Salam memperjuangkan bahasa Melayu, tuan DBP. Adakah rangkai kata "masing-masing pihak" betul? Contoh ayat: (1) Jika demikian, tutup sajalah persoalan kesalahan bahasa dan biarkanlah bahasa berkembang menurut kehendak masing-masing pihak. Bukankah frasa bahasa Melayu berurutan Diterangkan-Menerangkan, iaitu nama utama di hadapan, penerang di belakang? Maka sepatutnyalah frasa itu berurutan "pihak masing-masing": "masing-masing" yang bermaksud tiap-tiap dirinya penerang nama utama "pihak" ataupun kerana "masing-masing" bermaksud tiap-tiap dan setiap, dan "setiap" kata bilangan, oleh itu "masing-masing" yang disamakan dengan "setiap" yang bergolongan kata bilangan perlu diletakkan di depan nama utama sebagai penentu bilangan, seperti: setiap pihak = masing-masing pihak? | Perkataan yang lebih sesuai ialah "pihak masing-masing" | Lain-lain | 12.12.2016 |
Selamat memperjuangkan bahasa baku, tuan. Adakah "menanya" bentuk sempurna sebagai perbuatan melamapu ataupun perlu ditambahi akhiran-i untuk menjadi "menanyai" barulah berkuasa perbuatan melampau, iaitu perbuatan yang mengenai penyambut? Sila tilik WordPad untuk mendalami kajian saya. Wordpad surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, di sisi itu, saya memerlukan keahlian tuan DBP juga, oleh itu saya juga mengutus surat ini kepada tuan. | Merujuk Kamus Dewan, perkataan menanya juga membawa maksud menanyai. Kedua-dua kata terbitan ini berfungsi sebagai kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk menyempurnakan ayat. | Tatabahasa | 18.12.2016 |
Salam memperjuangkan bahasa tuan DBP. Adakah kata "terasa" dapat digunakan sebagai kata kerja aktif? Hal ini saya curigai kerana pada pengetahuan saya, segala kata kerja yang berawalan ter- yang bermaksud "telah dibuat" itu hanya digunakan dalam ayat pasif sahaja, seperti: (1) Ajaran guru itu tersurat oleh saya dalam buku nota (tersurat - kata kerja pasif = telah disuratkan); (2) Kad pengenalan terlampir oleh saya bersama surat permohonan ini (terlampir oleh saya = telah saya lampirkan). Kedua-dua ayat (1) dan (2) ini ayat pasif kerana penyambut perbuatan "ajaran guru itu" dalam ayat (1) dan "kad pengenalan" dalam ayat (2) dipangkalkan dalam ayat. Pada asalnya, ayat berbentuk (1) telah menyuratkan ajaran guru itu dan (2) telah melampirkan kad pengenalan. Jadi, adakah ayat (3) Saya terasa letih sekali betul? Saya bertanya demikian kerana dalam ayat (3), kata "terasa" digunakan sebagai kata kerja aktif. Saya mengatakan bahawa ayat (3) ayat aktif kerana pelaku "saya" didepankan dalam ayat. Untuk pendapat saya yang lanjut, sila tuan rujuk WordPad terlampir oleh saya. | DBP berpegang pada buku Tatabahasa Dewan (Sila rujuk muka surat 170 -174). Sekiranya puan mempunyai pandangan atau pendapat lain tentang jenis kata kerja berawalan "teR-', sila kemukakan kepada penulis buku tersebut atau kepada pakar bahasa yang lain. | Tatabahasa | 02.12.2016 |
Saya ingin menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan peranan sebenar DBP dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Apakah DBP betul-betul memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia? Perlukah seorang wakil senator dilantik dalam parlimen bagi memperjuangkan Bahasa Melayu? Mengapa tidak dianjurkan satu perayaan atau hari Bahasa Melayu seluruh Malaysia? Sejauhmanakah Bahasa Melayu membantu dalam perkembangan teknologi masa kini? Sejauhmanakah DBP mempertahankan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia umumnya dan orang Melayu khususnya? | Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai badan pembina dan perancang bahasa, sastera dan penerbitan mempunyai peranan sebagai penggerak aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan penerbitan. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Berbekalkan Ordinan DBP 1959, DBP diberi kuasa autonomi untuk melaksanakan tugas membina dan mengembangkan bahasa kebangsaan di Malaysia. Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. Memang banyak peranan DBP dalam memartabatkan bahasa Melayu. Ini diterjemah dan dimanifestasikan dalam hala tuju DBP sendiri seperti yang dinyatakan dalam fungsi dan dasarnya. Antaranya menyebarluaskan penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang ilmu. Masalah dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa komunikasi, bahasa perpaduan dsb. T.kasih. | Lain-lain | 25.07.2008 |
