mempercepatkan langkah atau mempercepat langkah? | Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
mana satu yang betul? 1. 'mempercepat' atau 'mempercepatkan'? 2. 'memperoleh' atau 'memperolehi'? | Yang betul ialah mempercepat dan memperoleh. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. Bagi kata memperoleh 'memper... 'apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja membawa makna mendapat sesuatu. | Tatabahasa | 29.05.2007 |
Mohon pihak tuan untuk membetulkan ayat di bawah: i) Mesyuarat dimaklumkan slip gaji diperlukan bagi mempercepatkan dan memudahkan proses pembayaran tuntutan ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut digiliri. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut Pohon pihak tuan supaya dapat menerangkan struktur ayat 'di.....i' dan 'di......kan', 'me/meng/mem....i' dan ' me/mem/meng....kan' kerana terdapat kekeliruan dalam penggunaan kata imbuhan tersebut. Sekian, terima kasih. | i) Mesyuarat dimaklumkan bahawa slip gaji diperlukan bagi mempercepat dan memudahkan proses pembayaran tuntutan. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. ii) Mesyuarat mencadangkan supaya kehadiran anggota ke perjumpaan tersebut dilakukan secara bergilir. iii) Lagu tersebut telah dipersembahkan oleh Cik Munira atau Cik Munira telah mempersembahkan sebuah lagu di majlis tersebut. Kedua-dua ayat terebut betul. Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Untuk maklumat lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 207. 1. Apitan di-…i ialah bentuk pasif bagi meN-…-i . Contoh: kata kerja aktif mendapati, kata kerja pasifnya didapati. Apitan mempeR-…-i tidak begitu produktif. Kata-kata yang bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Setakat ini hanya empat perkataan yang terbentuk dengan apitan ini iaitu memperingati, memperkawani, mempersuami(i), memperisteri(i). Berlaku pengguguran huruf i pada perkataan mempersuami dan memperisteri. Bentuk lazim memperolehi sebenarnya bentuk terbitan yang lewah, untuk membawa pengertian yang lazimnya dikaitkan dengan perkataan di atas. Memperolehi seharusnya menerima awalan memper-. Oleh itu memperolehi seharusnya memperoleh. Sebagaimana hal yang berlaku pada memper-...-i, demikian juga pada bentuk apitan dipeR-...-i. Bentuk yang lazim digunakan iaitu diperolehi, sebenarnya merupakan bentuk terbitan yang lewah. Kata dasar bentuk apitan ini seharusnya menerima awalan diper- , yakni diperolehi seharusnya diperoleh. (Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga hlm. 208, 211 – 217) | Tatabahasa | 21.11.2013 |
Era globalisasi dan kemajuan teknologi maklumat dikatakan mampu mempercepatkan usaha memperkasakan dan memasyarakatkan bahasa melayu. Sejauh manakah anda bersetuju dengan keyataan ini? | Soalan saudara/ saudari tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 01.08.2010 |
kekeliruan tentang penggunaan kata kerja transitif. Perbezaan penggunaan imbuhan awalan dan akhiran -memper.....kan, memper......i dan memper...... .Contoh perkataan mempercepatkan , mempercepat | Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya; contohnya, menendang bola, memukul gendang, menghulurkan tali, membuka pintu, membaca buku. Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek yang bernyawa. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Tepat atau tidak ayat di bawah: Jawatankuasa ini bertanggungjawab mengenalpasti beberapa garis panduan untuk diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepatkan adjudikasi kes-kes pertikaian. | Ayat yang betul : Jawatankuasa ini bertanggungjawab untuk mengenal pasti beberapa garis panduan bagi diperkenalkan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan dan mempercepat adjudikasi kes-kes pertikaian. | Tatabahasa | 12.05.2008 |
Saya nak meminta bantuan, saya telah hantar artikel untuk peperiksaan DBPM, tetapi tiada balas, 30431/2015 Harap tuan / Puan memberi bantuan untuk mempercepatkan permohonan lessen perniagaan | Permohonan tuan telah diproses, sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 03.08.2015 |
kami telah hantar lakaran iklan untuk dapat pengesahan dari pihak tuan, no pendaftaran ialah 16894/2013 masih dalam status BARU. Harap pihak tuan boleh mempercepatkan kelulusan, kerjasama dari pihak tuan sangat kami dihargai. DIDAHULUI DAMI MENGUCAPKAN TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA AND KELULUSAN YANG AKAN DIBERI OLEH PIHAK TUAN. | Penggunaan perkatan dalam iklan tuan adalah betul. Untuk pengesahan sila klik domain Khidmat Pengesahan Bahasa (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 08.10.2013 |
SifuHerbs Resources SEL 10.33 PTG JAWAPAN DBP Untuk makluman tuan yang budiman, Khidmat Pengesahan Bahasa secara dalam talian diproses dalam tempoh tiga hari bekerja setelah transaksi bayaran selesai. Walau bagaimanapun pihak kami berusaha mempercepatkan permohonan sekadar kemampuan petugas Bahagian Penguatkuasaan demi keperluan pengguna dari seluruh negara. SOALAN macam mana nak buat bayaran tersebut & nak buktikan pembayaran? | Untuk makluman tuan, dalam senarai permohonan ada menu bayaran, sila klik nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran (jika tuan menghantar lebih daripada satu permohonan, sila pilih nombor permohonan yang hendak dibuat bayaran) dan system akan meneruskan proses kepada menu bayaran. Jika masih terdapat sebarang kekeliruan, sila hubungi kami melalui talian 03-21479400. | Lain-lain | 17.10.2017 |
Saya telah bertanyakan soalan berikut "Boleh saya dapatkan bantuan untuk translasi bagi perkataan "Gender Dysphoria" untuk kegunaan dalam modul guideline." pada 26 Mac 2023 yang lalu, namun masih belum mendapat jawapan dari pihak DBP. Boleh saya dapatkan bantuan bagi mempercepatkan proses ini. Terima Kasih! | Padanan bahasa Melayu bagi istilah gender dysphoria ialah disforia jantina. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2023 |