Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.run.tu/.kan]/[mem.per.un.tu/.kan] | ممڤراونتوقکن

Definisi : , menguntukkan mene­­­­­tap­kan, (mencadangkan, menyediakan) bagi, membahagikan atau mengekhaskan (bagi sesuatu tujuan, keperluan, dll): perbelanjaan mengadakan pertandingan itu tahun ini diperuntukkan sebanyak RM60 000; maka kerajaan terpaksa ~ lebih banyak wang utk pertahanan dan keselamatan negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
untuk (kata tugas)
1. Bersinonim dengan bagi: bahagian, habuan, umpuk, hak,

2. Bersinonim dengan guna: buat, bagi, bakal,

3. Bersinonim dengan sebagai: dijadikan sebagai, digunakan sebagai,

4. Bersinonim dengan supaya: agar, moga,

Kata Terbitan : memperuntukkan, peruntukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah yang betul? a) kerajaan memperuntukkan wang yang lebih banyak... b) kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang....Ayat yang betul ialah kerajaan memperuntukkan lebih banyak wang...Tatabahasa02.01.2011
Kenapa dalam bahasa Melayu, perkataan "memperolehi" dikira tidak tepat, sedangkangkan perkataan "memperuntukkan" dikira tepat. Kenapa tidak Memperoleh = > memperuntuk / memperuntukkan => memperolehi. Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu kata oleh apabila mendapat imbuhan beR menjadi beroleh, imbuhan memper... menjadi memperoleh. Kata untuk apabila mendapat imbuhan memper...kan menjadi memperuntukkan.Tatabahasa11.03.2007
Kerajaan telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk memperbaiki sistem jalan raya di negara kita. Adakah penggunaan kata kerja transitif memperbaiki dalam ayat di atas betul? Kalau tidak, tolong berikan jawapan yang betul dan jelaskan sebabnya. Adakah imbuhan memper....i tidak boleh dibubuhkan pada kata adjektif lagi? Terima kasih.

Bagi kata memperbaiki adalah lewah kerana perkataan tersebut seharusnya menerima awalan meN- atau memper-, apitan men-i atau apitan memper-...-kan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 211 untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa12.08.2010
Tuan, adakah penggunaan dengan di bawah tepat? Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama dengan keluarganya tiap-tiap hari walaupun beliau sibuk.Ayat yang tepat ialah "Encik Zikir memperuntukkan masa bersama-sama keluarganya tiap-tiap hari walaupun sibuk."

Penggunaan perkataan "bersama-sama" dan "dengan" adalah lewah dan tidak gramatis kerana mempunyai makna yang sama.
Tatabahasa08.07.2013
Adakah perkataan "memperuntuk" salah dari segi penggunaan imbuhan? Adakah perkataan yang diterima adalah memperuntukkan? dan apakah kata dasar perkataan ini?

Perkataan “memperuntukkan” merupakan kata kerja terbitan yang menerima imbuhan apitan mempeR...kan daripada kata dasarnya, “untuk”.

Kata “untuk” ialah kata sendi nama yang digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi menunjukkan kegunaan untuk sesuatu dan menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan.

Oleh itu, kata “memperuntuk” adalah tidak tepat dari segi penggunaan imbuhan kerana imbuhan awalan mempeR- hanya bergabung dengan kata dasar yang terdiri daripada kata nama, kata adjektif dan kata tugas. Contohnya, memperalat (kata nama “alat”), memperluas (kata adjektif “luas”) dan memperoleh (kata tugas “oleh”), sedangkan kata “untuk” ialah kata sendi nama dan tidak boleh menerima awalan mempeR-  untuk membentuk kata kerja terbitan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014) halaman 177, 208, dan 276 dan laman web prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa06.04.2024
Dalam soalan PMR 2011, no.9 Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. [Tiada kesalahan] Yang manakah betul? Adakah kesalahan dalam ayat berikut? Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya.

Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. - tiada kesalahan dalam ayat ini

Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. - Struktur binaan ayat ini adalah betul, mungkin terdapat kekeliruan dari aspek semantiknya. Oleh sebab pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan (melalui guru di sekolah) untuk memastikan sama ada ayat ini betul atau sebaliknya.

Tatabahasa07.10.2011
Salam sejahtera! saya ada pertanyaan, adakah DBP memperuntukkan khidmat pelangan untuk menyemak karangan, oleh kerana tahun ini iaitu kurang dari 3 bulan saya akan menduduki atau telah mengambil peperiksaan kertas julai bahasa melayu (BM), saya tidak ada kenalan cikgu ataupun orang yang boleh menolong menyemak kertas kerja saya untuk persediaan peperiksaan? boleh kah DBP Menyemak dan memperbetulkan? bagaimana cara? sekian dan terima kasih.

Saudara,

Dewan Bahasa dan Pustaka ada menyediakan khidmat nasihat bahasa, yang antaranya menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam dokumen rasmi seperti surat, laporan, kertas cadangan dsb. Walau bagaimanapun  saudara boleh menghubungi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah, no. telefon 088-439314  untuk mendapatkan maklumat lanjut.

 

Lain-lain06.04.2010
erti meluangkan masa melibatkan diriMeluangkan masa melibatkan diri bermaksud memperuntukkan/melapangkan masa untuk menyertai sesuatu program. Terima kasih.  Tatabahasa10.01.2008
Soalan ini telahpun diajukan dan jawapan yang diberikan ialah Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu. Terima kasih Tetapi bagi saya soalan itu tidak dijawap secara tepat. Apabila ditanya KAPAN BAHASA MALAYSIA DIJADIKAN BAHASA NASIONAL maka perlu dijawab dengan memberitahu tahun dan kemudian barulah dinyatakan dimasukkan dalam perlembagaan. Jadi mohon jasa baik pihak yang menjawab soalan peka dengan soalan yang ajukan. SEKALI LAGI SOALAN YANG DIAJUKAN. Hardian Nugraha Saya hendak bertanya? Sejak kapan bahasa malaysia dijadikan sebagai bahasa nasional , ti mungkin tidak ya dulu isi sumpah pemuda (sebelum indonesia merdeka) malaysia masuk wilayah indonesia Ety Nur HayatiPada tahun 1956, Suruhanjaya Reid yang bertanggungjawab untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah memperakukan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Hal ini termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957. Kedudukannya terus kukuh apabila Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Malaysia terus terpelihara hingga kini.Lain-lain09.09.2015
Apakah istilah yang digunakan pada masa sekarang: Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu? Terima Kasih.Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu, maka nama rasmi bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, dalam konteks komunikasi sosial yang tidak rasmi, apabila merujuk kepada bahasa yang menjadi sistem komunikasi bersama rakyat Malaysia, istilah bahasa Malaysia bolehlah digunakan di samping istilah bahasa Melayu.Lain-lain11.12.2012
12

Kembali ke atas