1.'memperkasa' atau 'memperkasakan' mana satu betul? | Untuk makluman, perkataan yang betul ialah memperkasakan. Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa | Ejaan | 10.04.2016 |
bila memperkasakan boleh digunakan | Kata memperkasakan boleh digunakan dalam konteks berikut, usaha untuk memperkasakan industri minyak sawit perlu dilakukan segera; usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu. | Lain-lain | 06.03.2008 |
Kenapa mempertemukan boleh menggunakan akhiran -kan manakala memperkasa tidak boleh... | Untuk makluman, perkataan yang betul ialah memperkasakan. Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa | Tatabahasa | 15.07.2014 |
adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat? | Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan. | Tatabahasa | 08.03.2011 |
kenapakah perkataan 'memperkasakan' adalah salah dari segi tatabahasa? | Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa, bukan apitan memper-...-kan dengan kata adjektif. | Tatabahasa | 10.02.2011 |
apakah ejaan yang betul, memperkasakan atau memperkasa? | Yang betul ialah memperkasakan. | Tatabahasa | 05.04.2009 |
Penggunaan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan Tepat atau tidak? | Cadangan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan adalah betul penggunaan tatabahasanya. | Tatabahasa | 28.05.2019 |
Boleh sahkan kesahihan dan ketepatan slogan yang berikut? "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Depan" (Bahasa Inggeris: Empowering Skills, Igniting Futures" Terima kasih. | Slogan yang betul ialah "Memperkasakan Kemahiran, Menyemarakkan Masa Hadapan" | Penyemakan dan penterjemahan | 18.11.2024 |
Mengapakah `perkasa` yang menerima apitan meN-kan mengekalkan `p` iaitu `memperkasakan` dan bukannya 'memerkasakan`? | perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran hurup kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Keterangan lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, mukas surat 146, Awalan Kata Kerja | Tatabahasa | 09.11.2007 |
Saya perlukan kepastian, kenapa tidak ada dalam Kamus Dewan perkataan Memperlekeh? Memperkasakan? Kenapa ejaan Digilis tidak diterima dalam sistem dewan eja yang saya guna di Karangkraf? | Kata memperlekeh boleh digunakan tetapi bentuk yang betul ialah memperlekehkan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada perkataan memperkasakan, begitu juga dengan perkataan digilis. | Tatabahasa | 24.07.2010 |