Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : melakukan muat turun: Pengguna boleh ~ perisian tsb secara percuma melalui alamat laman web yg telah diberikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
turun (kata kerja)
1. Bersinonim dengan dari atas ke bawah: dari hulu ke hilir, dari pedalaman ke bandar,
Berantonim dengan naik

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan jatuh, terbenam, menggelincir, melincir, bergelingsir, meruyup, memantai, masuk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan reda: berkurang, surut,

4. Bersinonim dengan keluar: pergi, pulang, bertolak, meninggalkan rumah,

5. Dalam konteks harga
bersinonim dengan jatuh, susut, merosot, meleset, berkurangan, menjunam,
Berantonim dengan naik

6. Dalam konteks warna
bersinonim dengan luntur, pudar, hilang, berubah, leta,

Kata Terbitan : menurun, menurunkan, keturunan, penurunan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Saya mengalami kesulitan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Jabatan yang dilampirkan di dalam sistem E-Pengambilan DBP bagi tujuan permohonan jawatan Pembantu Tadbir.(P/O) N19. Bersama- sama ini dikemukakan tangkap layar yang berkaitan untuk rujukan tuan/puan. Perhatian dan bantuan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Pihak kami mengambil maklum berhubung kesulitan puan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Ketua Jabatan dalam sistem e-Pengambilan DBP. Pihak kami telah menyelesaikan masalah teknikal ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong atau sistem e-Pengambilan DBP, puan boleh e-mel ke pengambilan@dbp.gov.my.Lain-lain26.10.2021
Mohon bantuan untk muatturun bahan multimedia untuk sekolah Assalamualaikum, Tuan, Saya berhajat untuk memuat turun bahan berkenaan tetapi gagal. Mohon bantuan tuan. Pautan yang berkaitan adalah seperti berikut: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/764 Maklumat bentuk muka bumi. Terima kasih

Lain-lain18.09.2017
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih.

Sdr,

Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009.

TK.

Lain-lain16.03.2009
SALAM, DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN BORANG PERMOHONAN PKERJAAN DBP?Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri.Lain-lain23.08.2017
Tuan, adakah soalan saya ini betul susunan bahasa dan adakah saya perlu meletak tanda koma selepas perkataan 'klik'? 'Klik, untuk memuat turun borang permohonan' terima kasihYa, perlu tanda koma selepas perkataan klik.Ejaan25.06.2012
Assalamualaikum Bagaimana untuk saya mendapatkan borang untuk menyertai Hadiah Karya Ilmiah anjuran DBP? Saya telahpun melawat laman sesawang DPB namun tidak menjumpai link untuk memuat turun borang berkaitan Hadiah Karya Ilmiah. Harap dapat bantu saya. Terima kasih.Sila lihat dalam laman web DBP sekali lagi. Ada juga dalam akhbar Berita Harian ruangan sastera bertarikh 10 Julai 2014.Lain-lain10.07.2014
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
Assalamualaikum dan Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai untuk App Market? Contoh App Market ialah seperti Google Play Store dan App Store. Fungsinya adalah untuk membeli atau memuat turun aplikasi yang diinginkan ke dalam telefon pintar atau tablet. Adakah terjemahan Gedung Aplikasi sesuai dengan App Market? atau Pasar Aplikasi? Harap Tuan/Puan dapat membantu saya. Terima Kasih.Kami mencadangkan padanan istilah tersebut ialah seperti yang berikut:

App Market - App Market

Istilah ini dikekalkan seperti bahasa sumber kerana kata nama khas yang merupakan sebuah aplikasi yang digunakan bagi jenama telefon pintar Oppo.
Lain-lain08.09.2021
Kenapa Borang Permohonan Jawatan (Borang Personel 27/99),tidak dapat di muat turun.Sila cuba semula untuk memuat turun borang permohonan jawatan. Saudara dicadangkan untuk menggunakan Internet Explorer bagi paparan yang lebih baik. Saudara boleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia DBP jika masih menghadapi maslah yang sama.Lain-lain17.05.2013
123

Kembali ke atas