Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempertingkat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terdapat perbezaan antara mempertingkat dengan meningkatkan? apa pula perbezaan antara meningkatkan dengan mempertingkatkan?

Kata terbitan yang betul ialah mempertingkat dan meningkatkan, dan perbezaan antara keduanya ialah;

meningkatkan - meninggikan kedudukan (taraf dll), membesarkan (pengeluaran dll), memperhebat: daya usaha ini akan ~ kemungkinan pertumbuhan ekonomi; kerjasama antara parti-parti komponen BN perlu ditingkatkan lagi; ~ diri membesarkan (mengangkat) diri;

mempertingkat" title="mempertingkat">mempertingkat - menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi (kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll), menjadikan lebih hebat (giat, erat, dll), memperhebat: peranan ~ mutu bahasa Melayu tidak terletak di bahu pengkaji dan peminat bahasa sahaja; sikap kejam Soviet itu telah menambah keazaman Mujahideen utk ~ perjuangan mereka;

Tatabahasa17.04.2008
kenapa dalam Kamus Dewan edisi 2007 dan 2005 tidak ada perkataan mempertingkatkan?hanya mempertingkat sahaja yang ada dalam kamus.hanya sesetengah kamus Dewan edisi 2005 sahaja yang ada perkataan mempertingkatkan.Bukankah perkataan mempertingkat sama dengan mempertinggi?jadi kenapa perlu ada kan untuk mempertingkat....sebab ia membawa maksud yang sama dengan mempertinggi iaitu memajukan. penguasaan bahasa bukan merupakan objek kan???

Mempertingkatkan untuk maksud meninggikan (kedudukan, taraf, kualiti dan sebagainya) memang tidak ada, kata terbitan yang betul untuk maksud tersebut ialah meningkatkan, manakala mempertingkatkan untuk maksud menjadikan bertingkat-tingkat boleh digunakan.

Lain-lain01.10.2010
mempertingkat atau mempertingkatkan digunakan? tqKata terbitan yang betul ialah mempertingkat.Tatabahasa02.08.2011
lebih sesuai menggunakan perkataan 'mempertingkat' atau 'mempertingkatkan' dalam ayat? contoh 'mempertingkat penguasaan BM atau 'mempertingkatkan penguasaan BM' betul???kenapa???

Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan - tingkat, bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan.

Tatabahasa28.09.2010
Perkataan yang manakah betul? A) mempertingkatkan B) mempertingkatKata terbitan yang betul ialah mempertingkat.Tatabahasa09.02.2011
Yang manakah tidak ada dalam bahasa Melayu? (meningkatkan/mempertingkat/mempertingkatkan).

Yang tidak ada dalam bahasa Melayu ialah mempertingkat.

Tatabahasa07.03.2010
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan).

Saudara,

Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan  tetapi bentuk mempertingkatkan  yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar.  

Tatabahasa08.03.2010
Masih merujuk soalan 79 yang telah saya kemukakan iaitu tentang kata' meningkatkan', 'mempertingkat' dan' mempertingkatkan' ( minta tuan rujuk Kamus Dewan Edisi keempat, muka surat 1695). mempertingkat - menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi ( kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll). SEBALIKNYA 'mempertingkatkan ' yang lebih lazim digunakan pula tidak disenaraikan. Oleh itu saya keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Minta tuan beri tunjuk ajar. Terima kasih.

Saudara Wong,

Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan, perkataan tingkat menerima imbuhan memper...kan. 

Tatabahasa10.03.2010
1.perbezaan imbuhan i dan kan .contohnya memasuki dan memasukkan 2.memperluas ,memperbaiki, mempertingkat .adakah betul? 3.'olehkerana' perkataan ini adakah betul? {terima kasih atas jasa anda yang disumbangkan}1. Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif boleh menerima akhiran kan dan akhiran i untuk membentuk kata kerja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan, muka surat 183 - 190.  2. Yang betul ialah memperluas, mempertingkat dan memperbaik. Memperbaiki bermaksud berbuat baik kpd seseorang (sastera lama)  3. Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut.Tatabahasa26.10.2008
Saya ingin bertanyakaan tentang terjemahan "overclock". Dalam laras pengkomputeran, overclock membawa maksud meningkatkan kepantasan sesuatu cip pemproses dengan mempertingkat voltan yang dipam masuk ke cip. Contoh ayat: Asus ROG is powered by an overclocked Snapdragon 845 CPU. Cadangan terjemahan: Asus ROG diperkasa sebuah cip Snapdragon 845 yang telah digalakAsus ROG diperkasa oleh sebuah cip Snapdragon 845 yang telah dipertingkat sistemnya.Makna11.10.2018
12

Kembali ke atas