memperbesarkan dan memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperlebar. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
Adakah Kata Adjektif tidak boleh menerima 3apitan..?? contoh memperindahkan.. Sila jelaskan...TQVM | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah seperti memperbesar dan memperkecil. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
salam tuan kenapa kata adjektif tidak boleh menggunakan imbuhan memper...kan apa rasionalnya. | Hal ini telah ditetapkan dalam buku Tatabahasa Dewan. Oleh itu, kita menerima pakai panduan dalam buku tersebut. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 210 Awalan memper-... digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah seperti memperbesar. Dalam hubungan ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperbesarkan dianggap tidak tepat. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
tolong jelaskan kepada saya tentang memerhatikan dan memperhatikan serta jelaskan perbezaannya dan kegunaan dalam ayat | Penggunaan yang betul ialah 'memerhatikan' yang bermaksud mempedulikan, mengendahkan, menaruh minat, mengawasi, menjaga atau memereksai. Kata 'memperhatikan' tidak digunakan kerana awalan 'Memper -' lazimnya digabungkan dengan kata nama (memper + alat = memperalat), kata adjektif (memper + besar = memperbesar), dan kata sendi (memper + oleh = memperoleh). | Tatabahasa | 18.03.2008 |