Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ke.cil] | ممڤرکچيل

Definisi : 1. menjadikan makin atau bertambah kecil, makin mengecilkan; 2. = memperkecil-kecil menganggap tidak pen­ting dsb, mengecil(-ngecil)kan: peranan akhbar-akhbar dan majalah-majalah tidak dapat diperkecil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ke.cil] | ممڤرکچيل

Definisi : menjadikan lebih kecil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperkecil


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memperkecil/Memperkecil-kecilkan nilai duit syiling.Memperkecil nilai duit syiling.Tatabahasa16.08.2013
Adakah penggunaan kata ganda dengan imbuhan memper+kan betul dalam contoh berikut: 1.memperkecil-kecilkan 2.mempermain-mainkan 3.memperbudak-budakkan Adakah terdapat syarat hanya kata akar dengan kelas kata tertentu yang dbenarkan menggunakan kata ganda seperti di atas. Contohnya kata akar kata adjektif (memperkecil-kecilkan) adalah betul, manakala kata akar kata kerja (mempermain-mainkan) adalah salah.Yang betul memperkecil-kecil, mempermain-mainkan dan memperbudak-budakkan.  Imbuhan memper- dengan kata adjektif tidak membentuk kata dengan imbuhan memper-kan.  Rujuk tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 177 untuk keterangan lanjut. Tatabahasa22.05.2008
Adakah Kata Adjektif tidak boleh menerima 3apitan..?? contoh memperindahkan.. Sila jelaskan...TQVM

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah seperti memperbesar dan memperkecil. Kata adjektif (contohnya besar) tidak menerima apitan memper_kan. 

Tatabahasa24.06.2011

Kembali ke atas