APAKAH PERBEZAAN ANTARA WAHANA DAN BAHANA? | Wahana bermaksud saluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai), manakala bahana antaranya bermaksud sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya). Untuk melihat makna yang lain sila rujuk Kamus Dewan. | Makna | 30.08.2009 |
Apakah makna perkataan wahana | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, wahana bermakna saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 22.03.2009 |
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA? | Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih. | Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum. | Makna | 22.12.2006 |
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera? | Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya. | Lain-lain | 11.08.2008 |
1. Apa beza wahana dan wadah? 2. Akan membeli rumah Firdaus, kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan. Betul atau salah ayat ini? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud wahana ialah saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Wadah pula ialah alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Ayat tersebut salah kerana tidak mempunyai subjek. | Tatabahasa | 18.09.2008 |
definisi wahana | Wahana ialah saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai. | Makna | 05.01.2013 |
pusat perkembangan bahasa melayu di asia tenggara pada abad ke 15 hingga abad ke 17. | Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan tuan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Ruang dan perkhidmatan yang terhad tidak memungkinkan kami membantu menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tugasan. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar. | Lain-lain | 24.12.2015 |
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan? | Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan. | Istilah | 04.03.2012 |
Boleh terangkan rumus tatabahasa 'peruntukan'? Kalau ditambah 'di' menjadi 'diperuntukan' atau 'diperuntukkan' amat mengelirukan kerana khidmat nasihat dbp mempunyai kedua-dua jawapan. saya mohon bahagian khidmat nasihat selalu kemas kini jawapan-jawapan terdahulu yang salah untuk dibuang daripada sistem supaya tidak mengelirukan pengguna. Terima Kasih.... | Memperuntukkan ialah kata terbitan daripada kata dasar peruntukan. Peruntukan menerima apitan di-...-kan menerbitkan kata diperuntukkan, bukannya apitan di-...an yang memungkinkan kata terbitan diperuntukan. Mohon maaf atas kekeliruan maklumat yang kami berikan. | Tatabahasa | 16.07.2020 |