Mana yang betul meningkatkan atau mempertingkatkan? | Kata mempertingkatkan adalah betul kerana kata tingkat bukan kata adjektif yang tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. | Tatabahasa | 04.08.2011 |
lebih sesuai menggunakan perkataan 'mempertingkat' atau 'mempertingkatkan' dalam ayat? contoh 'mempertingkat penguasaan BM atau 'mempertingkatkan penguasaan BM' betul???kenapa??? | Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan - tingkat, bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
kenapa dalam Kamus Dewan edisi 2007 dan 2005 tidak ada perkataan mempertingkatkan?hanya mempertingkat sahaja yang ada dalam kamus.hanya sesetengah kamus Dewan edisi 2005 sahaja yang ada perkataan mempertingkatkan.Bukankah perkataan mempertingkat sama dengan mempertinggi?jadi kenapa perlu ada kan untuk mempertingkat....sebab ia membawa maksud yang sama dengan mempertinggi iaitu memajukan. penguasaan bahasa bukan merupakan objek kan??? | Mempertingkatkan untuk maksud meninggikan (kedudukan, taraf, kualiti dan sebagainya) memang tidak ada, kata terbitan yang betul untuk maksud tersebut ialah meningkatkan, manakala mempertingkatkan untuk maksud menjadikan bertingkat-tingkat boleh digunakan. | Lain-lain | 01.10.2010 |
Sebenarnya soalan 74 yang telah saya kemukakan tentang' meningkatkan', 'mempertingkat', dan mempertingkatkan' berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, muka surat 1695. Sebenarnya ketiga-tiga perkataan ini digunakan. Jika ketiga-tiga perkataan ini digunakan , apakah perbezaan makna bagi 'mempertingkat' dengan 'mempertingkatkan'? ( terdapat dalam contoh ayat bagi peningkatan). | Saudara, Bentuk yang betul ialah mempertingkatkan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat yang saudara rujuk tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi bentuk mempertingkatkan yang bermakna menjadikan lebih tinggi atau lebih besar. | Tatabahasa | 08.03.2010 |
kenapakah perkataan 'mempertingkatkan' adalah salah dari segi tatabahasa? | Kata mempertingkatkan adalah betul kerana kata tingkat bukan kata adjektif yang tidak boleh menerima apitan memper-...-kan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul dalam jawapan sebelum ini. | Tatabahasa | 09.02.2011 |
Masih merujuk soalan 79 yang telah saya kemukakan iaitu tentang kata' meningkatkan', 'mempertingkat' dan' mempertingkatkan' ( minta tuan rujuk Kamus Dewan Edisi keempat, muka surat 1695). mempertingkat - menjadikan lebih tinggi atau lebih besar lagi ( kedudukan, taraf, mutu, hasil pengeluaran, dll). SEBALIKNYA 'mempertingkatkan ' yang lebih lazim digunakan pula tidak disenaraikan. Oleh itu saya keliru tentang penggunaan kedua-dua perkataan ini. Minta tuan beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Saudara Wong, Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan, perkataan tingkat menerima imbuhan memper...kan. | Tatabahasa | 10.03.2010 |
1)Suara penyayi itu sungguh merdu/gemersik semasa mendendangkan lagu irama asli. Yang mana jawapan yang betul?? 2) bagaimana hendak menerangkan cara yang mudah untuk menerangkan tentang penggunaan imbuhan me...i dan me...kan?? 3) imbuhan Memper+ kata adjektif tidak boleh ada ...kan di belakang..contohnya memperdalam...bagaimana pula dengan mempertingkatkan betul atau salah?? mempertingkat atau mempertingkatkan??? 4) layang-layang yang tersangkut pada pokok besar itu terpontang-panting/melambai-lambai/meliang-liuk/bergegar apabila angin bertiup....yang manakah jawapan yang paling tepat??? | Saudara Aidil, 1. Suara penyanyi itu sungguh merdu semasa mendendangkan lagu irama asli. 2. Imbuhan me-...-i dan me-...-kan tergolong dalam apitan kata kerja. Kata dasar yang menerima apitan me-...-i dan me-...-kan akan membentuk kata kerja. Misalnya: mem + besar + kan = memperbesarkan 3. Perkataan yang betul ialah mempertingkatkan. Hal ini kerana 'tingkat' bukan kata adjektif dan imbuhan yang betul ialah memper-...-kan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tiada bentuk mempertingkat disenaraikan tetapi makna perkataan mempertingkatkan ada diterangkan yang membawa maksud menjadikan lebih tinggi atau lebih besar. 4. Jawapan yang tepat ialah melambai-lambai (sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mengetahui setiap maksud perkataan yang dikemukakan) | Tatabahasa | 05.08.2012 |
Yang manakah tidak ada dalam bahasa Melayu? (meningkatkan/mempertingkat/mempertingkatkan). | Yang tidak ada dalam bahasa Melayu ialah mempertingkat. | Tatabahasa | 07.03.2010 |
aduan prpm | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 06.01.2025 |
Fail dilampirkan. | Kami ambil maklum berkaitan aduan tuan. Kami akan terus mempertingkatkan perkhidmatan kami. Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 03.11.2024 |