tidak pasti perkataan seperti berikut: penambahbaikan penguatkuasa dewan serbaguna hak milik/ hakmilik berkuatkuasa/ bekuat kuasa mengemaskini/ mengemas kini spesis/ spesies menambahbaik/ menambahbaik urusetia/ urus setia pergantungan/ penggantungan | Ejaan yang betul ialah penambahbaikan, menambah baik, urus setia, hak milik, dewan serba guna, pergantungan, kemas kini. | Ejaan | 15.10.2008 |
Assalammualaikum W.B.T Tuan/Puan 1. Ejaan MAKLUMBALAS dieja rapat atau didekatkan CTH: Maklum balas atau Maklumbalas 2. Ejaan Menambahbaik dieja rapat atau didekarkan CTH: Menambahbaik atau Menambah baik Terima Kasih | Ejaan yang betul ialah “maklum balas” dan “menambah baik”. | Ejaan | 23.12.2014 |
1. Contoh Ayat: Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbang dan meluluskan syor di atas. Mengapa kita perlu menggunakan perkataan 'menimbang dan meluluskan' tetapi bukan 'menimbangkan dan meluluskan'? Saya perlukan penjelaskan kenapa imbuhan 'kan' untuk katakerja yang pertama (menimbang) digugurkan. 2. Sila komen ayat berikut: Dalam usaha menambahbaik amalan 5S.....Dalam usaha ke arah penambahbaikan amalan 5S....ayat yang mana lebih sesuai? Betulkan penggunaan perkataan menambahbaik tersebut? 3. Perkataan penambahbaikan dirapatkan kerana ia diapit oleh imbuhan pe dan kan...bagaimana pula dengan perkataan menambahbaik atau menambah baik? 4. Apakah perbezaan perkataan PERLAKSANAAN dan PELAKSANAAN? 5. Adakan perkataan PERLANTIKAN dan PELANTIKAN juga mempunyai maksud yang berbeza? 6. Bagaimana pula dengan perkataan PERLETAKAN JAWATAN atau PELETAKAN JAWATAN. | Jawapan bagi soalan-soalan tersebut adalah seperti yang berikut: 1. Imbuhan 'kan' digugurkan bagi perkataan menimbang dalam ayat tersebut kerana ayat yang menerima imbuhan 'kan' ialah kata kerja transitif, iaitu memerlukan objek atau penyambut dalam ayat. Contoh ayat, Sukacita kiranya pihak tuan dapat menimbangkan syor di atas. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 194-196. 2. Ayat yang betul ialah Dalam usaha menambah baik amalan 5S..... 3. Perkataan menambah baik boleh digunakan dan dieja dua perkataan kerana menerima satu imbuhan, iaitu 'me...' pada kata dasar tambah baik, manakala perkataan penambahbaikan dieja satu perkataan kerana menerima kata kerja berapitan, iaitu 'pe...an'. 4. Perlaksanaan bermaksud hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, meninjau perlaksanaan Rancangan Malaysia Ketiga. Pelaksanaan pula ialah perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb). Contoh ayat, Pelaksanaan KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan. 5. Perkataan yang tepat ialah pelantikan, iaitu kata dasar lantik menjadi melantik( perbuatan) dan pelantikan (perihal melantik), dan peletakan jawatan, iaitu orang yang meletakkan jawatan/gelaran dan sebagainya. | Tatabahasa | 04.04.2010 |
Bagaimana sesuatu perkataan dan definisinya dipilih untuk disenaraikan dalam Kamus Dewan? Sekiranya terdapat kesalahan definisi atau sesuatu perkataan tidak lagi digunakan oleh pakar dalam sesuatu bidang, apakah cara untuk menambahbaik defini perkataan yang sedia ada? | Sekiranya Saudara ingin menambah baik definisi perkataan sedia ada dalam Kamus Dewan, Saudara boleh melayari laman Gerbang Kata DBP (ekamus.dbp.gov.my). Gerbang Kata DBP ialah portal yang menyediakan kemudahan kepada pelaayar internet untuk memberikan maklum balas serta masukan tambahan kepada Kamus Dewan. | Lain-lain | 08.09.2015 |