Adakah perkataan pemersatu diterima dalam bahasa Melayu? Contoh: bahasa Melayu pemersatu kaum-kaum di Malaysia. | Pembentukan kata terbitan yang betul ialah "pemersatuan". Pembentukan kata "satu" > bersatu > mempersatukan > pemersatuan.
| Lain-lain | 24.04.2019 |
1. adakah tidak boleh berhimpun tiga imbuhan dalam satu perkataan? contoh: memperbanyakkan, apakah contoh yang tepat? 2. Boleh tak bagi sedikit penerangan berkenaan penggunaan imbuhan | Kata terbitan yang betul ialah memperbanyak. Kata adjektif seperti banyak tidak menerima apitan memper_kan. Contoh perkataan yang menerima apitan memper_kan ialah mempersatukan dan memperbadankan. Untuk makluman apitan memper_kan tidak produktif dalam bahasa Melayu kerana kata terbitan yang terhasil membawa maksud yang sama/hampir sama dengan apitan me_kan, seperti mempersatukan dan menyatukan. | Tatabahasa | 05.03.2020 |
Assalamualaikum Tuan, Saya ada satu soalan berkaitan slogan di bawah Bahasa Kebangsaan Wadah Pemersatuan Bangsa Adakah pemersatuan bangsa boleh digunakan menyatakan maksud menyatukan bangsa. | Cadangan slogan "Bahasa Kebangsaan Wadah Pemersatuan Bangsa" adalah betul. Mengikut Kamus Dewan, kata "pemersatuan" membawa maksud mempersatukan sesuatu. | Makna | 27.08.2021 |
memperkenalkan atau memperkenal? Ini adalah kerana bukankah mem, per dan kan menunujukkan 3 imbuhan. Mohon penjelasan daripada pihak tuan/puan | Terdapat empat jenis imbuhan dalam bahasa Melayu. Imbuhan tersebut dapat membentuk kata terbitan apabila diimbuhkan kepada kata dasar iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan memper-...-kan bersifat kata kerja transitif. Beberapa contoh: memperkenalkan, mempertahankan, mempersatukan dan memperdengarkan. Terdapat dua pengertian khusus yang timbul memlalui penggunaan apitan memper-...-kan. Pertama, membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan atau menyebabkan. Contoh: a) memperisterikan - menjadikan atau menyebabkan beristeri; b) mempertemukan - menjadikan atau menyebabkan bertemu. Kedua, membawa pengertian menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Contoh: a) memperdengarkan - menyebabkan orang mendengar; b) memperlihatkan - menyebabkan orang melihat. Apitan memper- pula hanya digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadikan lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar, memperindah dll. Sila rujuk Tatabahasa Dewan hlmn. 210. | Tatabahasa | 08.08.2018 |
1)bagaimanakah ejaan "kongres" terhasil? 2)bilakah berlaku kongres bahasa dan persuratan melayu yang pertama? siapakah yang terlibat? dimanakah dan bilakah kongres itu berlangsung? apakah yang dibincangkan semasa kongres tersebut? 3)bagaimana pula dengan kongres kali kedua dan ketiga? seperti diatas.. 4)sekarang kali ke berapakah kongres diadakan? kali ke-7 atau ke-8? terima kasih | Kongres bermaksud mesyuarat besar wakil-wakil pertubuhan (politik, sosial, budaya, dsb) utk membincangkan sesuatu isu. Kongres (Bahasa) dan Persuratan Melayu I, diadakan di Special Hall, Sea View Hotel, Singapore, pada 12 dan 13 April 1952. Kongres ini anjurkan oleh persatuan yang menjadi kerabat Kongres, dipelopori oleh Angkatan Sasterawan ’50. Oleh sebab itu tujuan utama Kongres ini lebih kepada menjaga kepentingan ahli-ahli kerabat Kongres. Dengan demikian, Kongres memberi perhatian kepada pembentukan PIAGAM CONGRESS, yang kemudian-nya telah di-sahkan oleh Persidangan dan di-tandatangani oleh tiap2 ketua perwakilan yang hadhir bersidang hari ini. Tidak ada kertas kerja dibentangkan, tetapi tumpuan perbincangan berkisar pada isu-isu berikut: a. Perlunya ada usaha mempersatukan badan2 Persuratan Melayu di-Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo Utara. b. Badan-badan ini menjadi pihak yang mengambil keputusan muktamad atas sebarang hal mengenai kemajuan bahasa dan persuratan Melayu. c. Adanya keperluan membela hak pengarang, sasterawan dan ahli-ahli bahasa Melayu. Untuk maklumat lanjut kongres sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan di pusat pengajian tinggi. | Lain-lain | 26.06.2008 |