Salam. Saya masih keliru dengan penggunaan 3 imbuhan sekaligus. Cth: memperolehi- salah. Sbb 3 imbuhan. Kalau mempermainkan?? Memperincikan? | Apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper-...-i ini wujud untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja seperti memperingati dan memperkawani, tetapi tidak memperolehi. Kata memperolehi terbentuk daripada gabungan kata oleh dengan awalan memper- (bukan apitan memper-...-i). Perkataan memperincikan dan mempermainkan pula terbit daripada gabungan kata dasar dengan apitan memper-...-kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 209 - 212, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
as,kum,,,, tuan saya nak tanya, berapa lama kah saya boleh mendapat balasan atu jawapan, apabila saya sudah menghantar bahan saya ke DBP?. | Mohon tuan memperincikan jenis bahan yang dihantar ke DBP. Adakah bahan yang dimaksudkan ialah manuskrip atau rencana/artikel/cerpen/puisi. Sekiranya bahan manuskrip, tuan hendaklah menghantar bahan tersebut kepada Pengarah Penerbitan, Aras 19, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Atau, sekiranya rencana, cerpen, puisi mohon tuan menghantarnya kepada Ketua Bahagian Majalah, Aras 20, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 09.02.2008 |
apakah isi yang perlu ada untuk membuat satu assignment yang bertajuk sentimen perkauman di kalangan masyarakat malaysia | Antaranya anda perlu beberapa topik seperti : 1. Sejarah Pelbagai Kaum 2. Kenapa pemisahan kaum mengikut populasi berlaku 3. Faktor Penarik 4. Faktor Penolak 5. FAktor Pendorong Walaubagaimanapun ini hanya cadangan, dan anda boleh memperincikan dengan merujuk buku sejarah dan peristiwa terbitan DBP. | Lain-lain | 16.08.2007 |
Bolehkah saya mendapatkan definisi yang tepat dan mudah difahami serta mudah untuk dijelaskan kepada orang ramai mengenai Defisini:- i. Bumiputera ii. Bukan Bumiputera | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan bukan bumiputera. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Makna | 08.04.2011 |
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasih | Pantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal. | Lain-lain | 30.05.2017 |
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial. | Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Istilah | 01.11.2012 |
Berdasarkan rujukan surat tuan rujukan DBP/4-9/23 K.12(38) bertarikh 06 Julai 2009, Saya ingin mendapatkan kepastian arahan pematuhan dan pelaksanaan menyeluruh yang digunapakai di setiap negeri. Maklumat berkenaan diperlukan untuk melancarkan dan memastikan ketepatan percetakan Buku Harian Rasmi Kerajaan Negeri Tahun 2012. | Untuk makluman tuan, bahagian berkenaan (yg mengeluarkan surat) telah disusun semula pada tahun 2010. Oleh itu, mohon kerjasama tuan memperincikan soalan untuk memudahkan kami membuat semakan terhadap dokumen yang berkaitan. | Lain-lain | 25.10.2011 |
assalamualaikum tuan/puan yang dihormati, saya kurang pasti jika tajuk artikel saya ini sesuai atau tidak dalam konteks penggunaan kata 'jati diri' tajuk artikel: keberkesanan kerja projek dalam membentuk jati diri pelajar terima kasih . | Mengikut Kamus Dewan, jati diri ialah sifat atau ciri yang unik dan istimewa dari segi adat, bahasa, budaya, agama yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa; identiti. Tajuk ini yang puan cadangkan terlalu umum. Tajuk ini sesuai sekiranya puan memperincikan bidang dalam kerja projek, dan yang paling penting puan harus berjaya mengaitkan perkara ini: Bagaimana keberkesanan kerja projek (dalam bidang tersebut) dapat membentuk jati diri pelajar? Dan tidak kurang penting juga puan harus dapat membuat pembuktian dalam perkara ini. | Makna | 02.03.2014 |
Bolehkah menggunakan perkataan berjantina lelaki. Contoh.. Guru itu berjantina lelaki. Apa perbezaan terperinci dan perinci | (1) Mengikut Kamus Dewan dan Kamus Pelajar jantina ialah jenis kelamin (sama ada lelaki atau perempuan. Ayat yang betul ialah Guru itu lelaki. (2) Makna kata terperinci telah diperincikan, iaitu telah dihuraikan sepenuh-penuhnya manakala (3) perinci pula memperincikan, iaitu menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dapat dibahagi-bahagikan atau diberikan butiran. | Tatabahasa | 14.04.2014 |
apakah bezanya bumiputera dng melayu | Kamus Dewan menakrifkan bumiputera ialah anak tulen dari sesebuah negara; atau disebut juga peribumi. Manakala Melayu ialah nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); masuk ~ a) mengikut cara hidup orang Melayu; b) masuk Islam; memelayukan menterjemahkan ke dlm bahasa Melayu, menjadikan bersifat atau menunjukkan ciri-ciri bahasa Melayu: ~ isti-lah ilmiah; kemelayuan ciri atau sifat yg memperlihatkan keperibadian orang Melayu: suasana kampung yg masih terikat erat dgn tradisi dan adat-istiadat ~nya; golongan yg mahu unsur ~ diutamakan; pemelayuan perihal (perbuatan dsb) memelayukan: ~ istilah. Walau bagaimanpun untuk aspek yang lebih teknikal saudara perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan Melayu. | Tatabahasa | 28.11.2012 |