| memperolehi/peroleh | memperoleh/peroleh | Tatabahasa | 19.02.2009 |
| memperolehi atau memperoleh yang mana satu betul dan sebabnya | Ejaan yang betul ialah memperoleh. | Tatabahasa | 26.04.2007 |
| Saya ada sedikit kemusykilan dengan tatabahasa ini iaitu.. memperoleh dan memperolehi.Soalan saya adakah memperolehi boleh digunakan ataupun perlu menggunakan memperoleh? | Ejaan yang betul ialah memperoleh. | Tatabahasa | 08.05.2013 |
| Salam. Saya masih keliru dengan penggunaan 3 imbuhan sekaligus. Cth: memperolehi- salah. Sbb 3 imbuhan. Kalau mempermainkan?? Memperincikan? | Apitan ini tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak. Apitan memper-...-i ini wujud untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja seperti memperingati dan memperkawani, tetapi tidak memperolehi. Kata memperolehi terbentuk daripada gabungan kata oleh dengan awalan memper- (bukan apitan memper-...-i). Perkataan memperincikan dan mempermainkan pula terbit daripada gabungan kata dasar dengan apitan memper-...-kan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk halaman 209 - 212, buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 17.04.2014 |
| petani ‘memperolehi’ hasil pertanian yang tinggi. atau petani ‘memperoleh’ hasil pertanian yang tinggi. | Jawapan yang tepat ialah “petani ‘memperoleh’ hasil pertanian yang tinggi”. Mohon rujuk pada PRPM atau klik FAQ melalui laman web KNDBP untuk koleksi soalan KNB yang terdahulu sebagai panduan. | Lain-lain | 30.09.2022 |
| Mengapakah perkataan memperolehi ditukar kepada memperoleh tetapi mempunyai tidak ditukar kepada mempunya? | Awalan memper- juga awalan pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk, iaitu memper-. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan per-. Namun demikian, dalam ayat aktif, per- tidak boleh wujud tanpa awalan men- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi diper- dalam ayat pasif seperti memperoleh. Awalan memper- dapat bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya; alat - memperalat, daya - memperdaya (kata nama). Kata adjektif; luas - memperluas, tinggi- mempertinggi. Oleh- memperoleh. Kata tugas yang terdiri daripada kata sendi nama. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 177-178. | Tatabahasa | 24.02.2010 |
| I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
| Apakah perbezaan di antara penggunaan "memperoleh" dengan "memperolehi"? | Kata terbitan memperolehi tidak ada dalam bahasa Melayu kerana kata dasar oleh menerima awalan memper- menjadi memperoleh. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
| salam, adakah laras bahasa yang boleh menggunakan perkataan "memperolehi"? | Kata terbitan memperolehi tidak ada dalam bahasa Melayu kerana kata dasar oleh menerima awalan memper- menjadi memperoleh. | Tatabahasa | 13.03.2012 |
| Kenapa dalam bahasa Melayu, perkataan "memperolehi" dikira tidak tepat, sedangkangkan perkataan "memperuntukkan" dikira tepat. Kenapa tidak Memperoleh = > memperuntuk / memperuntukkan => memperolehi. Sekian, terima kasih. | Dalam bahasa Melayu kata oleh apabila mendapat imbuhan beR menjadi beroleh, imbuhan memper... menjadi memperoleh. Kata untuk apabila mendapat imbuhan memper...kan menjadi memperuntukkan. | Tatabahasa | 11.03.2007 |