Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)

534

Slow but sure wins the race

Orang yang melakukan sesuatu dengan perlahan-lahan tetapi berterusan akan berjaya mencapai maksudnya berbanding dengan orang yang bertindak tergesa-gesa.

Biar lambat laga, asal menang

In the pressing need to attain the result, we could not rush things. An investigation of this nature required meticulous work. Thus, we were well aware that slow but sure wins the race because it was too easy to overlook the vital clues.

Dalam keperluan mendesak untuk mendapatkan keputusan, kami tidak boleh bertindak tergopoh-gapah. Penyiasatan seperti itu perlu dilakukan dengan amat teliti. Oleh itu, kami sedar bahawa biar lambat laga, asal menang kerana terlalu mudah untuk kami terlepas pandang akan bukti penting yang ada.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah penggunaan ayat berikut tepat dan sesuai untuk sijil penyertaan? Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Mendengar, Memahami, Memberi Respons & Menang-Menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”. Atau Dengan ini disahkah bahawa XXX telah mengikuti dengan sepenuhnya Program “Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh”.Ayat yang betul dan sesuai adalah seperti yang berikut:

1. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Mendengar, Memahami, Memberikan Respons dan Menang-menang: Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"

2. Dengan ini disahkan bahawa XXX telah mengikuti dengan jayanya Program "Komunikasi Empati dengan Kesedaran Penuh"




Tatabahasa22.07.2025
Salam satu Malaysia, 1.Ayat berikut merupakan dua ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi ayat majmuk. Tolong semak jawapan yang diberikan. a)Pasukan Merah yang menang? b)Pasukan Hijau yang menang? Jawapan:i) Pasukan Merah atau Hijau yang menang? ii) Pasukan Merah atau Pasukan Hijau yang menang? Jawapan I atau ii yang betul? Perlukan pasukan dalam ayat ii ditulis huruf besar? 2.Adakah murid Tahap Dua dianggap sebagai kata nama khas?Jawapan yang sesuai ialah i) Pasukan Merah atau hijau yang menang.
Murid Tahap Dua bukan kata nama khas.
Lain-lain11.10.2015
Mana satukah yang betul? - Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang. - Kalau bukan disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Ayat yang betul, Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Tatabahasa07.12.2015
kalah jadi abu,menang jadi arahUngkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang.Lain-lain27.07.2010
1. Permohonan untuk pihak DBP menukarkan perkataaan "SETEL & MENANG' ke tulisan Jawi dan menggunakan font Uthman Taha atau Sakkal Majalla atau Arabic Style.Tulisan jawi bagi perkataan SETEL DAN MENANG ialah

سيتيل دان منڠ (fon tulisan ini ialah Arabic Style).

Ejaan06.02.2020
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT
Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma
Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa17.05.2014
Salam. Saya ingin bertanyakan tentang laporan penuh panel pada setiap karya novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Bolehkah saya ingin mengetahui novel manakah yang menang kerana ilmunya yang padat. Maksudnya, laporan mengatakan bahawa novel tersebut menang kerana terdapat banyak ilmu yang disampaikan dalam novel tersebut. Saya bertanya kerana tidak dapat mencari laporan penuh pada mana-mana novel pemenang HSPM. Saya mengharapkan pemerolehan sedikit sebanyak maklumat dengan kadar segera daripada khidmat DBP ini. Terima kasihSalam puan budiman,

LAPORAN HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 

Untuk makluman, laporan penuh bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akan disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.12.2022
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP?Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkanLain-lain17.12.2014
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasanPandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama."Tatabahasa11.09.2013
12345

Kembali ke atas