menambah wang atau menambahkan wang? | Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak. Frasa yang betul ialah menambah wang. | Makna | 30.04.2018 |
Tuan, bagaimanakah uslub membedakan kata "menambah" daripada kata "menambahkan" dari segi objek? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). | Makna | 02.09.2015 |
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian. | 1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian. | Tatabahasa | 19.07.2008 |
Adakah diperbolehkan menambah perkataan dalam suatu peribahasa untuk menyesuaikannya dengan ayat yang ditulis. Sebagai contoh, peribahasa balayar mengadang pulau, apabila ditulis dalam suatu ayat ; remaja tidak sepatutnya membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya belayar hendaklah mengadang pulau. | Untuk makluman, perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 16.12.2016 |
Saya telah menambah perkataan tersebut. Bolehkah perkataan "KEDAI BARANGAN SEMBAHYANG" diletakkan disitu ? dan adakah wajib perkataan tersebut diletakkan. | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan iklan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 24.10.2014 |
Skema warna (menambah/menambahkan) keceriaan.Yang mana satukah betul?Jika boleh tolong berikan maksud dua perkataan itu.Saya sering keliru mengenai kena guna -kan atau tidak............ | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, menambah bermaksud 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll) 2. memberi tambah, menokok 3. menjumlahkan dengan, mencampur. Menambahkan bermaksud menambah sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar (banyak dll). Berdasarkan maksud yang diberikan, ayat yang betul ialah 'Skema warna menambah keceriaan'. | Makna | 18.01.2012 |
1. menambah ilmu atau menambahkan ilmu? | Frasa yang betul ialah menambah ilmu. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih. | Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi. | Tatabahasa | 08.07.2008 |
i. Menambah atau menolak dua pecahan algebra yang mempunyai penyebut yang sama. ii. Menambah atau menolak dua pecahan algebra dengan penyebut yang sama. Adakah dua ayat di atas sama makna? Terima kasih | Kedua-dua ayat tersebut mengandungi makna dan arahan yang sama. | Tatabahasa | 08.04.2011 |
Apakah perbezaan antara "tambah" dan "tambahkan". Contohnya dalam ayat berikut: 1) Tambah gula 2)Tambahkan guna 3)Anda boleh menambah helaian dalam fail itu 4) Anda boleh menambahkan helaian dalam fail itu Soalan saya yang sebelumnya tidak dijawab | Akar kata tambah, apabila menerima imbuhan boleh menjadi tambahkan, menambah dan menambahkan. Tambahkan gula lazimnya digunakan dalam ayat suruhan. Menambah dan menambahkan ialah kata kerja dan penggunaannya hendaklah disesuaikan dengan konteks maknanya, menambah bermaksud menjadi lebih banyak dan menambahkan bermaksud menambah sesuatu pd yg sudah ada supaya jadi besar. | Tatabahasa | 01.09.2017 |