Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muat] | مموات

Definisi : 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memuat

Puisi
 

Orang bertolak di Tanjung Rhu,
     Sarat memuat buah perpat;
Hendaklah banyak mengadap guru,
     Supaya terang jalan makrifat.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini?Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori.Tatabahasa03.04.2009
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
Ayat songsangan yang manakah betul? 1. a. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. b. Apabila lagu Negaraku dinyanyikan, semua murid berdiri. 2. a. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial b. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial, pengguna harulah berhati-hati.Jawapan yang betul ialah

1.  Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan.
2.  Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial.
Tatabahasa31.10.2017
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
Mohon bantuan untk muatturun bahan multimedia untuk sekolah Assalamualaikum, Tuan, Saya berhajat untuk memuat turun bahan berkenaan tetapi gagal. Mohon bantuan tuan. Pautan yang berkaitan adalah seperti berikut: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/764 Maklumat bentuk muka bumi. Terima kasih

Lain-lain18.09.2017
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun.Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama.Lain-lain17.05.2013
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih.

Sdr,

Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009.

TK.

Lain-lain16.03.2009
SALAM, DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PKERJAAN DBP?Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri.Lain-lain23.08.2017
1234

Kembali ke atas