Salam sejahtera. Apakah penjodoh bilangan bagi pembaris. Manakah yang betul bagi ayat ini. Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua orang ibu bapanya. atau Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua orang tuanya. | Penjodoh bilangan bagi pembaris ialah batang. Ayat yang betul ialah Ali memperkenalkan buah hatinya kepada kedua-dua ibu bapanya. | Tatabahasa | 23.06.2008 |
1.Tahap 3 memperkenal huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. 2.Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. Soalan saya; Yang mana satukah penggunaan yang betul? :memperkenal/memperkenalkan | Ayat yang betul ialah Tahap 3 memperkenalkan huruf-huruf dan bunyi suku kata melalui gabungan konsonan dan vokal. | Lain-lain | 24.05.2010 |
Imbuhan Memper........kan.... adakah betul 'kan' harus dibuang....misalnya Memperkenalkan seseorang menjadi memperkenal seseorang....saya keliru... | Golongan kata nama dan kata kerja bergabung dengan apitan "memper...kan" untuk membentuk kata kerja seperti memperkenalkan, memperdengarkan, memperlihatkan dll. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
Mohon cadangan tatabahasa yang betul : i. dipersetujui ii. diperkenankan iii. diperlekehkan iv. memperkenalkan v. mempersembahkan | Jawapan yang betul berdasarkan cadangan padanan tatabahasa tersebut ialah: i. Dipersetujui ii. Diperkenanakan iii. Diperlekeh iv. Memperkenalkan v. Mempersembahkan | Lain-lain | 22.02.2023 |
memperkenalkan atau memperkenal? Ini adalah kerana bukankah mem, per dan kan menunujukkan 3 imbuhan. Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan | Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan tersebut dapat membentuk kata terbitan apabila diimbuhkan kepada kata dasar iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan bersifat kata kerja transitif. Beberapa contoh: memperkenalkan, mempertahankan, mempersatukan dan memperdengarkan. Terdapat dua pengertian khusus yang timbul memlalui penggunaan apitan memper-...-kan. Pertama, membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contoh: a) memperisterikan - menjadikan atau menyebabkan beristeri; b) mempertemukan - menjadikan atau menyebabkan bertemu. Kedua, membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Contoh: a) memperdengarkan - menyebabkan orang mendengar; b) memperlihatkan - menyebabkan orang melihat. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 08.08.2018 |
Assalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera. Izinkan saya untuk memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammad Firdhaus bin Zulkifli. Saya merupakan pelajar dalam jurusan Bahasa Arab bagi peringkat sarjana ijazah di Universiti Mohamed ke-5 Rabat, Maghribi. Tahun ini merupakan tahun terakhir pengajian saya di mana saya perlu menulis tesis bagi melayakkan saya mendapat sijil. Saya berniat untuk memperkenalkan bahasa melayu di dalam tulisan saya di mana saya telah memilih untuk menulis berkaitan Nasalisasi dalam Bahasa Melayu di mana ia merupakan kajian ilmu fonologi. Saya berharap pihak DBP dapat memberi cadangan artikel - artikel yang dapat saya jadikan rujukan untuk kajian ini. Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang penulisan khusus tentang nasalisasi. Aspek ini merupakan subtajuk dalam bidang fonologi. Kami mencadangkan tuan merujuk buku linguistik dan fonologi. Untuk melihat tajuk-tajuk buku tuan boleh melihat katalog buku Pusat Dokumentasi Melayu, DBP melalui laman web http://pustaxa.dbp.gov.my/pustaxa/. Syabas tuan dan semoga berjaya dalam pelajaran. | Tatabahasa | 09.11.2017 |
Jenama Apple telah memperkenalkan satu fitur/fungsi yang dikenali sebagai "Dynamic Island" Apakah terjemahan sesuai bagi fitur tersebut? Adakah fitur Pulau Dinamik boleh digunakan? Maksud Dynamic Island boleh rujuk pautan: https://www.youtube.com/watch?v=WuEH265pUy4 | Padanan bahasa Melayu bagi istilah Dynamic Island ialah Pepulau Dinamik.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 10.09.2022 |
Alami Transformasi Perodua Memperkenalkan Perodua Sentral, cawangan utama pusat jualan dan servis terunggu Perodua. Alami khidmat jualan dan servis serba baru untuk kereta Perodua anda. Semuanya dalam satu di premis yang pertama seumpamanya. Di Perodua, kami memacu transformasi, kerana anda keutamaan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai jualan atau servis, sila hubungi 03-79474600. | Untuk mendapat sijil pengesahan bahasa, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 09.04.2015 |
suku kata bagi mengajar. boleh memperkenalkan apa-apa buku di pasaran yang mengenai suku kata? tq... | Ada tiga suku kata bagi perkataan mengajar, iaitu me.nga.jar. Saudara boleh merujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Edisi Kedua terbitan DBP. | Tatabahasa | 05.05.2010 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Mari memperkenalkan diri 2. Mari saya kenalkan kawan saya. 3. Kenali sekolah saya. 4. Kenali sayur-sayuran. terima kasih | Salam sejahtera, Penggunaan ayat-ayat tersebut betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.09.2017 |