Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : mempertimbangkan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam pagi, Ayat yang manakah lebih gramatis: 1) Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti 2) Kita harus menimbangkan perkara tersebut dengan teliti 3) Kita harus timbangkan perkara tersebut dengan teliti. terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Kita harus mempertimbangkan perkara tersebut dengan teliti.
Tatabahasa13.10.2015
Mana yang betul dan tepat? 1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....atau Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan Ke-151 pada 17 Julai 2014 telah membuat keputusan... 2. Setelah diteliti dan dipertimbangkan permohonan tuan... atau Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...Klausa yang betul ialah:

1. Mesyuarat Jawatankuasa Hal Ehwal Kakitangan ke-151 bertarikh 17 Julai 2014 telah membuat keputusan....



2.  Setelah meneliti dan mempertimbangkan permohonan tuan...
Tatabahasa01.10.2014
Tuan, Merujuk perkara di atas, saya mewakili SK 1 Gombak ingin memohon sumbangan daripada pihak tuan untuk mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat SK 1 Gombak yang akan diadakan pada 12 November 2019. Email ini dihantar sebagai permohonan awal sahaja. Sekiranya pihak tuan berbesar hati untuk memberi sumbangan, kami akan menghantar surat permohonan yang rasmi beserta keterangan berkaitan dengan program tersebut. Pihak sekolah amat berbesar hati atas kesudian tuan untuk memberi sumbangan. Terima kasih. Yang Menjalankan Amanah, Aznida Nasruddin AJK Sumbangan Program Hari Kanak-kanak SK 1 Gombak.Salam puan budiman,

Memohon sumbangan.

Dimaklumkan bahawa, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mempertimbangkan permohonan sumbangan berbentuk buku-buku terbitan DBP.

Sehubungan dengan itu, surat permohonan rasmi bolehlah dihantar kepada:

Ketua Bahagian Komunikasi Korporat,
Pejabat Ketua Pengarah,
Aras 7, Menara DBP,
50460 Kuala Lumpur.

Tel.: 03-2147 9464
Faks: 03-2147 9406
E-mel: mariati@dbp.gov.my
Lain-lain29.10.2019
Saya ingin memohon lesen perniagaan di Majlis Daerah Hulu Selangor. Saya ingin mendapatkan surat kelulusan untuk syarikat saya. Nama syarikat adalah Tenaga Jaya Elektrik. Diharap pihak tuan,dapat mempertimbangkan permohonan saya. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.Tuan boleh membuat permohonan secara dalam talian. Layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, klik e-Perkhidmatan dan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". Sila ikuti langkah selanjutnya yang diterangkan dalam domain tersebut.1">Lain-lain14.08.2015
Dalam dialek Negeri Sembilan, perkataan bondar merujuk kepada kawasan tepi tali air di kawasan sawah. Oleh itu, saya mencadangkan agar perkataan bondar ini didaftarkan dalam kamus dewan sekiranya tiada lagi wujud perkataan tersebut dalam daftar kamus dewan.1. Kata dialek Negeri Sembilan bondar masih belum terakam dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Sidang editor akan mempertimbangkan cadangan pemasukan kata ini.

2. Dalam bahasa baku, kata bandar yang membawa makna yang hampir sama dengan kata bondar tersebut telah dirakamkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020: 196). Makna bandar tersebut diperturunkan seperti yang berikut:

bandar2 n bandar air;

bandar air saluran air yg agak kecil di kawasan sawah utk mengalirkan air ke dalam atau ke luar petak sawah; tali air;

bandar sampah parit tempat membuang sampah;

upah lalu bandar tak masuk prb tidak sedikit pun mendatangkan hasil;

membandarkan kt [psf: dibandarkan, bandarkan] mengalirkan (air) ke sst tempat;

membandarkan air ke bukit prb melakukan pekerjaan yg sia-sia;

bandaran n bandar air: Bandaran sawah itu sudah ditutup.

Lain-lain25.08.2022
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih.Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud:
1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.”
2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya."

Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
Tatabahasa26.11.2019
Saya ingin bertanya mengenai istilah Pengkritik Sastera dan peranan pengkritik sastera pada masa kini. Ini bertujuan untuk pengetahuan dan mencari bahan tugasan dalam bidang aliran sastera yang saya pelajari sekarang.

Pengkritik sastera ialah orang atau individu. manakala peranan pengkritik sastera ialah orang  yang menulis, berusaha, mempertimbangkan dan menilai sesebuah karya sastera secara jujur dan sistematik. 

 Kritikan sastera dapat dianggap sebagai satu ilmu yang mempunyai tujuan dan fungsi tertentu. Antara tujuan-tujuan kritikan sastera ialah 1. Menyumbangkan pengetahuan dari segi teori sastera 2. memberi kefahaman kepada pembaca untuk menikmati sesebuah karya sastera 3. membuat perbezaan antara karya sastera yang baik dengan karya sastera yang tidak baik 4. memperkenalkan karya sastera yang baru kepada mereka yang tidak sempat membaca dan sebagainya.

Lain-lain27.10.2009
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan penggunaan istilah “kemampanan” dan “kelestarian” dalam bahasa Melayu, memandangkan kedua-duanya sering digunakan sebagai terjemahan kepada istilah Inggeris “sustainability”. Penggunaan istilah ini bukan sahaja meluas dalam kalangan agensi kerajaan, malah turut digunakan secara aktif oleh sektor swasta dan industri, termasuk dalam laporan ESG, polisi korporat, serta komunikasi berkaitan pembangunan dan alam sekitar. Namun begitu, masih terdapat kekeliruan tentang perbezaan makna, konteks, dan kesesuaian penggunaan antara kedua-dua istilah ini. Sehubungan itu, mohon pihak DBP dapat: 1. Menjelaskan perbezaan makna antara kemampanan dan kelestarian secara terperinci. 2. Memberikan panduan konteks penggunaan yang tepat, khususnya merangkumi sektor awam dan juga sektor swasta/industri. 3. Menyertakan contoh penggunaan dalam pelbagai konteks seperti dasar kerajaan, laporan ESG korporat, pembangunan mampan, serta pemuliharaan alam sekitar. 4. Mempertimbangkan untuk berkongsi penjelasan ini melalui platform media sosial DBP (contohnya dalam bentuk siri penerangan istilah), bagi membantu meningkatkan kefahaman yang lebih konsisten dalam kalangan masyarakat dan pemain industri. Kerjasama dan penjelasan daripada pihak DBP amat dihargai. Sekian, terima kasih.Padanan bahasa Melayu bagi istilah sustainability ialah kemampanan. Berdasarkan penelitian dan semakan yang telah dibuat, tiada padanan kelestarian bagi istilah sustainability yang ditemukan dalam data dan sumber rujukan kami.

Walau bagaimanapun, istilah sustainable boleh dipadankan dengan "mampan" atau "lestari" bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya dalam bidang tertentu. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mampan ditakrifkan sebagai mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang, khususnya yang berkaitan dengan ekonomi, pembangunan dan sebagainya. Sementara itu, lestari ditakrifkan sebagai tidak berubah atau terpelihara seperti keadaan asal, khususnya yang berkaitan dengan hutan, persekitaran dan seumpamanya.

Sehubungan dengan itu, istilah mampan sesuai digunakan dalam konteks ekonomi atau pembangunan seperti pengeluaran mampan, sistem mampan, perolehan mampan, perniagaan mampan dan tenaga mampan. Sebaliknya, istilah lestari lebih sesuai digunakan dalam konteks alam sekitar seperti pertanian lestari, persekitaran lestari dan sumber air lestari.
Istilah28.04.2026

Kembali ke atas