MANA YG LEBIH TEPAT MENCARI MAKLUMAT ATAU MEMPEROLEH MAKLUMAT -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT. -ALI MELAYARI INTERNET UNTUK MEMPEROLEH MAKLUMAT. | Mencari bermasksud berusaha untuk mendapat (memperoleh) sesuatu dan memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dengan ikhtiar atau usaha. Kedua-dua perkataan ini betul, namun berdasarkan konteks kami mencadangkan perkataan mencari digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2014 |
Saya ada sedikit kemusykilan dengan tatabahasa ini iaitu.. memperoleh dan memperolehi.Soalan saya adakah memperolehi boleh digunakan ataupun perlu menggunakan memperoleh? | Ejaan yang betul ialah memperoleh. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
mana satu yang betul? 1. 'mempercepat' atau 'mempercepatkan'? 2. 'memperoleh' atau 'memperolehi'? | Yang betul ialah mempercepat dan memperoleh. Kata adjektif cepat apabila menerima imbuhan memper... menjadi mempercepat bukan mempercepatkan. Bagi kata memperoleh 'memper... 'apabila bergabung dengan kata dasar daripada kata tugas untuk membentuk kata kerja membawa makna mendapat sesuatu. | Tatabahasa | 29.05.2007 |
Dalam jawapan yang diberikan oleh pihak DBP, saya ternampak suatu susunan kata yang menyebabkan saya keliru. Pihak DBP memberi saya jawapan tersebut: " berusaha memperoleh sesuatu" Tetapi, ayat yang betul bukan "berusaha untuk memperoleh sesuatu" kah? (Saya menambah Frasa Sendi "untuk" antara perkataan "berusaha" dengan "memperoleh“) Tolong berikan jawapan. Saya menunggu :) | Bentuk yang gramatis ialah "berusaha untuk memperoleh sesuatu" | Tatabahasa | 28.04.2014 |
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Tuan/Puan Saya ingin bertanya berkaitan penggunaan perkataan "memperoleh". Setahu saya, berdasarkan Kamus dewan bahasa keempat, hanya wujud perkataan 'memperoleh'. adakah ini benar kerana masih ada sesetengah artikel yang saya baca masih menggunakan perkataan memperolehi. Adakah perkataan 'memperolehi' sudah tidak boleh digunakan dalam semua ayat? | Betul seperti yang diketahui, kata terbitan yang betul ialah memperoleh, dari kata dasar oleh menghasilkan kata terbitan beroleh, memperoleh, perolehan pemeroleh dan pemerolehan. | Tatabahasa | 11.01.2012 |
Cikgu, frasa "memperoleh kejayaan" atau "beroleh kejayaan" yang mana betul? Atau kedua-dua pun betul? | Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Untuk ayat-ayat yang berikut, adakah penggunaan kata sendi betul? (a) Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga. (b) Bapa memperoleh buah mangga dari pokok mangga yang terdapat di belakang rumah. | Kata sendi yang betul adalah "daripada" kerana pokok mangga dalam konteks ayat tersebut merupakan sumber, bukannya tempat atau arah. Bapa memperoleh buah mangga daripada pokok mangga.
| Tatabahasa | 15.11.2015 |
BAGAIMANA PENGGUNAAN KATA 'MEMPEROLEH' DAN 'MEMPEROLEHI'? | Penggunaan yang tepat ialah memperoleh bermaksud mendapat, menerima (mencapai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: Contoh ayat, ~ rahmat drpd Allah; ~ kesenangan hidup | Lain-lain | 13.08.2010 |
memperolehi atau memperoleh yang mana satu betul dan sebabnya | Ejaan yang betul ialah memperoleh. | Tatabahasa | 26.04.2007 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apakah ayat yang betul bagi:- "Izani memperoleh naib johan dalam acara lontar peluru sempena kejohanan sukan sekolah", "Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz Al-Quran kategori lelaki sekolah menengah". Dan apakah johan, naib johan dan tempat ketiga merupakan kata nama khas pada situasi berikut: Tempat ketiga Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Naib johan Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri Johan acara pingpong kategori beregu (jika berada di tengah ayat) | 1. Ayat yang betul ialah “Izani mendapat naib johan dalam acara lontar peluru bersempena dengan kejohanan sukan sekolah.” 2. Ayat betul ialah “Faiz memperoleh tempat kesepuluh dalam Pertandingan Menghafaz al-Quran bagi kategori lelaki sekolah menengah.” 3. Perkataan naib johan dan tempat ketiga jika berada di tengah-tengah ayat perlu dieja dengan huruf kecil seperti dalam contoh ayat, “Ahmad mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.”, “Abu mendapat naib johan dalam Pertandingan Debat Piala Ketua Menteri.” dan “Ali menjadi johan dalam acara pingpong bagi kategori beregu.”.
| Tatabahasa | 14.02.2023 |