Yang manakah tepat? 1. Menanam pokok bunga ke dalam pasu. 2. Menanam pokok bunga di dalam pasu. Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah"Menanam pokok bunga di dalam pasu." | Tatabahasa | 26.09.2013 |
Gabungkaan kedua-dua ayat tunggal. A)Datuk menanam pokok terung. B)Datuk menanam pokok tomato.(dan) JAWAPAN:1.Datuk menanam pokok terung dan tomato. JAWAPAN2:Datuk menanam pokok terung dan (pokok) tomato. Jawapan yang mana satu betul? | Jawapan yang betul ialah "Datuk menanam pokok terung dan pokok tomato." | Tatabahasa | 09.11.2014 |
Selamat sejahtera.Saya ingin bertanya tentang kata sendi“di”dan“ke”. Bagaimana kita hendak bezakan?Cth:1.menanam bunga ke/di dalam pasu. 2.menyimpan pisau ke/di dalam laci.3.melancong ke/di Melaka.4.memasukkan duit ke/di dalam tabung.5.meyimpan duit ke/di dalam tabung. Adakah “menyimpan” diikuti dgn di dalam dan “memasukkan ”diikuti dgn ke dalam?Terima kasih atas bantuan tuan. | Kata sendi nama "di" = digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi "ke" pula digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan juga yang menunjukkan waktu atau masa. Contoh: 1. Menanam bunga di dalam pasu. 2. Menyimpan pisau di dalam laci. 3. Melancong ke Melaka. 4. Memasukkan duit ke dalam tabung. 5. Menyimpan duit di dalam tabung. | Tatabahasa | 07.01.2015 |
Perbezaan Kata sendi "di" dan "ke". 1. Menanam sayur di dalam pasu bunga. 2. Menyimpan wang di dalam bank. 3. Bercuti di kampung. | Merujuk data kami kata sendi nama 'di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Kata sendi nama ini ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengukutinya. Kata sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju, dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu dan masa. Kata sendi nama 'ke' juga dieja sebagai satu katan yang terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang mengikutinya. Kesemua contoh yang diberikan betul kecuali 2. Menyimpan wang di bank. | Lain-lain | 03.06.2017 |
1)Lina menanam( sawi / sayur sawi) di kebun. 2)Datuk mencangkul tanah (menggunakan cangkul).Adakah ayat ini betul? 3)Nenek memetik kacang panjang( yang masak).Adakah ayat ini betul? | Selamat petang: 1. Lina menanam sayur sawi di kebun. 2. Datuk mencangkul tanah. 3. Nenek memetik kacang panjang. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.10.2016 |
penggunaan kata nama 'petani' 1) petani menanam sayur di kebun atau 2) pekebun menanam sayur di kebun kalau dua-dua pun boleh terima, jadi bagaimana nak bezakan dua jenis pekerjaan ini? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, "petani" bermaksud orang yang pekerjaannya bercucuk tanam (mengusahakan tanah), manakala "pekebun" pula ialah orang yang memiliki atau yang mengurus kebun. | Istilah | 18.05.2015 |
Tumpang tanya ayat yang manakah boleh diterima 1) Bapa dan Ali sedang menanam pokok. 2) Ali dan bapa sedang menanam pokok. 3) Saya dan ayah sedang menanam pokok. 4)Ayah dan saya sedang menanam pokok. Terima kasih atas menjawab | Semua pilihan jawapan tersebut betul. | Lain-lain | 10.05.2022 |
Salam. A) Ibu menanam bunga di taman. Ibu menanam pokok bunga di taman. Ibu menyiram bunga di taman. Ibu menyiram pokok bunga di taman. Manakah ayat yang tepat? B) Ibu tanam sayur di kebun. Bolehkah guna " tanam " dalam ayat? | Ayat yang betul ialah 1). Ibu menanam pokok bunga di taman; 2). Ibu menyiram pokok bunga di taman. 3). Ibu menanam sayur di kebun. (kata kerja "taman" mendapat awalan meN- iaitu "menanam" yang membawa maksud melakukan sesuatu) ( | Tatabahasa | 20.09.2020 |
Salam dan selamat pagi, Saya nak tanya... Perlukah kita mengulang perkataan di bahagian depannya?Ayat contoh 1: Dia menanam bunga raya, bunga mawar, bunga orkid dan sebagainya. Ayat contoh 2: Dia menghasilkan kerepek ubi, kerepek pisang, kerepek kentang dan lain-lain. Sekian, terima kasih. | Tidak perlu diulangi kata nama tersebut pada setiap kali menyatakan jenisnya yang dinyatakan secara berurutan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Apakah fungsi sementara dan untuk dalam semua ayat di bawah: 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai 2. Hidup di dunia ini hanya sementara. 3. Hadiah ini untuk adik. 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulangkaji pelajran. 6. Diana membeli buku untuk adik saya. Mohon diberi penjelasan fungsi/jenis kata. Terima kasih. | 1. Petani itu menanam jagung sementara menunggu padinya boleh dituai. - Kata hubung 2. Hidup di dunia hanya sementara. - Kata adjektif 3. Hadiah ini untuk adik. - Kata sendi nama 4. Untuk berjaya dengan cemerlang memerlukan pengorbanan. - Kata hubung 5. Kami ke perpustakaan untuk mengulang kaki pelajaran. - Kata hubung 6. Daya membeli buku untuk adik saya. - Kata sendi nama | Tatabahasa | 05.12.2012 |