Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempersilakan;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan. Apakah perbezaan perkataan 1.mempersilakan 2.dipersilakan 3.Betulkah ayat ini: Majlis dengan ini mempersilakan Encik Ahmad Bin Abu untuk menyampaikan ucapan. Atau. Majlis dengan ini menjemput Encik Ahmad bin Abu untuk menyampaikan ucapannya. DipersilakanKata mempersilakan - bentuk aktif dan kata dipersilakan - bentuk pasif. Contohnya: Ibu mempersilakan tetamu yang datang ...; Tetamu yang datang itu dipersilakan oleh ibu ....Tatabahasa11.04.2016
Majlis dengan ini dipersilakan Tuan Pengetua menampaikan ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan Tuan Pengetua menyampaikan ucapan. Mana yang betul dan huraian logiknyaFrasa yang lebih tepat ialah "Majilis mempersilakan Tuan Pengetua menyampaikan ucapan."Tatabahasa22.10.2013
apakah perbezaan di antara mengalu - alukan dan mempersilakan? Bolehkah perkataan mengalu - alukan digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat?Mengalu-alukan bermaksud  menyambut ke­datangan tamu dan lain-lain (dengan hormat dan mesra). Mempersilakan bermaksud meminta (men­jemput, mengajak) dengan hormat. Perkataan mengalu-alukan boleh digunakan dalam kad jemputan majlis rasmi untuk menjemput tetamu kehormat.Makna20.03.2019
Jemput dan undang ; adakah sama maknanya. Mohon penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, jemput bermaksud mengajak atau mempersilakan datang; mengundang: Undang pula bermaksud mempersilakan datang, memanggil supaya datang, menjemput (supaya menghadiri sesuatu majlis dsb). Oleh itu, kedua-duanya mempunyai makna yang sama.Makna31.07.2011
Tuan, Pentadbiran SUK Terengganu bercadang untuk mencetak kad jemputan bagi jemputan acara, majlis rasmi kerajaan negeri. Mohon pandangan yang manakah lebih tepat, sesuai, betul/ Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan ATAU Yang Behormat Setiausaha Kerajaan Terengganu mempersilakan YB. Dato'/Y.Bhg. Dato'/Tuan/Puan PERBEZAANNYA IALAH yg pertama Kerajaan menjemput dan kedua individu iaitu YB SUK yg jemput. TK

Jika majlis yang diadakan ialah anjuran kerajaan negeri Terengganu maka ayat pertama yang wajar digunakan, jika YB Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan majlisnya sendiri, maka ayat kedua wajar digunakan.

Tatabahasa06.12.2011
Encik, Apakah perbezaan penggunaan perkataan 'menjemput' dengan 'mengundang'? Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan undang bermaksud mempersilakan datang, menjemput(supaya menghadiri sesuatu majlis). Perkataan jemput bermaksud mengajak, menyilakan datang mengundang. Oleh yang demikian dalam penggunaan di negara kita tidak ada perbezaan dari segi makna dan penggunaan.Makna24.04.2008
adakah perkataan mendudukkan betul?

Mengikut Kamus Dewan perkataan mendudukkan membawa makna yang berikut :   

 1. meletakkan (menyuruh, mempersilakan) duduk: maka baginda pun ~ anakanda baginda di atas singgahsana yg dua belas tingkat; dia mengambil anaknya dan ~nya di atas ribanya;

2. mendapatkan kesimpulan (penyelesaian) sesuatu perkara;

3. mengahwinkan, menikahkan: maka oleh Raja Aftabul-Ardl akan Raja Chulan itu didudukkan baginda dgn anakanda baginda tuan puteri Mathabul-Bahri;

Jadi penggunaan perkataan mendudukkan tidak salah digunakan asalkan menepati maksud yang ingin disampaikan.

Tatabahasa19.06.2008
Soalan saya penggunaan perkataan "majlis" ini menjemput ....adakah perkataan "Majlis" boleh digunakan, sebab Majlis tidak boleh menjemput.Perkataan ini lazim digunakan dalam laras teks pengacaraan. Frasa yang gramatis ialah "Majlis mempersilakan ..... Kata majlis dalam konteks ayat tersebut merujuk kepada organisasi, pihak atau individu yang mengadakan majlis tersebut.Tatabahasa07.02.2018
Persatuan Bahasa Malaysia sekolah saya ____ pakar bahasa dari Universiti Malaya untuk memberikan ceramah. mengajak/mengundang/mempelawa , yang manakah paling sesuai?? dan apakah perbezaan antara perkataan tersebut?Dari segi makna, ketiga-tiga perkataan tersebut mempunyai makna yang sama. 

Mengundang ialah mengajak atau mempersilakan seseorang datang; menjemput: Ia ~ lebih kurang 1000 orang ke majlis perkahwinan anaknya.

Mengajak bermaksud meminta atau menyilakan seseorang supaya turut pergi atau datang ke sesuatu tempat; mempelawa; mengundang: Kerana hujan lebat, dia ~ saya naik ke rumahnya. 2 memberi perangsang supaya mahu melakukan sesuatu: ~ berkelahi.

Mempelawa pula bermaksud meminta supaya ikut bersama atau datang; mengajak; mempersilakan: Dia ~ saya datang ke rumahnya.
Tatabahasa16.07.2013
1.Berikan contoh-contoh Kata Nama Khas Tumbuhan (buah/sayur/bunga)

 

1. Perkataan “saudara” dalam ayat ditulis dengan huruf kecil contohnya, Majlis mempersilakan saudara Ali bin Abu untuk memimpin bacaan doa.

2. Prasa yang betul ialah Ucapan pengerusi majlis / Ucapan presiden ditulis dengan huruf kecil.

 

Ejaan12.01.2020
12

Kembali ke atas