Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.bur] | منابور

Definisi : 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.bur] | منابور

Definisi : 1 membuat jadi bertabur; membuang ke serata tempat supaya bertabur: ~ benih padi di semaian; ~ bunga di perkuburan. 2 ki menyiarkan pendapat dll; menyebarkan cerita dll: Janganlah kamu ~ cerita yg belum tentu benarnya itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabur
Kata Terbitan : bertabur, bertaburan, menabur, menaburkan, tertabur, taburan, penabur,

Puisi
 

Laksamana menabur durian,
     Buah belimbing terhentak-hentak;
Tuan laksana buah durian,
     Di sana gugur sana melantak.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Menabur benih di tanah yang subur.

Bermaksud :

Berbuat baik kepada orang yang tahu berterima kasih.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah.Tuan,

Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, ber­taburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, me­nyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.

Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Makna06.07.2017
Setelah menabur benih sawi di atas batas yang digemburkan. Pak Song lantas menyiraminya. Munsyi, adakah lantas gramatis digunakan dalam ayat ini? TKLantas bermaksud terus dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa12.06.2012
Asalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnyaAsalamualaikum. Saya ingin bertanya, Adakah saya menjawab soalan ini dengan betul? soalanya: Kakak menabur ikan-ikan itu dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Perkataan"menabur" bermaksud -menghamburkan supaya berselerak; kelihatan dengan banyaknya, bertaburan dan tidak sesuai untuk perbuatan yang dilakukan kepada ikan.  Ayat yang betul ialah -Kakak mengaulkan ikan-ikan dengan serbuk kunyit sebelum menggorengnya.
Tatabahasa22.01.2014
Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya. Ungkapan “sehingga ke akhir hayat” betul atau salah? Jika salah, mohon cadangkan ungkapan yang betul. Terima kasih.

Saudara,

Ungkapan yang betul adalah ' Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya'.

Tatabahasa27.11.2009
Apakah padanan bagi sprinkles dalam Bahasa Melayu? Taburan rasanya tidak begitu tepat. Selalunya sprinkles ini untuk membuat kek dan dijadikan sebagai hias atas bagi kek.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "sprinkle" bermaksud menabur atau merenjis.

Dalam konteks yang dinyatakan, padanan perkataan yang sesuai untuk "sprinkles" ialah taburan berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua yang bermaksud sesuatu yang bertabur atau yang ditabur.
Makna28.03.2019
Penduduk Taman Taynton View tidak mempercayai kata-kata pegawai itu kerana bagi mereka, kata-katanya mempunyai maksud tertentu. Mereka sudah serik dengan janji manis yang ditaburkan oleh pegawai itu dahulu. Sebenarnya pegawai itu pandai berkata-kata dengan menabur janji palsu bahawa penduduk taman itu akan menjadi jutawan sekiranya menjual tanah mereka untuk projek yang bakal dijalankan. Walau bagaimanapun, penduduk di taman itu kecewa kerana pegawai itu tidak dapat menyelesaikan tugas yang diamanahkan dan melakukan kerja itu separuh jalan. Sebelum itu penduduk berharap agar tugas yang dilakukan oleh pegawai itu dapat disempurnakannya. Jawapan: -ada udang di sebalik batu -tanam tebu di tepi bibir -satu lagi jawapan apa?

Apakah soalan yang sebenarnya dalam ayat tersebut kerana hanya pilihan jawapan yang diberi tetapi tidak menyatakan soalannya dengan jelas. Sila hubungi kami semula.

Lain-lain06.07.2010
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018

Kembali ke atas