Saya ingin menanyakan beberapa soalan berkenaan dengan peranan sebenar DBP dalam memartabatkan Bahasa Melayu. Apakah DBP betul-betul memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia? Perlukah seorang wakil senator dilantik dalam parlimen bagi memperjuangkan Bahasa Melayu? Mengapa tidak dianjurkan satu perayaan atau hari Bahasa Melayu seluruh Malaysia? Sejauhmanakah Bahasa Melayu membantu dalam perkembangan teknologi masa kini? Sejauhmanakah DBP mempertahankan Bahasa Melayu dalam masyarakat Malaysia umumnya dan orang Melayu khususnya? | Matlamat Dewan Bahasa dan Pustaka seperti yang tercatat dalam Akta DBP (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995) ialah untuk a) membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi; b) untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan; c) untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain; d) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan e) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Dewan Bahasa dan Pustaka ialah sebuah badan berkanun yang dipertanggungjawabkan membina dan mangembangkan bahasa kebangsaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahan-bahan berikut : : 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 . 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 . 3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988 4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 . 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 . 7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 . 8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996. | Lain-lain | 24.07.2008 |
Tuan, Saya tidak pasti kesalahan ayat berikut: "Persatuan Wanita itu ditubuhkan atas kesedaran TERHADAP memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini." Nasihat tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Persatuan wanita itu ditubuhkan atas kesedaran untuk memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini". | Tatabahasa | 08.11.2014 |
Apakah yang boleh dilakukan melalui sastera dalam memperjuangkan bangsa dan apakah contoh-contohnya? | Untuk mandapatkan maklumat ini, saudara boleh merujuk ASAS 50 yang dianggotai oleh penulis wartawan zaman 50-an seperti Rahim Kajai, Pak Sako dll. Saudara juga boleh merujuk novel karya Ishak Hj. Muhammad@ Pak Sako, Harun Aminurrashid. Selain itu, puisi hasil karya Usman Awang, A. Samad Said juga boleh juga dirujuk untuk tujuan ini. Contoh-contoh perjuangan bangsa melalui sastera ialah seperti ASAS 50 yang memperjuangkan bahasa dan sastera, nasionalisme Melayu dan sebagainya. Terima kasih. | Lain-lain | 25.09.2006 |
9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami | 1. "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. 2. " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. 3. "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. 4. Mari kita ikut saya ke perpustakaan,” kata Siti kepada Nurul. | Tatabahasa | 09.05.2014 |
Pada 14 /11/12. Waktu berita utama TV3. Seorang tokoh politik yang sangat terkenal kononnya memperjuangkan Bahasa melayu/kebangsaan . Sempena meraikan sambutan hari devepavali beliau telah telah mengunakan imbuhan yang saya kurang pasti betul atau salah penggunaannya, iaitu berdeepavali dan bertahun baru. Ini bukan lah kali pertama beliau mengeluarkan perkataan yang pelik pelik. Bagi saya ini adalah satu pencemaran. | Penggunaan perkataan berdeepavali tersebut seolah-olah menyamakannya dengan perkataan berhari raya, iaitu merayakan hari raya. Namun pembentukan perkataan tersebut adalah tidak gramatis kerana kita juga tidak menggunakan ungkapan beraidilfitri dalam konteks merayakan hari raya Aidilfitri. | Tatabahasa | 15.11.2012 |
goverment champing sustainable living a)champing b)sustainable living c)eco system d)inrestective e)event | a)memperjuangkan b)kehidupan mapan c)eko sistem d)tanpa mengira e)acara | Istilah | 28.06.2011 |