Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantas | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah melalui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya" | Tatabahasa | 15.05.2019 |
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah. | Tatabahasa | 13.07.2009 |
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? | Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi sekolah setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi ke sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. Manakah yang betul? 2. Banyak kanak-kanak kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. - ayat ini dengan letih lesu salah kerana hokum jamak? 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. Ayat ini betul dari segi tatabahasa? Diam = tinggal 5. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. Jika ayat tanpa buangkan perkataan duduk. Betul atau salah? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga BAHASA MALAYSIA DIHAYATI OLEH LEBIH RAMAI PELAJAR! | 1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. 2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - Letih atau lesu , kedua-duanya betul 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee diam di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 5. Para pelajar disuruh duduk semasa ketiadaan guru. - Perkataan diam perlu digugurkan kerana antara maksud duduk ialah tinggal atau diam | Tatabahasa | 24.10.2011 |
mana satu ayat yang betul 1) Ahmad ke sekolah dengan menaiki kereta 2) Ahmad ke sekolah menaiki kereta | Ayat yang betul ialah "Ahmad ke sekolah menaiki kereta". | Tatabahasa | 06.05.2011 |
mana satukah ayat yang betul? a) saya pergi ke sekolah dengan menaiki kereta @ saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b)beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek @ beberapa orng pemuda berjoging di atas trek. c)Hobi saya membaca buku @ hobi saya ialah membaca buku. | a) Saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b) Beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek. c) Hobi saya membaca buku. | Tatabahasa | 10.05.2012 |
Tuan, minta lihat ayat contoh di bawah. 1. Pemuda itu datang dengan menaiki kereta api. Ayat (1) ialah ayat majmuk pancangan keterangan. Perkataan "dengan" bertugas sebagai kata hubung keterangan cara dalam ayat ini. Andai kata saya menggugurkan kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan "dengan menaiki kereta api", ayat akan menjadi begini: 2. Pemuda itu datang dengan kereta api. Saya hendak bertanya, adakah ayat (2) ialah ayat tunggal atau ayat majmuk pancangan keterangan? Ada orang yang mengatakan bahawa bentuk ayat (2) ialah ayat tunggal. Setelah pengguguran kata kerja "menaiki" dalam ayat keterangan digugurkan, ayat majmuk akan berubah kepada ayat tunggal. Ada hal demikiankah? Satu soalan lagi. Adakah perkataan "dengan" dalam ayat (2) bertugas sebagai kata sendi nama atau masih kata hubung keterangan cara? Bagaimanakah saya membezakan tugas "dengan" sebagai kata sendi nama dan kata hubung? | Ayat Pemuda itu datang dengan kereta api ialah ayat tunggal, kata dengan berfungsi sebagai kata sendi nama. Sila rujuk Tatabahasa Dewan berkaitan kata sendi nama dan jenis ayat. | Tatabahasa | 22.12.2014 |
1.Pelumba yang menaiki motosikal bernombor dua berjaya___________pelumba yang menaiki motosikal bernombor lima. A.Memotong B.mencantas C. mengejar D. memintas apa jawapanya. | Jawapan yang betul ialah A (memotong) dan D (memintas). | Tatabahasa | 17.04.2012 |
assalamualaikum, menaiki or mengambil lif?? mana yang betul eh? | Waalaikumussalam... Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dan lain-lain), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai, atau memasuki rumah melalui tangga manakala mengambil pula ialah memegang sesuatu lalu membawa atau mengangkatnya, memungut sesuatu yg ada di bawah, menggunakan sesuatu kepunyaan orang (dgn kebenaran ataupun tidak), memerlukan; memakan, mendapatkan sesuatu (seperti sukatan, bacaan), atau menerima orang untuk bekerja. Perkataan yang lebih sesuai digunakan ialah menggunakan lif. | Tatabahasa | 01.04.2019 |
1. Apakah penjodoh bilangan untuk “lampu”? 2. “Azmi memberikan laluan kepada orang tua untuk menaiki bas” “Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas”, Ayat manakah yang betul? 3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Bolehkah kata hubung “yang” digunakan dua kali dalam satu ayat? 4. Apakah maksud “umpat keji”? 5. “Azlan tewas terhadap pujukan adiknya jua”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat. Terima kasih. | 1. Penjodoh bilangan yang paling hamper ialah buah - untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu). 2. Azmi memberikan laluan kepada orang tua menaiki bas. 3. “Saya suka makan kek yang enak yang dibuat oleh ibu”. Ayat ini betul. 4. Lihat maksud umpat dan keji di www.prpm.dbp.gov.my. 5. “Azlan tewas dengan pujukan adiknya jua”. | Tatabahasa | 26.12.2014 |