pelajar dapat menajamkan minda mereka sehingga dapat menghayati pengalaman yang diibaratkan bahtera yang saujana mata memandang munsyi, adakah ayat ini gramatis digunakan dalam karangan . TK | Ayat tersebut tidak gramatis. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat tajuk pembentukan kata dan pembentukan ayat serta rujuk juga kamus Dewan untuk melihat aspek semantik perkataan yang digunakan. | Tatabahasa | 29.04.2012 |
Dia menyikat rambut dengan kemas. Dia menajamkan pensel dengan tajam. Adakah penggunaan 'dengan' dalam ayat-ayat di atas OK? TK. | Dalam ayat-ayat di atas OK? TK. Dalam ayat pertama dengan menunjukkan alat yang digunakan untuk menyikat rambut manakala dalam ayat kedua tajam menunjukkan cara bagaimana pensel diasah - tajam. | Makna | 07.11.2006 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya merupakan seorang pelajar di sekolah menengah yang ingin menajamkan ilmu tatabahasa saya. Cikgu menyaran saya untuk membeli buku Tatabahasa Dewan edisi ke-3, tetapi saya mendapati buku tersebut terlalu rumit dan sukar untuk difahami. Tambahan pula, ketiadaan latihan yang menguji kefahaman saya membuatkan saya kurang gemar akan buku tersebut. Persoalan saya, adakah DBP mempunyai rujukan tatabahasa yang lebih sesuai untuk pengguna sekolah menengah dan adakah DBP mengeluarkan buku latihan tatabahasa untuk peajar sekolah menengah? Jika tiada, saya harap pihak DBP mengambil ini sebagai cadangan supaya ilmu tatabahasa dapat difahami dan didalami semua lapisan umur. Sekian, harap maklum. | Pelbagai kaedah boleh digunakan sebagai rujukan dan panduan untuk mendalami ilmu tatabahasa antaranya ialah buku Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Rendah atau Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah. Walau bagaimanapun, kami di Dewan Bahasa menjadikan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan yang lebih komprehensif. | Lain-lain | 17.02.2022 |
Apakah perbezaan antara mengasah dengan menyabit?contoh,mengasah kapak. | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, mengasah ialah menajamkan, mengilir, mencanai, menyerodi atau menggosok (untuk meratakan, melicinkan dan lain-lain. Contoh ayat, Pak Ali sedang mengasah pisau. Menyabit pula bermaksud memotong padi, rumput dan lain-lain dengan sabit. Contoh ayat, Pak Abu sedang menyabit di bendang. | Makna | 21.08.2021 |
Saya meraut pensel dengan pisau tajam. Saya meraut pensel dengan tajam. Adakah kedua-dua ayat di atas betul dari segi tatabahasa? TK | Ayat yang pertama betul. Ayat kedua saya meraut pensel sehingga tajam. Saya menajamkan pensel dengan pisau. | Lain-lain | 21.10.2006 |
Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah. (Adakah struktur ayat ini betul ?) | Struktur ayat "Pisau yang tajam itu baru diasah oleh ayah" tidak sesuai maknanya, kerana pisau yang tajam tidak perlu diasah kecualilah perbuatan itu disengajakan untuk menajamkan lagi pisau. | Tatabahasa | 23.06.2009 |