Selamat sejahtera. 1. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah mempelajari sejarah negara. 2. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Perkara yang mengelirukan saya di sini ialah kata nama digunakan selepas perkatan "ialah". Dalam ayat 2 atas, perkataan "kita" ialah kata nama selepas perkatan selepas perkatan "ialah ". Namu, kalau dibaca ayat kedua itu, saya ada kekeliruan. Jadi,ayat mana satu betul? Atau kedua-dua ayat betul?Harap maklum. | Ayat yang betul ialah: Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.
| Tatabahasa | 15.05.2014 |
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. | Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu. | Tatabahasa | 16.05.2017 |
Meningkatkan kesedaran dan memupuk budaya inovasi serta 1 Malaysia di kalangan rakyat Malaysia ke arah penghasilan kekayaan, penjanaan ilmu dan kesejahteraan rakyat. | Saudara, Tiada soalan dikemukakan. Sila jelaskan kemusykilan saudara. | Lain-lain | 09.11.2010 |
1)bersemayam di atas mahligai(ada salah?)2)Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha (memupuk/pemupukan)nilai-nilai murni dalam diri anak3)Proses percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut.(TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH.) | 1. Mahligai ialah istana yang menjadi tempat tinggal dan bukannya tempat bersemayam. 2. Ibu bapa bertanggungjawab dalam usaha memupuk nilai-nilai murni dalam diri anak. 3. Percubaan tanah telah dilakukan oleh pihak berkuasa untuk kelancaran projek pembinaan jalan raya di kawasan tersebut. | Tatabahasa | 13.09.2012 |
1. Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar, pihak sekolah mesti mengadakan Kempen Membaca. Soalan saya-Bolehkah mulakan ayat dengan kata sendi "untuk"? 2. banyak pelajar/ramai pelajar -manakah yang betul? 3. Kita mestilah menghormati guru dengan memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Soalan saya-bolehkah kata sendi "dengan" hadir di hadapan kata kerja? 4. Pakaian gadis itu sangat menjolok/mencolok mata. -mana yang betul? Terima kasih. | 1. Untuk pengetahuan saudara, kata sendi nama untuk boleh berada pada awal ayat. Contoh yang dikemukakan ialah ayat songsang iaitu dengan mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan; mendahului subjek. Contoh ayat songsang yang mudah ialah: Ayat biasa : Hadiah itu untuk ibu. Ayat songsang : Untuk ibu hadiah itu.2. Banyak pelajar/ramai pelajar, Kedua-duanya betul mengikut konteks. Perkataan banyak dan ramai berkongsi pada makna banyak tetapi tidak pada maknanya yang lain. Banyak merujuk kepada bilangan/jumlah tetapi ramai merujuk kepada situasi . 3. kata sendi dengan boleh hadir di hadapan kata kerja.4. Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 29.04.2011 |
Saudara/ri, Bagaimana pendapat anda pada ayat ini . (inculcate and sustain safety culture) mana antara yang di bawah sangat sesuai? 1. " menerapkan dan mengamalkan budaya kerja selamat" 2. " memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat" 3. " menerapkan dan mengekalkan budaya kerja selamat" | Terjemahan yang lebih sesuai untuk frasa inculcate and sustain safety culture ialah "memupuk dan mengekalkan budaya kerja selamat". | Lain-lain | 23.07.2015 |
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn. | Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.11.2017 |
Apakah kesalahan penggunaan kata atau isitilah dan kesalahan bahasa dalam ayat di bawah ? 1)Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. 2)Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. 3)Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. | 1) Pegawai kedoktoran yang dijemput dari Kuala Lumpur itu menerangkan tentang cara-cara pencegahan penyakit deman denggi. Perkataan yang betul ialah Pegawai Kesihatan dan mencegah. 2) Sebahagian peserta-peserta dalam pertandingan pidato itu amat becok sekali hingga menyukarkan para hakim memilih pemenangnya. Frasa yang betul ialah sebahagian daripada dan petah. 3) Rakyat Malaysia perlulah saling bantu-membantu dalam usaha memupuk sikap perpaduan kaum. Frasa yang betul ialah saling membantu/bantu-membantu dan memupuk perpaduan kaum. | Tatabahasa | 27.03.2014 |
1) Sesungguhnya, dasar dan sistem pendidikan dapat dianggap sebagai satu daripada alat terpenting dan berkesan untuk menyemai dan memupuk semangat kebangsaan dan kecintaan terhadap bangsa dan negara, "membina" jati diri dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan murid daripada pelbagai latar belakang kaum, agama dan budaya di negara ini. 2)Bahasa Melayu telah membuktikan keupayaan dan kejayaannya sebagai wahana untuk "membina" kehidupan nasional dan negara yang moden dan maju. 3)Dalam zaman pembinaan negara, misi raksasa pemimpin dan rakyat adalah untuk mendaulatkan bahasa Melayu dan "membinanya" sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran, bahasa persekolahan dan bahasa budaya tinggi yang mampu mendukung pengucapan struktur pemikiran moden dan canggih, selain sebagai bahasa supraetnik yang mengatasi garis ras untuk menyatukan pelbagai kaum di negara ini. adakah membina merupakan kata kerja transitif aktif dalam ketiga-tiga ayat di atas? | Perkataan membina dalam ketiga-tiga ayat tersebut ialah kata kerja aktif transitif yang memerlukan objek untuk melengkapkan maksudnya. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157. | Tatabahasa | 24.03.2012 |
Salam sejahtera. Biasanya, kami menulis ayat “Tujuan aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Persoalannya, adakah ayat ini betul dari segi tatabahasa jika ditulis begini? “Tujuan aktiviti ini ialah memupuk semangat bekerjasama dalam kalangan murid.” Terima kasih. | Kata pemeri "ialah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: a) Samsuri ialah rakan karib saya. (FN+FN) b) Beliau ialah ketua murid sekolah ini (FN+FN) c) Demam denggi ialah penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes. (FN+FN)1"> Kata pemeri "adalah" digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama+frasa adjektif dan frasa + frasa sendi nama. Contoh dalam ayat: a) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting. (FN+FA) b) Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa pada malam ini. (FN+FS) c) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. (FN+FA) 1"> Oleh itu, berdasarkan pertanyaan daripada pihak tuan/puan, kata "ialah" tidak sesuai digunakan dalam ayat yang dinyatakan.1"> | Tatabahasa | 09.02.2019 |