Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempersona bagi menyerlahkan keperibadian anda. atau kini... mempesona | Kata terbitan yang betul ialah mempesona, Kini didatangkan dalam tiga warna ceria yang mempesona bagi menyerlahkan keperibadian anda. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Tuan, dalam laras iklan, adakah ayat ini betul? "Perodua, kembali mempesona." Terima kasih. | Ungkapan Perodua, kembali mempesona ... adalah betul. Oleh kerana frasa ini bukan satu ayat yang lengkap letakkan tanda elipsis (...) selepas kata mempesona. Untuk pengesahan iklan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa". | Tatabahasa | 18.01.2012 |
gaya mempersona atau gaya mempesona | Ungkapan yang betul ialah gaya mempesona. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona' | Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah. mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. | Makna | 03.07.2009 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
apakah perbezaan penggunaan dan kegunaan? apakah perbezaan mempersona dan mempersonakan? bolehkah kita guna"sampai ke" harap beliau beri penjelasan dan satu contoh | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat penggunaan bermaksud 1.perihal(perbuatan,kegiatandll.) menggunakan sesuatu.2. Pemakaian (barang-barang, hasil perusahaan, bahan makanan,dll.). Kegunaan bermaksud 1.faedah,guna.2. yang digunakan. Mempesona bermaksud 1. memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian.Mempesonakan bermaksud mengenakan pesona.(sihir). Kata sendi nama sampai digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa maksud perihal peringkat dan had masa, waktu atau tempat. penggunaannya tidak diikuti dengan ke. Contoh: Pegawai itu berjaga sampai pagi. Anaknya belajar sampai peringkat universiti. | Makna | 01.08.2008 |