Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.tim.bang.kan] | ممڤرتيمبڠکن

Definisi : 1. memikirkan utk membuat kesimpulan (keputusan dll), menim­-bangkan; 2. memberikan utk ditim­bang­kan, meminta utk ditimbangkan: peraduan novel itu dipertimbangkan kpd Dewan Bahasa dan Pustaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.tim.bang.kan] | ممڤرتيمبڠکن

Definisi : 1 memikirkan atau merenungkan sesuatu utk membuat kesimpulan: Ahli-ahli jawatankuasa sedang ~ per­mohonan saudara utk menjadi ahli. 2 menyerahkan sesuatu supaya ditim­bang: Hal itu akan dipertimbangkan kpd pihak mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat mana yang lebih tepat, 'Dimaklumkan bahawa pihak universiti setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan dengan ini tidak meluluskan semakan gaji..... ' 'Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, dimaklumkan bahawa pihak universiti tidak meluluskan semakan gaji......'Dimaklumkan bahawa setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan puan, pihak universiti dengan ini tidak meluluskan semakan gaji ...Tatabahasa21.06.2012
Penggunaan perkataan mempertimbangkan atau mempertimbangPerkataan yang betul ialah "mempertimbangkan"Tatabahasa20.02.2015
Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
Tatabahasa13.10.2015
Salam dan terima kasih kerana sudi membantu. Istilah "case by case basis" digunakan untuk menggambarkan keputusan yang dibuat secara berasingan, masing-masing mengikut fakta keadaan tertentu - dalam kata lain - mempertimbangkan setiap kes secara berasingan dan bukannya mempertimbangkan beberapa kes secara keseluruhannya. Apakah terjemahan yang sesuai untuk "case by case basis"? Sekali lagi, terima kasih.Perkataan case by case basis boleh diterjemahkan kepada kes mengikut kes, seperti keputusan berasingan yang dibuat kes mengikut kes.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2019
Mohon pihak DBP menerima cadangan, membuat kajian serta mempertimbangkan penggunaan ejaan lebih popular dan meluas untuk perkataan tertentu, contohnya: pensel - pensil istirahat - istirehat stoking - stokin taasub - taksub Hal ini disebabkan penggunaan Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu sejak tahun 1975 masih belum benar-benar berkesan dan mantap. Masih ramai yang tidak cakna. Hanya ahli bahasa dan sedikit sahaja orang awam yang tahu tentang ejaan yang tepat. Apakah usaha yang DBP akan/telah/sedang lakukan supaya lebih ramai tahu ejaan yang tepat? Terima kasihTerima kasih atas cadangan tuan. Untuk makluman, DBP telah menerbitkan risalah atau pedoman bahasa tentang bentuk ejaan, frasa dan tatabahasa yang sering menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna, seperti pensel, ibu bapa dan peroleh. Risalah dan pedoman bahasa ini boleh diakses melalui laman web www.dbp.gov.my.Ejaan01.11.2017
Yang manakah penggunaan kata kerja yang betul? Menimbangkan permohonan tersebut atau mempertimbangkan permohonan tersebut.kedua duanya boleh diterima pakai.Tatabahasa03.11.2007
Bheta Monarchy kamus dewan edisi akan datang tolong masukkan ayat "MACAI" dan penerangan sekali seperti ayat baru "ORI" sebelum iniTuan Bheta Monarchy, kami akan mempertimbangkan cadangan ini. Namun demikian , tuan dialu-alukan untuk melayari laman rasmi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengunjungi Gerbang Kata DBP untuk memberikan sebarang maklumat atau cadangan untuk entri atau kata dalam kamus terbitan DBP. Terima kasih. Salam hormat : DBP.Lain-lain12.01.2014
Saya ingin memohon lesen perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Saya ingin mendapatkan surat kelulusan untuk syarikat saya. Nama syarikat adalah Tenaga Jaya Elektrik. Diharap pihak tuan,dapat mempertimbangkan permohonan saya. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Tuan boleh membuat permohonan secara dalam talian. Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti langkah selanjutnya yang diterangkan dalam domain tersebut.Lain-lain14.08.2015
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...Klausa yang betul ialah:

1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....



2.  Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...
Tatabahasa01.10.2014
Untuk maklumat pihak tuan, kami ingin memaklumkan bahawa keterangan aktiviti perniagaan yang dilampirkan adalah merujuk kepada dua aktiviti perniagaan yang berbeza iaitu Pusat Servis dan Alat Ganti. Kami ingin memohon kerjasama pihak tuan agar mempertimbangkan permohonan kami untuk mengekalkan penggunaan bahasa pada papan tanda PERODUA. Sekian, terima kasihBerdasarkan keterangan yang diberikan, aktiviti perniagaan yang betul ialah PUSAT SERVIS DAN ALAT GANTI KENDERAAN. "Pusat Servis Alat Ganti" bermaksud tempat ini hanya menservis alat ganti sahaja.Tatabahasa27.11.2013
1234

Kembali ke atas