Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ atau Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ yang mana betul? terima kasih | Ejaan dan ayat yang betul ialah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara DBKL dengan MBSJ. | Tatabahasa | 05.12.2014 |
Soalan : Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dan MBSJ atau Majlis Menandatangani Memorandom Persefahaman Di antara DBKL dengan MBSJ yang mana betul? terima kasih mohon abaikan soalan terdahulu. | Ejaan dan ayat yang betul ialah Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara DBKL dengan MBSJ. | Tatabahasa | 05.12.2014 |
Salam, Mohon panduan ayat manakah yang betul? Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dengan Y atau Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) di antara X dan Y | Frasa yang betul ialah "Majlis Menandatangani dan Penyerahan Memorandum Persefahaman (MoU) antara X dan Y". | Tatabahasa | 18.10.2013 |
Ain Za 12:43PM Assalamualaikum dan salam sejahtera... nak bertanya sikit Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) atau Majlis Penandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) yang mana lagi sesuai Menandatangani or Penandatanganan | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). | Tatabahasa | 22.08.2016 |
1. Utk tajuk latar pentas, yang mana betul? Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros Atau Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dengan Miros 2. Pihak yang mana perlu didahului dalam susunan ayat? Antara DBKL Dengan Miros atau Antara Miros dengan DBKL terima kasih | 1. Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros" dan "Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan Miros". Penggunaan "Majlis" sesuai digunakan sekiranya majlis tersebut khusus untuk hal tersebut. dan "Sesi" pula sekiranya majlis tersebut dibuat bersama-sama atau gabungan dalam satu majlis. 2. Berkenaan dengan pihak mana perlu didahului bergantung kepada pihak yang berperanan penting / tuan rumah yang menganjurkan majlis tersebut. | Lain-lain | 19.07.2017 |
Untuk menandatangani MOU yang mana satu perkataan yang betul sama ada "memeterai", "mementerai" atau "mematerai" | Frasa yang betul ialah "memeterai perjanjian...", iaitu daripada kata meterai (disebut - me.met.rai) yang bermaksud lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada sesuatu dokumen, dan memeterai bermaksud membubuh meterai pada sesuatu. Perkataan memeterai tidak sama dengan perkataan mematerikan (bukan mematerai) yang berasal daripada kata pateri. | Tatabahasa | 02.10.2015 |
"menandatangan surat" atau "menandatangani surat"? | Ungkapan yang betul ialah menandatangani surat. | Tatabahasa | 29.05.2012 |
Assalammualaikum, Bagaimana saya boleh mendapat panduan mengenai penulisan surat yang betul. Contohnya, sekiranya seseorang menandatangani surat bagi pihak Ketua Pengarah sesebuah organisasi, bolehkah surat berkenaan disalinkan kepada orang yang menandatangani surat tersebut. Sekian, terima kasih. | Salinan surat yang ditandatangani oleh seseorang bagi pihak Ketua Pengarah hanya diberikan kepada orang berkenaan sekiranya diminta oleh orang tersebut untuk simpanannya. | Lain-lain | 15.05.2008 |
Bolehkah saya gunakan Majlis "Penandatanganan" MOU sebab staf dan ketua jabatan saya berkeras ingin menggunakan Majlis "Menandatangani" MOU. | Yang betulnya ialah Majlis Penandatangan MOU. Bagaimanapun, yang biasa digunakan oleh masyarakat ialah 'Majlis Menandatangani MOU'. | Tatabahasa | 07.09.2008 |
Perkataan-perkataan berikut adakah dieja rapat atau jarak? 1. Dipindahmilik/Memindahmilik atau Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani atau Ditanda tangani/Menanda tangani 3. Digunapakai/Menggunapakai atau Diguna pakai/Mengguna pakai Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah: 1. Dipindah milik/Memindah milik 2. Ditandatangani/Menandatangani 3. Diguna pakai/ Mengguna pakai. | Ejaan | 17.01.2011 |