Cadangan untuk memperelok PRPM: tambahkan fungsi paparan penuh. Contohnya: bahagian peribahasa atau kamus bahasa melayu atau bahasa inggeris diperlihatkan sebagai satu senarai lengkap (ala-ala buku) supaya dapat dilayari sahaja tanpa buat pencarian. | Tuan/Puan, Kami mengambil maklum akan cadangan yang dikemukakan dan akan menyalurkan cadangan tersebut kepada bahagian yang bertanggungjawab. | Lain-lain | 15.03.2019 |
bina ayat menggunakan perkataan memperelok | Ani memperelok sanggulnya dengan menyelitkan sekuntum bunga mawar padanya. | Tatabahasa | 20.06.2010 |
1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau memperguna | Perkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolah | mengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan. | Tatabahasa | 19.03.2008 |
apakah maksud tahsihan atau pentahsihan? | tahsihan atau pentahsihan (kata dasarnya tahsis) tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ialah tahsin bermaksud hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb; dan tashih yang bermaksud pengesahan. | Makna | 12.10.2007 |
Apakah maksud perkataan yang berikut: 1. Sasana 2. Pugar | Perkataan "Sasana" tiada dalam data kami. Walaubagaimanapun, pihak tuan/puan boleh merujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia untuk mendapat maksud tersebut. Manakala, Pugar bermaksud: membersihkan (menebang, membakar dsb) sesuatu kawasan utk menanam tanaman tertentu. Pugar juga membawa maksud memperbaiki atau memperelok semula, membaharui dan memulihkan. | Makna | 27.09.2017 |