Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
| Tatabahasa | 13.10.2015 |
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Klausa yang betul ialah: 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan.... 2. Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan... | Tatabahasa | 01.10.2014 |
Tuan, Merujuk perkara di atas, saya mewakili SK 1 Gombak ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK 1 Gombak yang akan diadakan pada 12 November 2019. Email ini dihantar sebagai permohonan awal sahaja. Sekiranya pihak tuan berbesar hati untuk memberi sumbangan, kami akan menghantar surat permohonan yang rasmi beserta keterangan berkaitan dengan program tersebut. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan untuk memberi sumbangan. Terima kasih. Yang Menjalankan Amanah, Aznida Nasruddin AJK Sumbangan Program Hari Kanak-kanak SK 1 Gombak. | Salam puan budiman, Memohon sumbangan. Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mempertimbangkan permohonan sumbangan berbentuk buku-buku terbitan DBP. Sehubungan dengan itu, surat permohonan rasmi bolehlah dihantar kepada: Ketua Bahagian Komunikasi Korporat, Pejabat Ketua Pengarah, Aras 7, Menara DBP, 50460 Kuala Lumpur. Tel.: 03-2147 9464 Faks: 03-2147 9406 E-mel: mariati@dbp.gov.my
| Lain-lain | 29.10.2019 |
Saya ingin memohon lesen perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Saya ingin mendapatkan surat kelulusan untuk syarikat saya. Nama syarikat adalah Tenaga Jaya Elektrik. Diharap pihak tuan,dapat mempertimbangkan permohonan saya. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. | Tuan boleh membuat permohonan secara dalam talian. Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti langkah selanjutnya yang diterangkan dalam domain tersebut.1"> | Lain-lain | 14.08.2015 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang. | Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya. | Lain-lain | 27.10.2009 |