Menaiktaraf atau menaik taraf - dikenal pasti atau dikenalpasti - membaik pulih atau membaikpulih | Ejaan yang betul ialah menaik taraf, dikenal pasti dan membaik pulih. | Ejaan | 02.03.2015 |
Betulkah perkataan ini... menaik taraf (tidak ditemui dalam kamus dewan) atau menaraf? | Perkataan yang betul ialah menaik taraf - untuk maksud meningkatkan/meninggikan kedudukan (taraf, perkhidmatan dan lain-lain) | Tatabahasa | 19.05.2008 |
Assalamualaikum, Mana satu yang betul sama ada MENAIK TARAF atau MENAIKTARAF dan UNIT SELENGGARA JALAN atau UNIT SENGGARA JALAN. Terima kasih. | Ungkapan yang betul ialah menaik taraf dan unit selenggara jalan. | Tatabahasa | 24.05.2007 |
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ? | Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul. | Makna | 19.11.2008 |
Salam, ingin bertanya tentang perkataan menaik taraf atau menaiktaraf / dikenalpasti atau dikenal pasti. Mana satukah yang merupakan ejaan yang betul dan tepat mengikut penggunaan bahasa terkini. Sekian Terima Kasih | Waalaikumsalam. Ejaan yang betul ialah "menaik taraf" dan "dikenal pasti". | Tatabahasa | 01.03.2015 |
1.ayam mematuk atau memagut 2.ular mematuk atau memagut 3.mengubahsuai dewan atau menaik taraf dewan | Mengikut makna yang diberikan dalam Kamus Dewan, (1) ayam mematuk; (2) ular boleh mematuk dan memagut; (3) mengubah suai dan menaik taraf kedua-duanya boleh digunakan untuk dewan. | Makna | 23.08.2014 |
Tuan, Apakah terjemahan yang sesuai dalam bahasa Melayu untuk perkataan "immerse" (istilah landskap) dalam petikan ini: MENAIK TARAF LANDSKAP KONSEP ‘IMMERSED’ BAGI EKSIBIT ZOO NEGARA UPGRADING LANDSCAPE WORKS IMMERSED CONCEPT ON NATIONAL ZOO EXHIBIT FRIM telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) untuk melaksanakan projek menaik taraf landskap Zoo Negara yang menampilkan konsep “immersed” untuk pameran haiwan. Projek ini telah disempurnakan pada 2019 dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Konsep ‘immersed’ ini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang lebih semula jadi, berbanding dengan bangunan buatan dan kandang, yang mana haiwan itu ditempatkan dan dijaga. Sebelum ini, pemisahan pelawat dan haiwan yang dipamerkan adalah terlalu fizikal dan tegar, iaitu, dalam bentuk pagar logam dan sangkar yang sering menyekat pandangan. Dengan konsep pameran ‘immersed’ ini, kewujudan pemisah di antara pelawat dan haiwan menjadi kurang ketara dengan penggunaan dinding kaca dan sempadan semula jadi seperti tali air dan tumbuh-tumbuhan yang diperkenalkan dalam reka bentuk landskap. Projek ini melibatkan kawasan-kawasan pameran untuk tapir, harimau, seladang dan rusa serta kawasan persekitaran Kompleks Pemuliharaan Panda Gergasi dan ruang terbuka yang lain di kawasan zoo berkenaan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "immersed" dalam konteks ayat di atas dapat dipadankan sebagai terperinci. Walau bagaimanapun, kami tidak menyemak ayat tersebut secara keseluruhan. | Lain-lain | 11.03.2020 |
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih. | Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut. | Makna | 18.01.2010 |
As salam. Kami sedang menaik taraf beberapa bilik dengan menamakan bilik tersebut. Salah satunya ialah BICARA PENDETA ZA'BA. 1. Adakah nama tersebut sesuai dari segi maksud dan ejaannya. 2. Adakah perlu diletakkan perkataan BILIK dihadapannya. Mohon respon. | Nama BICARA PENDETA ZA'BA yang digunakan ini adalah betul ejaannya dan sesuai sahaja untuk digunakan bagi menamakan sesebuah bilik. Tuan/puan boleh sahaj meletakkan perkataan Bilik bagi menerangkan sesuatu nama bilik tersebut seperti BILIK BICARA PENDETA ZA'BA. Jika dewan boleh juga diletakkan perkataan DEWAN BICARA PENDETA ZA'BA. | Lain-lain | 18.03.2016 |
We are upgrading to serve you better =kami menaik taraf untuk melayani anda dengan lebih baik | Sistem kami sedang dinaik taraf untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik. | Makna | 25.04.2018 |