| Assalammualaikum W.B.T Tuan/Puan 1. Ejaan MAKLUMBALAS dieja rapat atau didekatkan CTH: Maklum balas atau Maklumbalas 2. Ejaan Menambahbaik dieja rapat atau didekarkan CTH: Menambahbaik atau Menambah baik Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah “maklum balas” dan “menambah baik”. | Ejaan | 23.12.2014 | 
				| Menambahbaikan atau Menambahbaikkan? | Menurut data kami, tiada perkataan tersebut. Ejaan yang betul ialah menambah baik. | Ejaan | 29.04.2019 | 
				| Salam sejahtera. Saya nak tanya adakah betul penggunaan "antara lain,"? Contoh : Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Terima kasih. | Penggunaan yang betul dari segi tatabahasa ialah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain termasuklah memberikan penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuh kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. | Tatabahasa | 27.03.2020 | 
				| saya suka DBP Wilayah Timur kerana stafnya sangat efisien dan menyantuni pelanggan. | Terima kasih atas pujian. Pihak kami akan sentiasa menambah baik cara kerja dari semasa ke semasa. 
 
 | Lain-lain | 05.12.2021 | 
				| Layanan pegawai DBP di Wilayah Utara sangat mesra dan efisien. | Salam puan, 
 Terima kasih atas maklum balas yang diberikan, kami akan menambah baik perkhidmatan dan layanan kami dari semasa ke semasa.
 | Lain-lain | 06.12.2021 | 
				| Saya amat berpuas hati dengan layanan staf di DBP Sabah | Salam puan, 
 Terima kasih atas maklum balas yang diberikan. Kami akan sentiasa menambah baik perkhidmatan dari semasa ke semasa.
 
 Sekian, terima kasih.
 | Lain-lain | 20.12.2021 | 
				| [Sasul eja Jawi] Membera ممبرا [Sebetulnya] ممبرا https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=membera | Terima kasih atas makluman tuan dan kami akan berusaha untuk menambah baik laman web kami. | Ejaan | 06.07.2024 | 
				| kenapa susah nak apply pengesahan ejaan menggunakan sistem online ? | Kami memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh pihak tuan. Namun begitu, kami sentiasa memantau dan menambah baik sistem perkhidmatan sah bahasa secara dalam talian. | Lain-lain | 12.03.2019 | 
				| Unit Pengajian Am Kolej Matrikulasi Johor telah membina satu wahana untuk sumbangan pantun dalam bentuk digital yang dikenali Gerobok Pantun. Pihak amat berbesar hati sekira pihak DBP dapat memberi khidmat nasihat dalam usaha menambah baik usaha pihak kami untuk memasyhurkan pantun pada peringkat nusantara. Pihak kami menyertakan google site usaha kami untuk tujuan komentar pihak DBP. Terima kasih atas keprihatinan yang diberikan pihak DBP https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/gerobok-pantun/home | Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. 
 Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan amat berbesar hati atas sokongan dan komitmen pihak saudara membantu DBP mengembangkan bahasa Melayu dalam pelbagai bentuk dalam usaha menyebarluaskan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Gerobok Pantun, sebuah portal yang dibina oleh pihak saudara amat bermanfaat dalam mengembangkan pantun sebagai salah satu pengucapan bahasa yang indah yang dimiliki oleh kita semua.
 
 Semoga usaha dan komitmen ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa. Sekali lagi, DBP mengucapkan tahniah dan syabas atas usaha pihak saudara.
 
 Sekian, terima kasih.
 | Sastera | 08.02.2023 | 
				| Tuan/Puan, Apakah terjemahan Bahasa Malaysia yang sesuai bagi "Capitalisation of Weapons Systems"? Terma tersebut digunakan untuk ayat berikut: "Pengasasan semula KDNK telah mengambil kira saranan Sistem Akaun Negara 2008 (2008 SNA) iaitu menambah baik penyusunan Perkhidmatan Pengantaraan Kewangan Yang Diukur Secara Tidak Langsung (FISIM) serta Capitalisation of Weapons Systems dan Penyelidikan & Pembangunan (R&D)." Sekian, terima kasih. Rafliza Ramli Kementerian Kewangan Malaysia. | Capitalisation ialah permodalan. Kami cadangkan Capitalisation of Weapons Systems diterjemahkan kepada Permodalan Sistem Senjata, jika terjemahan tersebut sesuai dengan konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 31.07.2012 |