Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.li.ha.ra] | مموليهارا

Definisi : memulihkan serta me­melihara (menjaga dsb), melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dlm keadaan yg baik: kita juga akan melihat betapa pentingnya bentuk muka bumi ini kpd kita dan mengapa kita harus mengekalkan dan ~nya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.li.ha.ra] | مموليهارا

Definisi : menebang dan menanam semula pokok-pokok tertentu dan menjaganya dgn rapi; membuat sesuatu supaya tidak pupus: Bantuan diberikan utk ~ kebun kelapa yg terbiar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memulihara


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.mengapa dan bagaimana cara untuk mempertahankan,memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek?

Soalan saudara memerlukan kajian yang meluas dan merujuk pelbagai buku yang berkaitan. Antara usaha penting untuk mempertahankan, memelihara dan memulihara bahasa etnik atau dialek ialah memperkasakan penggunaannnya di kalangan penutur. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku yang berkaitan. 

Lain-lain16.04.2009
Dalam soalan PMR 2011, no.9 Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. [Tiada kesalahan] Yang manakah betul? Adakah kesalahan dalam ayat berikut? Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya.

Demi [memulihara] warisan sejarah, kerjaan telah [memperuntukkan] berjuta-juta ringgit untuk [membaik pulih] bangunan tersebut. - tiada kesalahan dalam ayat ini

Walaupun dia bukan sangat pandai, dia sanggup membantu rakan-rakannya. - Struktur binaan ayat ini adalah betul, mungkin terdapat kekeliruan dari aspek semantiknya. Oleh sebab pertanyaan ini berkaitan dengan soalan peperiksaan, kami cadangkan saudara merujuk kepada Lembaga Peperiksaan (melalui guru di sekolah) untuk memastikan sama ada ayat ini betul atau sebaliknya.

Tatabahasa07.10.2011
Salam, saya ingin bertanyakan tentang ayat penutup kata " dan juga noktah, yang manakah didahulukan di dalam satu ayat cth: "memulihara alam sekitar dan budaya". atau ...budaya." Yang manakah paling tepat? Terima KasihBergantung pada konteks penggunaannya. Jika dialog, noktah dan diikuti tanda petik, manakala jika menulis sesuatu perkara, tada petik dan diikuti dengan noktah.Tatabahasa03.07.2015
Apa perbezaan penggunaan pemeliharaan dengan pemuliharaan?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Ejaan29.10.2014
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, per­buatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan  pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. pe­nyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah.Istilah23.12.2010
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Nazairi Zaidi Mar 20th, 9:58am salam DBP, sy nk bertanyakn 1 soalan.. adakah sesuai penggunaan perkataan Pemeliharaan pokok? atau Pemuliharaan pokok? atau kedua-duanya boleh digunakan? adakah pemeliharaan hanya sesuai untuk haiwan sahajaPemeliharaan = Perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan, pendidikan, penternakan, penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa, dll. Pemuliharaan = perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb.) memulihara (sesuatu). Oleh itu, berdasarkan maksud tersebut, kedua-dua perkataan boleh digunakan.Tatabahasa20.03.2015

Kembali ke atas