Untuk mempromosikan Ramadhan di outlet kami iaitu Sedap Restaurant, boleh ke jika penggunaan SEDAP Makan digunakan sebagai tajuk/subjek untuk penerbitan di akhbar/media sosial dll. Contohnya, SEDAP Makan di Pullman KLCC. Jika tidak, boleh berikan cadangan perkataan yang sesuai dengan perkataan SEDAP. Mohon maklum balas. Terima kasih. | Puan boleh menggunakan teks yang sesuai contohnya PROMOSI BUFET RAMADAN/ NIKMATI KEENAKAN BUFET RAMADAN DI PULLMAN, KLCC. | Lain-lain | 13.04.2018 |
Salam Sejahtera, Mohon untuk dapatkan pandangan mengenai penggunaan perkaataa Jom untuk promo contoh : Jom Cuti-Cuti Malaysia Adaka ianya boleh digunakan sebagai ayat untuk mempromosikan produk. TKasih | Perkataan "jom" ialah kata ajakan. Oleh itu, perkataan "jom" boleh digunakan untuk mempromosikan produk. Contoh: "Jom Cuti-cuti Malaysia". | Lain-lain | 04.02.2021 |
TV3 dan TV9 sedang mempromosikan melalui siarannya akan menganjurkan Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL 2017) seperti yang telah diadakan 2 kali sebelum ini. Pada pandangan saya, nama festival ini bertentangan dengan hukum DM yang sepatutnya `Festival Drama Kuala Lumpur’. Jika nama acara ini tidak tepat, saya ingin memohon kerjasama DBP memaklumkan dengan segera kepada urus setia di TV3 dan TV9 agar tidak berlaku kesilapan yang akan mengelirukan pengguna bahasa. -- | Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan. Untuk pengetahuan tuan, isu ini telah kami maklumkan kepada pihak penganjur iaitu TV3 untuk membuat pembetulan bagi penggunaan tajuk program tersebut. Pihak DBP telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan. Sekian terima kasih | Lain-lain | 20.12.2016 |
Tuan, pihak agensi akan mempromosikan Program HASiL 4U yang membawa makna setiap akronim seperti berikut: HA -Hari , S-Servis, I-Istimewa, L-LHDNM, 4U - Untuk Anda. Mohon khidmat nasihat tuan jika ianya bersesuaian. | Pada pandangan kami, nama Program HASil 4U tidak sesuai digunakan kerana penggunaan bahasa rojak iaitu bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Kami mencadangkan 4U ditukarkan kepada UNTUK ANDA, iaitu Program HASil UNTUK ANDA. | Tatabahasa | 28.06.2013 |
bagaimanakah dewan bahasa dan pustaka mempromosikan dbp itu sendiri di luar negara? | Salam sejahtera. Untuk mempromosi DBP di luar negara, beberapa badan atau majlis khas ditubuh untuk menjalinkan kerjasama antarabangsa. Badan/majlis tersebut ialah : a. MASTERA atau Majlis Sastera Asia Tenggara adalah sebuah majlis yang merancang dan memantau perkembangan Sastera Melayu/Indonesia di rantau ini. MASTERA telah diputuskan sebagai sebuah majlis serantau yang mewakili lembaga pemerintah setiap negara anggota. Keanggotaannya terdiri daripada tiga kelompok, iaitu negara pendiri, negara ahli dan negara pemerhati. b. Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu atau singkatannya MABM adalah sebuah majlis khas yang ditubuhkan untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa. Kerajaan Malaysia sentiasa sedar dan amat prihatin terhadap perkembangan bahasa Melayu dan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh beberapa pihak di dalam dan di luar negara berhubung dengan pengembangan bahasa ini di peringkat antarabangsa. Sesudah beberapa buah pusat pengajian Melayu ditubuhkan di luar negara, maka diputuskan perlunya penubuhan sebuah majlis khas untuk menyelaraskan aktiviti-aktiviti kebahasaan yang menjurus kepada matlamat pengembangan bahasa di peringkat antarabangsa ini. c. Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Wadah kerjasama kebahasaan MABBIM ini, pada hakikatnya mempunyai misi untuk membina dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu/Indonesia di ketiga-tiga buah negara anggota MABBIM menjadi bahasa peradaban tinggi, bahasa ilmu, bahasa sains, bahasa teknologi moden, bahasa perusahaan, dan bahasa ekonomi. d. FOKEPS atau singkatan kepada Forum Kerjasama Penerbitan Serantau adalah satu bentuk kerjasama dalam bidang penerbitan dan dianggotai oleh Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam dengan Singapura sebagai negara pemerhati. | Lain-lain | 09.09.2008 |
Kalau saya nak buat publisiti di poster, risalah, dan sebagainya untuk mempromosikan buku pelbagai genre dalam bahasa melayu, apa yang betul dan tepat saya tulis di publisiti? Buku Berbahasa Malayu Atau Buku Bahasa Melayu | Kedua-dua ayat tersebut betul dan tepat. "Buku Berbahasa Malayu" dan "Buku Bahasa Melayu". | Lain-lain | 06.01.2022 |
Apakah perkataan bahasa Melayu bagi "promoter" bagi merujuk kepada orang yang mempromosikan barang di pasar raya? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, salah satu makna promoter ialah "orang yang berusaha memperkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan". Oleh itu perkataan promoter boleh digunakan untuk maksud di atas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=promoter | Makna | 11.03.2021 |
Mohon disemak penggunaan bahasa dalam iklan yang disertakan. Bahan ini digunakan sebagai medium pengiklanan mempromosikan kemudahan-kemudahan sukan dibawah pentadbiran Lembaga Sukan Negeri Sabah. | Sila buat pindaan seperti yang berikut: 1. Singkatan ejaan Tel. : 2. Frasa Tertakluk pada terma dan syarat | Tatabahasa | 07.05.2012 |
berkaitan dengan sulaman,apakah nama yang menarik untuk membuat kertas kerja bagi sebuah syarikat yang mempromosikan sulaman ke peringkat antarabangsa? | Tajuk mestilah jelas dan mudah difahami untuk menarik minat pembacanya. Antara nama kami anggap sesuai termasuklah 'Sulaman: Warisan Bangsa', walau bagaimanapun saudara boleh memilih nama lain yang bersesuaian dengan konsep kertas cadangan tersebut. | Lain-lain | 13.01.2011 |
salam, saya ingin bertanya apa kah maksud MEGACUN yang diperkenalkan oleh syarikat telekomunikasi (Celcom) bagi mempromosikan syarikat mereka. | Perkataan 'mega' merupakan awalan asing 1. sangat besar, cthnya megalit; 2. sejuta, cthnya megawatt dan megavolt. sementara perkataan 'cun' bahasa percakapan 1. kata yg mengandungi konotasi padan, anggun, dsb utk dikaitkan dgn sesuatu sifat spt merdu, cantik: Wah, ~lah rambut awak! 2. tepat mengenai sasaran. Dalam penggunaan yang betul, kita menggunakan 'jualan mega' yang merujuk jualan besar-besaran. | Makna | 04.01.2011 |