mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolah | mengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan. | Tatabahasa | 19.03.2008 |
Apakah perbezaan di antara frasa - memperindahkan kawasan sekolah dengan frasa - memperindah kawasan sekolah | Perkataan yang betul ialah memperindah. | Tatabahasa | 29.07.2014 |
1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau memperguna | Perkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat. | 1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni. 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 05.06.2010 |
Penggunaan perkataan yang betul: Sarima bergotong-royong dengan anak-anaknya bagi memperindah @ memperindahkan halaman rumah mereka. | Jawapan yang sesuai: Sarima bergotong-royong dengan anak-anaknya bagi memperindah halaman rumah mereka. | Tatabahasa | 11.05.2016 |
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki | 1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi. | Tatabahasa | 21.03.2012 |
Adakah perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' untuk memaknai proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu menepati tatabahasa Melayu? Contohnya: Pemerindahan Sungai Gajus langkah yang baik bagi meningkatkan kedatangan pelancong. Pemerdalaman lubang itu perlu dilakukan segera supaya kerja lain dapat dilakukan. Pemercepatan prosedur pendaftaran meningkatkan kapasiti penerimaan pelanggan cawangan itu. | Perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' tidak menepati pembentukan imbuhan tatabahasa Melayu untuk maksud proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu. Perkataan yang tepat ialah 'pencepatan', 'pengindahan' dan 'pendalaman'. | Tatabahasa | 07.04.2019 |
apakah maksud tahsihan atau pentahsihan? | tahsihan atau pentahsihan (kata dasarnya tahsis) tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ialah tahsin bermaksud hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb; dan tashih yang bermaksud pengesahan. | Makna | 12.10.2007 |
Memperlebar dan memperlebarkan,apa bezanya? | Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar dan memperindah. Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti memperbesarkan dan memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperlebar. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
memperkenalkan atau memperkenal? Ini adalah kerana bukankah mem, per dan kan menunujukkan 3 imbuhan. Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan | Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan tersebut dapat membentuk kata terbitan apabila diimbuhkan kepada kata dasar iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan bersifat kata kerja transitif. Beberapa contoh: memperkenalkan, mempertahankan, mempersatukan dan memperdengarkan. Terdapat dua pengertian khusus yang timbul memlalui penggunaan apitan memper-...-kan. Pertama, membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contoh: a) memperisterikan - menjadikan atau menyebabkan beristeri; b) mempertemukan - menjadikan atau menyebabkan bertemu. Kedua, membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Contoh: a) memperdengarkan - menyebabkan orang mendengar; b) memperlihatkan - menyebabkan orang melihat. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 08.08.2018 |