Apakah kaedah yang betul bagi perkataan2 ini: Naik taraf atau naiktaraf Menaik taraf atau menaiktaraf Lalu lintas atau lalulintas | Ejaan yang betul ialah “naik taraf”, “menaik taraf” dan “lalu lintas”. Untuk merujuk ejaan betul, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 26.02.2025 |
Ejaan naiktaraf atau naik taraf | Perkataan tersebut dieja sebagai 'naik taraf' dan 'menaik taraf'. | Lain-lain | 18.01.2018 |
Apakah makna perkataan ' naik taraf'? Adakah betul sekiranya digunakan seperti berikut - Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar ? | Maksudnya meningkatkan. Jawatankuasa Menaik taraf Kemudahan Kolej Kediaman Pelajar - ayat ini betul. | Makna | 19.11.2008 |
maksud naiktaraf Dan menaiktaraf? | Tuan, Perkataan tersebut dieja sebagai 'naik taraf' dan 'menaik taraf'. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah meningkatkan. | Makna | 16.04.2019 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. Ayat di bawah merupakan pilihan soalan peperiksaan PMR[a] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang naik". [b] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat harga barang yang menaik" [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar "akibat kenaikan harga barang". Antara ayat berikut,manakah betul?Bolehkah tuan/puan memberikan penjelasannya.Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah [c] Kehidupan golongan yang berpendapatan rendah semakin sukar akibat kenaikan harga barang. | Lain-lain | 15.04.2010 |
Ungkapan menaiktaraf sering digunakan dalam artikel maupun kertas cadangan tetapi tidak ditemui dalam kamus. Saya mohon kepastian dalam perkara ini kerana saya temui perkataan menaiktarafkan tetapi tidak menaiktaraf. Saya juga mohon kepastian tentang ejaan menaiktaraf atau menaik taraf. Terima kasih. | Perkataan naik taraf apabila menerima imbuhan meN menjadi menaiktarafkan. Perkataan ini tidak terdapat di dalam kamus kerana perkataan ini merupakan istilah. | Ejaan | 04.03.2008 |
Saya ingin meminta pengesahan pihak DBP berkaitan dengan papan iklan syarikat kami. Pengesahan pihak tuan diperlukan oleh Majlis Perbandaran Klang untuk pihak syarikat kami menaik kn papan iklan di premis baru. Terima kasih tuan. | Untuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan: Papan premis kedai/pejabat/syarikat (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format, klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul.
| Lain-lain | 30.11.2021 |